Ahad, Mei 30, 2010

sendirian lagi

esok,
31 mei hingga 4 jun, 5 hari. L I M A. 5.
sendiri lagi. kene tinggal. encik suami ke RISTEC, berkursus.. huhu.. dulu, seronok mase dia kerja kerani kat UPM.. duduk rumah je...balik rumah tidak mengeluh kepenatan. demi sesuap nasik. ewahhhh!
sekarang, banyakkkk keje dia. kesian memang kesian. tapi apelah daye aku. nak membantu dalam kerjaya beliau, tidak lah termampu. jadi. aku buat yang terbaik sebagai seorang isteri. ehem..ehem...~ batuk pulak~

ok. semalam ke RISTEC kan. kepada yang tak tau leh baca sini. kepada yang tak pernah sampai ke PD, boleh la gune info ni. rasenye mudah je nak ke sane. ^_^
sebenarnye ini kali pertama kami memandu sendiri ke PD. Port Dickson.
dalam perjalanan, aku dok menyebut nama port dikson ini banyak kali. sambil membaca signboard sekali sebenarnya. aku terfikir untuk memelayu kan perkataan itu, hasilnya. hemburan hilai tawa dari ensik suami. katanya aku ini lucah~ oh??

aku pisah pisahkan perkataan itu menjadi begini.
sila isi tempat kosong dengan bantuan kamus mahal korang tu.
port = .......................
dick =.........................
son =...............................

jadi, korang sume melayukan lah sendiri, guna lah kamus jenis ape pun. asalkan korang dapat memelayukan perkataan itu. ok
sebenarnya, nama port dickson juga dikenali sebagai Tanjung Tuan.
aaahhh... cube korang tengok balik perkataan yang aku pisah2 kan tu. releven kan???

perjalanan dari equin memakan masa sejam 15 minit kot. tak dapat nak timing. sebab kami dah tersosat (dah masuk seremban, cakap noghoghi la) 2 kali bayar tol yang mahal tu. hampeh. patutnye dah betul dah perjalanan kami tuuuu~~

dari mane2 arah, selatan atau utara (macam lagu wali band pulak).. masuk tol seremban, lepas tu rapat ke kanan, sebab lepas trafic lite, korang kene masuk kanan. kemudian straight je~~
sampai lah korang nampak tol seremban-port dickson.
tol tu dari jauh bentuk atap dia minang kabau. then korang strainght je. mudah sangat. oh, lupe nak bagi tau. bayar rm 3.20 ye kat tol minang kabau tu. hehe..

tapi mase korang lalu lebuhraya seremban - port dickson ni, jalan dia sunyi je. kiri kanan hanyalah bukit bukau yang hijau. sesekali korang akan nampak taman perumahan. kalo nasib baik, korang boleh jumpe sorang pakcik berjalan kaki dari arah korang gak. macam yang kami nampak semalam. fuhhhh~ kagum beb!
dia amik masa 2 jam lebih berjalan sepanjang lebuh raya tu. gila lah!!!

kemudian korang straight je lagi. sampai lah ke ade simpang empat. korang ikut sign board teluk kemang. maknenye korang kene teruskan perjalanan sampailah korang jumpe bulatan. amik kanan. kemudian korang nampak la ade hospital, marina resort, ape bagai kat situ.

tettt~ dah sampai dah.

senang je...kan?

so, esok aku akan ke sana lagi. jumaat baru lah best! hehe.

sudah lama saya tidak ke sane

salam semua.
hari minggu sangat penuh dengan undangan perkahwinan.
yeah..
ramai dah yang menamatkan zaman bujang.
aku antara yang terawal la kot..
hehe..

kepada kawan2 yang mengundang tu,
tapi aku tak hadir, aku minta maaf la ye.
bukan tanak datang.
yang aku boleh hadir2kan diri, aku akan pegi..
mane yang tak sampai tu..
harap dimahapkan lah ye... =)

seronok bila dah berdua, dengan ikatanh sah ni..
rase lebih tenang, tidur kompem lena..hehe

lagi satu, sume bende kite share ngan pasangan kita..
alhamdulillah, aku dapat pasangan yang sangat memahami
menyayangi aku sejak dulu..
dulu hingga kini..
mane yang kurang tu aku anggap keistimewaan dia..

