Jumaat, Disember 24, 2010

pernah minum coconut shake?

nasib baik ade buah kelapa sebijik kat rumah... dah lame teringin coconut shake..dulu macam nampak ada jual kat gerai depan pintu utama Uniten.. tapi dah takde..
jadi terpaksa lah memaksa suami yang sedang bercuti dirumah ni mengopek kelapa... =)

yeay!

berjaya..!

suami pun senyum je.. sebab ni kali pertama dalam hidup dia menikmati coconut shake ni... haa.. baru tahu minuman kebiasaannye pemes kat pantai timur ni sangat lah sedap!

nanti nak beli buah kelapa, dan buat coconut shake lagi~~

korang pun cuba lah~
ni aku letak camne nak buat...

coconut shake:

kelapa muda (air dan isi)
gula secukup rasa
ais

bahan diatas dikisar guna blender yea..
korang akan nampak air akan berbuih, sebab gas dalam air kelapa tu la.. bukan sebab kelapa dah rosak.. jangan risau...

masukkan aiskrim (vanila yang paling best) dalam gelas,
tuangkan air yang dikisar tadi..

okay sudah siap~

=)

3 ulasan:

Admin P@P berkata...

Salam.
Coconut... sedap.
Lama tak pekena air kelapa.

TQ

chekgu Moe berkata...

admin P@P : wslm.. terima kasih visit sini yea..=) try la buat kat rumah..memang cedap!

cik kedondong berkata...

dah lama tak minum coconut shake..
nak cari kelapa muda susah betul kat bandar nii..


teringinnnn

Air ketuban bocor??

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsi pengalaman bersalinkan anak yang keempat pada September 2016 yang lalu. Sepanjang proses mengand...