Selasa, Jun 08, 2010

adik gatal

okeh.
seminggu yang lalu, adik kelihatan miang sekali. beliau meliuk lentok, menggeselkan badannya ke lantai.
ah, malas nak layan adik ni. selalunye adik ni gedik aje. hari hari pun begitu. jadi sangat malas untuk melayan beliau.
bila dah tak layan. lagi agresif tindakan beliau. panjat tingkap. oh. kita ni rumah kat tingkat 5 adik oiiii!
dia boleh layan duduk kat tingkap tu sambil angin sepoi2 bahase melayu ke pipi beliau. sah adik dah gatal menggelenya nih!

******************************************************************************

miauuuuuuu....miauuuuu....miauuuuuuu!!

tu lah dialog dia. hanya itu. kejap masuk bilik air. termenung, miau miau.
kejap pegi kat dapur.miau miau... hidu hidu makanan. jamah sikit. kemudian miau miau...

*********************************************************************

satu pagi yang hening, aku nak ke sekolah la. siap2 tengok gegirl je yang ikot aku ke hulu dan ke hilir. adik mane? oh..tido lagi kot. selalunye macam tu lah.
cek bilik toilet dia, takde, kat tingkap pun takde. ish, mana adik ni...hati dah gelisah. jangan la dia ilang. dah la sayang sangat kat adik ni.
tengok jam di dinding, dah pukul 7 pagi, nak shoot ke nilai ni. hoh. tak bule jadi. kene pegi sekolah tanpe mencarik adik. takpe lah. tawakal je lah. adik mesti balik nanti.
baru je turun tingkat bawah, nampak adik! adik dengan si oren. si oren ni, kurap satu badan. suami kata, dulu si oren ni gemuk, sekarang sah kurus, kurap satu badan masih hidup bahagia...
aku nekad, adik perlu diselamatkan. tanak waris nanti berkurap satu badan macam bapak dia! jadi, dengan tangkasnya aku mengambil adik, tapi si oren juga pantas, tanpa membuang masa beliau juga menerkam adik seperti mana aku terkam. jadi, berlakulah perebutan hebat di situ. plus, aku geli ngan kurap dia!!!!
jadi, secara sengajanya, aku sepak si oren, tapi tak kuat, cukupla sebagai warning, jangan kacau anak dara aku!
setelah 3 minit pertarungan itu, si oren mengalah. beliau berlalu pergi tanpa menoleh kepada aku. timbul perasaan bersalah. tapi aku gagahkan jua semangatku nak selamatkan adik!

berpeluh aku!

baru lah rase lega bila dah selamatkan adik. =)

* adik yang tetompok tu, sebelah dia gegirl*

Sabtu, Jun 05, 2010

budak botak


semalam jumpe budak kecik nih. oh sangat geram.
 mama dia name irda, aku panggil kak irda lah. suaminye abg kimi.
happy couple dorang ni.
budak kecik yang botak ni, pegang macam mana pun, dia diam je.
tapi semalam tatau dia menangis sebab ape. lepas aku bisikan kata kata ini..
"laa ila ha illallah..muhammad rasulullah..."

mungkin aku nasyidkan mendayu2 kot. huhu~ -_-"

nama dia Fauzan Hafiy.
umur 4 bulan kot. tapi badan dah keras dah. pandai lak tuh. hehe.
minuman peberet, opkos la susu cap gantung kan. haha.

tu dia..
ni bukan budak kecik tadi, ni bapak budak. single lagi ni. sape nak leh roger i. hahahaha~
ya ampunnn..
jangan marah yeww~~

tu baju ijau, match maker aku n encik suami. =) tapi sayang seribu kali sayang.....~
nama dia abg jad.
baju merun tu, abg bub. keeper paling berjaya tau. susah nak bolos. tapi kadang2 bolos jugak beliau.

* yang pakai cap tu single gak*

kat belakang sana tu patutnye nampak, tapi dalam gamba ni tak nampak pulak, ade noraniza idris. kenai dak?
tak kenai...? lantak ang la... hak hak hak..

p/s; lawa gak noraniza idris tu secara live. tatau la kalo mate aku yang rabon ni.

* haaaii..manisnye laki aku*
sebelah beliau, abg cak own. dia aku tatau status. hehe.



* mende lah dok bincang tuuu*
thanks abg jad, i tau u snap gamba nih. sori aaa, camera i cabuk je. hik hik hik.