semalam pegi wedding kak hani dan abg zairy.
kakhani kelihatan manis dengan baju putih berbunge purple..
majlis lewat sedikit, pengantin lelaki lambat sampai..
sedikit hambar sebab takde bunyi kompang..
eh, sebok pulak komen majlis orang...

tahniah buat anda berdua ya!

lepas majlis, kami bergerak ke PD, bukan bersuka suki..
sebenarnye mencari RISTEC,
punye lah susah nak jumpe disebabkan info yang tak berapa nak tepat.
huhuhu..
RISTEC adalah Risda Training Centre.
untuk pekerja risda la nih....huhu

*landmark*
sebelah Rumah Zaitun.
perghhh...makcik zaitun mane pulak kami nak carik ni?
dekat 2-3  kali kami berpusing2 kat sepanjang pantai PD tu...
padahal rumah zaitun tu dekat2 ngan situ, cume sigboard rumah tu kecik je, pintu pagar dia yang besar gedabak. heh~

bila dah tau kat mane ristec tu, kami pon lepak kat pantai jap.
lame dah tak pegi pantai. mandi pantai lagi lah~ teringin nak mandi pantai ni. harap2 g sabah dapat mandi pantai...huhu..giannnnn dah ni!!


* berkebaye ke pantai*


* hubby chubby *



* berlakon menguis2 pasir *

harap2 lepas ni dapat ke PD lagi. tak jauh pun dari rumah. lame tak bercuti. cuti ni nak bercuti. cuti cuti malayyyyyyssssiiiiiaaaaaaaaaaa~~~

Khamis, Mei 27, 2010

tak jadi lah pulak. banyak perkataan pulaklah pulak.

hmm..
siap2 masak
kejut asben makan

tetibe beliau cakap " papa rase tak jadi lah balik"

hmm.. ok..

tak jadi balik jb.
mebi minggu lain.

oh, tadi tengok tv3,
40 terkaya di malaysia.
kalo hasil bersih rm110 juta baru boleh tersenarai masuk forbes amerika kot (kompem salah fact ni)
gile lah.
banyaknye duit.
juta juta
kasik la aku sikit.

dapat 1 juta pon ok.
sedap dah tu.

berangan.

teringat kata2 asben aku pada satu malam yang hening
berkenaan MLM

"kawan mama yang buat MLM tu, dia berjaya....tak semestinye mama pun boleh jadik macam ni... ibaratnye begini... dalam satu pasukan bola sepak, ada posisi masing masing. jadi, ada yang menjadi striker, goal keeper. ada yang hanya simpanan...mungkin kawan mama tu striker yang berjaya, hebat. mama pulak hanya simpanan. ape pun, kita kene bersyukur ape yang kita ada. kaya tak semestinya membuatkan kita bahagia.."

ok. nak sambung tanda paper KHB dan PA.

JB

hai sume.
kejap lagi nak balik jb.
lame tak balik jb, tak balik ipoh.

hmmm..

semoga perjalanan kami selamat.
semoga takde aral.

balik jb.
mesti banyak je agenda nih.

kire duit.
kire duit.

cukup kot.

aku tak keje.
lambat pulak diri ini nak bergaji,
ish.

orang lain dah lame dah bergaji.

sekian.           

geram la pulak~!

semalam sape tengok aduan rakyat?

ohoh~!

mengujakan jugak tajuk semalam.

nak nak bile naik nama RISDA.
bukan aku yang keje. laki aku.

penduduk asli di pahang (lupe lokasi yang tepat) bengang sebab tanaman berkelompok mereka tak berhasil.
bukan pokok yang naik, hutan pulak..

