bangun seawal 6 pagi... dulu pun bangun macam ni... tapi sebab tahun ni sesi persekolahan dah masuk sesi petang..jadi bangun seawal 6 pagi bila ada perkara tertentu yang penting... lagipun subuh lebih kurang 6 suku kan? bangun pagi-pagi, gosok baju si sayang... kadang-kadang je dapat gosokkan baju dia.. huhuhu~
siap-siap.. 6.40 gerak ke putrajaya..jalan tak jem la sebab awal pagi... parking pun tak penuh...
sebelum masuk ke kompleks JPM (Jablatan Perdana Menteri) kami kene menunggu sekejap... nak masuk pulak ade kene pakai pas.. jadi kalo korang nak tinggalkan kat tempat amik pas tu, tinggalkan lah lesen memandu ke, jangan tinggalkan IC, sebab bende tu korang nak guna nanti, masa interview!
perkara pertama, pastikan tempat untuk korang ditemuduga tu... sebab panggilan interview ni kan banyak... bukan kite je... jadi make sure tahu ke mana yang sepatutnya korang pergi... jangan segan-segan tanya pada yang lain... =)
dokumen yang WAJIB bawak, bawak lah dan susun ikut dalam surat panggilan temuduga. yang asal, susun dalam fail...yang salinan tu, sahkan dulu, dan kepilkan sekali. ingat! jangan ade yang tertinggal... parah korang!
untuk interview SPP ni, dokumen wajib bawak asal dan salinan ialah :
1. Gambar (asal)
2. sijil lahir (asal dan salinan)
3.sijil SPM (asal dan salinan)
4.ijazah dan transkrip (asal dan salinan)
5.diploma pendidikan dan transkrip (asal dan salinan)
6. pengesahan ijazah dan diploma dari JPA..korang boleh dapatkan melalui internet. (yang ni aku bawak yang diprint dan disahkan je)
7. Surat Tawaran GSST (asal dan salinan)
8.kewangan 8 (mintak dengan kerani sekolah)(asal dan salinan)
9. borang senarai tugas (memang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga) (yang asal)
10. borang penilaian dari pengetua (download dari laman web SPP dan memang dinyatakan dalam surat panggilan) (asal)
sebenarnye sangat pening nak buat apa dan bawak apa, tapi korang buat la sikit-sikit, dan study la sebelum ke temuduga, bukan ape,, aku dah rase... heheheh... memang rase macam hampeh je!
ok, sebelum masuk ke bilik temuduga, pastikan korang tahu siapa penemuduga bilik tersebut. kang jap lagi kene sound! apa panggilan yang korang patut panggil pada penemuduga....tanye la puan atau encik yang jaga dekat luar tu....dorang okay jer....:)
sebelum kuak daun pintu, ketuk, bagi salam... sebelum duduk, sapa penemuduga, dan beri fail yang korang bawak kepada penemuduga.
tunggu dia kata duduk, duduk dan ucap terima kasih, senyum selalu ye!
apa yang korang perlu baca dan tahu....
1. mesti lah FPK (Falsafah pendidikan kebangsaan)
2.NKRA - yang berkaitan dengan pendidikan
3. PIPP - tahun 2011 dah tak guna PIPP dah...
4. Isu semasa pendidikan
5. Pedagogy - macam mana nak apply pada anak murid kamu (apa kaedah yang digunapakai)
6. term dalam pendidikan..contoh yang aku dapat, soalannya begini..
S:"bagaimana cikgu mengajar dalam kelas..apa yang cikgu beri pada anak murid?"
J:saya beri ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai. 3 perkara ini dipanggil gabungjalin.
7.Taksonomi Bloom
8. soalan-soalan lain berkaitan pengajaran dalam kelas.
sungguh, ada yang aku boleh jawab dengan kencang... ada yang memang speechless! bukan tak tahu~ sebab terlalu gemuruh dan takot nak jawab bila si interviewer pandang tepat ke mata! kalau nak kata tak study langsung tipu lah kan... study juga sikit-sikit... tapi memang sikit betul la yang masuk dalam kepala.. yang lain terbang hilang entah ke mana..
walopon aku rasa macam tak puas hati je dengan interview kali ni, daku pasrah je la... kalau rezeki dapat la kompom awal... kalo tak, tunggu la kan.... huhuhu~
walaupun korang rase bengang yang amat dengan penemuduga, jangan la marah atau buat muka... senyum dan ucap terima kasih...beri salam pada yang Islam.. moga hati penemuduga tu meluluskan kita dengan senyuman dan attitude kite...amik balik barang-barang korang, beransur la keluar dari bilik tersebut dan bersedia lah dengan kawan -kawan yang akan serbu korang kat luar tu! hehehehe... :)
sesungguhnya, hari ini memberi aku satu pengalaman yang berharga...
moga aku lulus~!
harap entry ni berguna buat kawan-kawan seperjuangan!
2 ulasan:
semoga lulus dengan jayanya :)
matahati....tq ye! aminnnn!
Catat Ulasan