" kami dapat anak pokok yang dah mati, macam mane nak tanam.." kate sorang wanita asli yang berumur

huh....? yaka?

sorang lagi kata yang mereka still terima bekalan seperti baja dari RISDA...so...?

ok, sepertimana fahaman aku,
tanaman berkelompok ni dibuat secara berkumpulan.
maksudnye tanah itu digabung dan dikongsi dalam usaha tanaman berkelompok itu. maknenye disini,
RISDA memang akan memberikan bantuan,
yang usahakan, kamu ler wahai orang-orang kampung sekelian.....!

" RISDA yang memegang pen, kami di orang asli....bla..bla..bla..." nyaring betoi wanita asli itu bersuara, dengan gaya tangan bersalut gelang emas yang tebal tebal....

ok. RISDA  bukan takat pegang pen, sebenarnye RISDA  bagi pen tu kat enko, then enko la yang pegang dan tulis macam mane pun. ish...!

aku bukan nak perbodohkan dan membodoh bodohkan orang asli. TIDAK!
cume aku nak kite bukak minda.
kenapa bila dapat pertolongan, dari A-Z kite nak orang tolong.
lepas tu hasil makan sorang2..
itu lah orang kite.

hish, angin memang angin bila tengok cara mereka bertekak meluahkan perasaan.
hoh~ ape kah?
lagi2 bila ini berkaitan secara tak langsung dengan aku...

(agak2 RISDA nak amik aku tak lepas ni? hahaha)
*********************************************************

okeh.
semalam ade satu cerita kat tv3 gak
pasal saka

nak check la aku ni ade saka ke tak..

huhuhu~ =_="

Rabu, Mei 26, 2010

hari ini saya kene saman pulak

ye.
sakit hati.
jadi
untuk tidak menyakitkan hati
aku buang tiket tu. lantak lah

dia detect ke ape ke
malas nak layan
dah tau situ port banyak bank, kedai makan, bla...bla...bla..
apesal paking moto yang berlambak??

tensi betui!

bikin hati panas~

ok.
sudah

erm..
macam hari jadi seseorang je hari ni.
sape ek?

hehe..

hepi beday!

Isnin, Mei 24, 2010

ini dia si jali jali~~


nah,
ini dia
asam pedas ayam.
asam memang dah asam.
pedas je kureng kot.

layan lag gamba keh.
cubaan dengan jayaannye!
laki aku kate sedap.
buktinye dia tambah 2 kali (itu pun nasik habis)
hehehe..

boleh la masak tuk kenduri kawen.
ala..kekwat
masak sikit dah kecoh,
lalalala~~

ok.
next menu pliss!

Clean and Clear kan diri mu~!!!

semuanye begini~ korang bace ni ok.


The CLEAN & CLEAR "Top Best Friends Models" search is here!! You and your best friend could be the New Faces of CLEAN & CLEAR!!! It's so simple to join:

1. daftar

2.upload gamba kamu

3. Undi, dan minta kawan2 undi gak tau

http://apps.facebook.com/cleanclearmalaysia/


Be the top 15 models in your country! Tell your friends to Vote!

Then, the Panel of Juries will choose the country's representative to compete with 6 other Asia countries' representatives in CLEAN & CLEAR Top Best Friend Models 2010.


Objective: Spread awareness to 5,000 youths by sending them to campaign website


Duration: 24/05/2010 onwards


sape yang berminat nak join ni.. sila click kat sini k..=)


Clean and Clear

hari ini saya puasa

eh?
puasa ganti pon nak kecoh ke?
bukan...

pagi tadi tak sahur.
sudah biasa perut begini.
memang takkan berasa lapar kalo aku dah niat nak puasa.
cuma, bulan Ramadhan
aku akan bangun sahur, dapat pahala...kan?

semalam makan nasi putih, dengan ikan rebus, plus kicap (ade bawang dan cili)
fuhhhh~ sedap beb..
thank u to mama sebab bagi idea yang bernas ini.
aku rase cam nak pindah kat rumah beliau..hehe
lapa je bertandang.
huh~
jenis tak tahu malu betul!
ok
sudah.

pagi tadi, macam biasa lah.
bangun, bersiap, solat,
kemas2 katil dan terus gerak ke sekolah tercinta. heh~ -_-

eh, macam ade tak kene je kan.
radio?
dah pasang
aircond?
eh, sejuk semacam dah ni
erm..
ape lagi?
oh...
hari ni lupe nak kunyah gula-gula getah.

sambil membuka dashboard,
aku capai botol chewing gum tu
ambik sebijik
selamba je...
kunyah
kunyah
kunyah..

segarnye mulut..
manisssss~~~

eh..?
laaaaaaaaa...
kan aku pose ari ni????

sambil tangan cepat2 keluarkan chewing gum yang dah bergumpal tu
ish, nak letak mane ni?
cubaan mengoyakkan kertas berjaya
gumpal
gumpal
gumpal
.
.
.
camane aku boleh lupe ni?
nak kumur dah tak boleh
kelajuan Ramos mase tu 110km/h
takpe la kot.
bukan sengaja.

hehe
ingatkan time muda2 je macam tu
hehehehhe~
nasib baik ingat..
kalo tak,
pagi2 tadi aku da pegi breakfast kat kantin skolah yang mahal tuh!

hari ni nak masak ayam masak asam pedas.
cubaan meminta resepi dari kak sawal, kawan suami
tak berjaya
maknanya aku kene google
thank makcik google
harap2 berjaya!

*tak cantik btol gamba makcik google nih*
ok.
nak masak.
bai!

p/s: nasib baik tak batal pose aku~ lalalala~~~

tahniah lagi!

helllloooooooooooooooooooooo!!

morning semua!!

wah, tinggal hanya kurang 2 minggu lagi nak bercuti.
sangat2 tak sabar.
sebenarnye, dah lama tak bercuti.
lepas kawen tahun lepas.
tak sempat nak pergi bulan madu.
sangat busy dengan kelas. exam. -_-"

sekarang, dah habis semua tuh..
erk, belum lagi....
hampir2 nak habiskan..
tak sabar nak rehat2 kat rumah
bangun pagi, tengok tv, main ngan kucing
tak payah pegi keje..
wah!
sangat heaven!

ok. semalam birthday bapak mertua i.
happy birthday papa!
sorry tak dapat balik jb for celebrating ur birthday.
kitorang tak sehat.
dua2 melepek.
bangun tido pun bukan pagi dah.

huahuahua~~

btw,
tahniah untuk kawan kami,
ruzana dan syahril yang dah selamat menjadi suami isteri
semoga bahagia ke akhir hayat.
sama2 lah menjayakan hubungan ini yea.
happy for both of u
sorry sangat2 kami tak datang,
kitorang tak sehat... mmg tak sehat, -_-"
bukan ape, u ols datang wedding kami aritu,
hmmm..
tahniah babe!
u look great on that day!

*gambaq curi dari farahdayana*

Ahad, Mei 23, 2010

kisah sedih


alkisahnye begini,
ade seorang wanita mengandung, dalam 2 bulan lebih..
dia baru balik shopping,
sambil menolak troli yang sarat barang2 dapur tu,.
dia waving kat aku..
sebab wanita tu kawan aku.
aku pon wave kat dia balik.. sambil tersenyum mesra
.
.
.

tiba-tiba
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

troli yang dia tolak tu meluncur laju..
dalam masa yang sama......
tangan dia tak lepas troli tu menyebabkan dia tertarik sekali untuk meluncur laju menuruni kawasan yang agak berbukit tu...

dengan amat pantas,
ade sebuah 4 wheel drive lalu...
warna silver..
menggilis wanita mengandung tadi...

aku dari jauh hanya mampu memerhati kejadian
terkedu, satu suara pun tidak mampu untuk aku keluarkan
terlalu terkejut.

serta merta wanita tersebut meninggal dunia
kerana pertumpahan darah yang banyak berlaku..

sedih.
suami wanita yang juga aku kenali tu datang ke tempat kejadian..
kelihatan dia pun terkejut.
tidak mampu memberi apa-apa respon..
hanya memegang tangan isterinya.... menatap wajah isterinya yang dilumuri darah..

aku menangis kerana mengenangkan
dia, wanita itu, sedang mengandung...
sedih.
.
.
seminggu kemudian,
aku bertanyakan khabar suami wanita malang itu,
beliau mengatakan sangat tertekan,
masih berkabung,
tidak mahu diganggu..

**************
oh.
mimpi rupenye.
macam real.
amik bantal pelok.
sambung tido balik
lepas tu mimpi orang lain lah mati kene langgar
suke sangat mimpi ngeri camni.
adehhh.. -_-"

p/s: ish. jaga2 ye bila nak melintas k. yang bawak kete tu, slow2 sudah.

Sabtu, Mei 22, 2010

juara atau tidak, ia tetap seekor katak

ahhaaa~

Tertengok k...hahaha

*credits to m u r a i . c o m*

tahniah buat shahir. rasenye nak amik kata2 seorang kawan kepada kawan dalam FB tadi..
dia bagi perumpamaan macam ni..

" ibarat sekumpulan katak memasuki pertandingan nyanyian, juara nya mestilah seekor katak di antara katak2 itu, jadi..juara atau tidak..ia tetap seekor katak~ "

phewww..~~~

sungguh mendalam perumpamaan itu.
tapi takpe, shahir lelaki, selagi dia tak buat perkara2 yang tak senonoh, ok le tuh!

p/s: jangan marah ye peminat shahir!

khasiat buah-buahan

pelam gajah.

buah jambu

hari buah sedunia. hari ni lunch dengan buah. bukan ape. sebab kami berdua tak sihat. dari pagi melepek je. so, terpaksa makan buah je. nak masak atau beli tak larat. tapi online...mesti lah larat kan.... buah yang kami berdua habiskan, jambu, ada 2 jenis...then mempelam gajah. ye kot. haha...nasib baik ade buah dalam fridge. kalo tak..kebuluq la kami. sebab biasenye malam sabtu ni pegi pasar borong......

nampaknye, kami berdua dah ok sikit. sikit je. nasib baik tak demam. kalo lah demam. susah tu. jom kite bace sikit ape khasiat buah jambu dan pelam ni.

buah jambu
vitamin C, A
kaya dengan serat
air (opkos la)
anti radang
hentikan pendarahan

buah pelam
air
serat
vit C
protein
lemak
karbohidrat
fosforus

wah! banyak sebenarnye khasiat. korang nak lebih, sila google k.
apa2 pun. makanan yang kita amik kene seimbang ok. baru ade ummppphhh!! hehehe..

rajin2 kan lah diri makan buah ye kawan2..

nah, layan gamba gegirl tengah tido tadi...



nyenyak gile!

sarung bantal kene curi!!!!!

oh~
sangat marah!
kenapa lah wahai jiran2 ku sekelian?

dulu...seluar jeans laki aku..
kali ni, sarung bantal pulak?


adehhhhhh
bengang sungguh!!

kalo jatuh kene tiup angin...mesti ade kat bawah...kat koridor mane2..
tapi takde..
sedih la dok kat kawasan macam ni...

nak pindah cepat!!!!!

bukak baju

haha~ 
saje je tajuk.

salam semua readers.
if ade lah, takde pon takpe.

walopon tengah pening2, sakit kepala,
i managed to tukar the baju of this tersangat~lah~buruk~belog.

ahhaaaa~

rasenye cam sweet like coklat la pakai this new background. =)
sangat suke ok. yang tak suke. apa ku kisah ~ (sambil nyanyi lagu ONE)

ok. tata.

p/s: amat, awak jgn perasan ok. haha. love u mak buyung!
credit to free layaout ni! thanks ya!

sakit lagi

sakit kepala ditambah dengan selsema..
demam tak pulak.
sangat tak selesa.
tetiba macam nak buang gegirl dengan adik.
sebab rase macam sakit ni alahan bulu2 mereka.
tapi tak sampai hati.
sedihnya...
cepat lah sihat!

Khamis, Mei 20, 2010

apo den nak kato?

minggu depan, exam dah nak start.
sekarang semua tengah busy body packing soalan.
siapa yang dok buat semua bende2 tu?
eaaaa...mesti lah cikgu cikgi ni semua....

semua pun cikgu kene buat, dah memang keje cikgu kan...

so, tak ada guna lah kerani kat sini (perli nih)
bukan begitu, kerani ngan cikgu..mesti la beza bebanan kerja.. dalam bahasa inggeris ialah workload.
banyak ok.
berlambak.

kenapa kalo nak suruh kerani nak buat keje pun jadi macam serba salah.
baru je nak suruh,
dia dah buat muke..
ish, ko kan kerani, takkan keje2 kerani ni cikgu cikgi nak kene buat.
ko tu dah la duduk je..
mase rehat pun buat2 panjang kan... selambe je kua dari sekolah dari kol 1 pukul 2.30 petang pun tak nampak lagi tapak kaki ko...
bila suruh, then ko buat, mesti ade salah.

erm...
kalo tak tahu,
tanye lah
bukan ke komunikasi itu penting
bukan nak kutuk ko dalam belog aku ni,
tapi, sedar lah
aku dah beri kerjasama ngan ko
ko pun mesti buat macam tu
ni ha, aku suruh potostet,
belum abes arahan ko dah blah..
dah siap, kompem salah ko buat!
ish, kene buat sendiri jugak.
geram!
geram!
ade 30 minit nak masuk kelas mengajar.
kene buang rase stress ni dulu.
ok.kene study b4 masuk kelas.
hish!
kekwat~

Rabu, Mei 19, 2010

GUru Ganti

Assalamualaikum semua~!

erm, ape habaq....
sihat?
harap semuanya sihatlah ye.
sekarang waktu rehat sematara menunggu untuk masuk ke kelas.
P&P dah siap. jadi, ada masa untuk berbelog.
selama ni, tujuan aku berbelog adalah suka-suka. mungkin nak share info dengan rakan2 belog yang lain.
pasal politik, aku tak nak komen k.

ok.
sekarang aku menunggu untuk posting.
haritu, aku praktikal kat SMAN ni dari 18 jan 2010 sehingga 16 mac 2010.
3 bulan aku disini. minat mengajar dah semakin menyerlah. tapi teknik mungkin perlu lebih belajar lagi.

sekarang, aku guru ganti di sini.
seronok, thrill, kadang2 bosan, excited...macam2 la!
bila di sekolah, aku rase seronok, sebab ade macam2 bende baru aku lalui..
(mungkin aku jenis cepat bosan)
bila balik rumah, letak je kepala kat bantal, pufff!!
nyenyak sampai ke pagi wa cakap lu~
tak terasa badan tu penat..
sungguh...!

ok, sebenarnye aku nak share ngan korang pasal macam mana nak apply guru ganti..
saje je, kalo dah tahu tu, diam2 ok. yang tak tahu dan berminat leh gune info nih..

untuk mudahkan keje atau senang dapat tawaran Guru Ganti ni,
korang kene g sekolah, kompemkan dengan pengetua sekolah, atau PK sekolah tu..
biasanya guru ganti ni adalah untuk menggantikan guru bersalin....
so, biasenye korang keje 2 bulan je lah.

korang kene isi borang dari JPN,
(samaada korang amik sendiri kat JPN atau sekolah tu sediakan)

korang akan masuk ASAP, korang tak payah susah2 pegi amik borang, kerani akan uruskan.
so, surat tawaran akan dapat kemudian.

tapi, kalo korang tak berapa nak diperlukan.....hmmmmm.....(susah sikit la nak cite)

dalam borang tawaran akan nyatakan bape gaji korang.
macam aku, ade ijazah sahaja, bukan ijazah pendidikan ye. so, guru ganti ni sape2 pun boleh asalkan ade certification...=) so, gaji aku (diulang kali kedua)  rm83.70 dan elain ITKA rm13.00... agak boleh tahan lah kan. cume gaji ini dibayar ikot hari. jadi, nak banyak, rajin2 kan lah datang sekolah ye...=)

kepada yang di luar sana, yang nak sangat2 mendidik anak bangsa, korang tak minat nak keje lain, boleh la apply.. yang kerek2 suke kutuk keje cikgu ni...boleh gak kalo nak buat cara homestay tu.. mari lah same2 mendidik anak2 kite nih....lepas tu hang boleh komplen cikgu ni banyak keja ke tak...=) ( ni sebab aku baru abes kelas..just a short update)

GSTT pon korang leh apply, biasenye yang ade ijazah la ye. yang diploma mungkin sukar sedikit. tapi kalo rezeki kamu, ikot celah mane pun akan jadik rezeki kamu...=)

nak lagi seronok, apply la DPLi...=) kompem seronok macam aku sekarang ni...

hoho~ harap2 result posting akan kua bulan 7 nih..

lagi 2 minggu di sini. akan sedih di hujungnya nanti. bertabah!
ape2 yang terkureng, harap dimahapkan ye. ade yang tau lebih, tambah2kan lah ye. ok. bai!

Ahad, Mei 16, 2010

Selamat Hari Guru 2010

 Tahun pertama menjadi guru yang belum lagi diiktiraf..hehe..
at least sempat jugak merasa..tapi sambutan di sekolah akan dibuat pada 4 Jun 2010 nanti..
hari terakhir aku kat SMAN yang best nih! huhu..mesti nangis nanti...
aihhh...
hari ini 16 MEI maknanya..hari ini adalah HARI GURU!!!!

terima kasih kepada guru2 yang pernah mengajar aku..buat CIKGU ASMAH BINTI RIFIN aka my mom..hehe.. terima kasih sebab tak jemu ajar anak mu yang senget ini...

buat semua guru diluar sana, teruskan usaha kita mendidik anak2 bangsa..!
tugas guru tidak semudah disangka..
good luck untuk semua guru!!

p/s: tak boleh menulis panjang, sebab perut dah lapar..jom makan dulu!

Selasa, Mei 11, 2010

sudah sepuluh bulan

alhamdulillah. syukran
sudah 10 bulan kami melayari bahtera rumah tangga..biase lah..aku ni kelasi kapal je..kalo bawak kapal terbang tu macam co-pilot lah!
sudah terasa asam garam rumah tangga..macam2 hal lah..seronok dan bahagia. kadang2...ade la scene gaduh2..biase lah..tipu lah kalo takde gaduh2..kecik2 ati... yeah..
semoga kami berjodoh hingga ke akhir hayat..hingga ke syurga..aminnnn

kali ini, seminggu aku kene tinggal..ok je..walopon tak sehat..
kene kuatkan semangat..
hmmm..
pagi tadi terbangun lewat..bukan ape..sebenarnye malas nak bangun..hahahaa~
adik dah gigit2 jari aku suruh bangkit mandi..thanks adik...! nanti mama belanje adik ikan rebus!

dari rumah pukul 7 pagi sampai skolah, 7.29 pagi..maknanya?
aku speeding habis pagi tadi... sian encik ramos...
kalo menurut pakcik google, jarak dari rumah ke sekolah..lebih kurang 38.9km.. tak jauh pon.. hehe

kat sekolah dah start tak sehat..
selsema, bersin2, batuk2,,
sebab ape tah ni...

hari ni dapat cover topics prinsip akaun form 4. lega.
esok form 5 pulak.

cepat lah sembuh.
kepada si sayang. i lap u. ade 2 bulan lagi, kite sambut anniversary lak eh! heheehe
dah nak setahun dah!!!!!

ok.bai

unwell

hubby takde.
tak sehat pulak.
tadi drive kete, ngantok sgt,
kete blakang sebok nak speeding..
hampir nak hentam..
bunyik honnnnnn kete wat sakit pale.
bodonye orang.
aku da bagi signal la!

cepat la sehat.
cepatla sayang balik.

=(

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...