*  motip ape tah ni*

semalam tak makan ape pun, rase tak sedap dalam tekak ni. euuww..
lepas tu tengok ang bub makan laksa. dia kate sedap.
hoh~ nasib baik laksa tu tak sesedap kat Riang Riang.

ok. esok nak pegi kenduri kawen. nak balik ipoh. tapi...


-_-

mr mogger

semalam hari terakhir di SMAN.
yeah!!
semalam jugak ada sambutan hari guru. baru nak sambut, sebelum ni sekolah sangat bizi dengan exam.-_-
hoho~ hari khamis bila abes je exam, budak2 dah merdeka. tapi dorang kene kemas2 dewan untuk sambutan hari guru.
bagus dorang sume. rajin.
tapi yang pempuan je lah. yang lelaki.
kemana tah mereka pupus.
bagi makan pirana baru tahu!

jadi, bila sudah jadik penganggur ini.
encik suami sangat suke. suke hati.
dia ajak pegi pasar borong.
beli sume barang dapur yang diperlukan. maklumlah, lepas ni bini akan masak kaw kaw punye. haihh..

beli daging
beli sayur
beli bawang
beli kopok2
beli sume.

ok siap!

bila dah nak sampai kat kereta, nampak kucing jantan
oh, tak cantik sangat. warna putih, ekor tak kembang. rejek.

haaa~ kat sana!
itu dia..
ekor kembang
kepala besar tapak tangan
badan sasa,
ok.
tengok kiri kanan, agak agak ade orang perasan tak kalo kami amik?
tengok kiri, tengok kanan
cepat cepat dukung, bawak masuk dalam kete.
kucing tu diam je.
tak melawan.
suke kot.

sampai di rumah,
dia explore rumah. erm..
gegirl dari jauh dah berbunyi.
adik terkesima. eleh, berkenan lah tu~

kami kurungkan beliau dengan adik.
oh, mula mula bagi nama Hero. kemudian macam tak best, panggil Boboi.
pun tak best.
panggil Mogger.

oh, sebab ape kurungkan mogger dengan adik?
sebab dorang main intai2 je. malu2 kucing. eh, memang kucing pon.

so, kami decide, dorang malu kot.
so kurung lah.
tapi takde pape pulak.

kemudian lepaskan.
tak pakse dorang mengawan.
kalo adik nak, mogger nak. ok.
tak baik kawin pakse2 ni. kannn~ korang pun tak suke kan..

tetibe dengar adik jerit.
sangat kesian, sebab mogger 2 kali ganda besar dari adik.
tapi nak buat macam mane. adik tersangat lah gatal.

satu malam berlalu.
dua malam berlalu. (kami amik mogger hari khamis)

adik dah tak gatal.
mogger pun cam biase je.

petang tadi, kami pegi hantar mogger pulang ke tempat asal.
sedih gak mule2.
tapi apekan daya.
tak mampu nak manage 3 ekor kucing kat dalam umah kecik ni.

encik suami yang kelihatan sangat sedih.
dah terbalik.
dulu aku yang suka kutip kucing.

babai mogger.
sori kalo kami bersalah pada kamu.
semoge mogger cepat sembuh ye (sebab mogger selsema)

jumpe lagi mogger.
*mr mogger*

*adik buat adegan cium2*

Selasa, Jun 01, 2010

jaga exam



 minggu exam. bukan hanya pelajar yang stress, cikgu cikgi lagi lah. macam macam hal boleh timbul masa exam ni. yang baik jadik tak berapa nak baik. ye, ikot kepala sendiri. susah lah. kalo aku, malas kecoh2, aku diam kan aje. buat je semua bende. tapi. itulah. orang takkan perasan pulak pengorbanan aku. hei. aku bukan nak bagitau satu donia ni yang aku dah buat kebajikan. tapi, kite pegang la kata kata ni. biar orang buat kite, jangan kite buat pada orang.. apekah?

ah, payah nak eksplen cara baik budi bicara ni. lantak kau lah. emo di sini seketika. aku tahu, aku ni baru sekangkang kera? setahun jagung menjadik cikgu ni. baru lagi. malah aku ini boleh dipijak2 oleh kau yang berbadan besar itu sudah lama menjadi cikgu. eh, kau belum kompem ok. belum. no no no. kau masih GSTT. Guru Sandaran Tidak Terlatih. aku besarkan perkataan Tidak itu. aku bukan nak besar kepala. aku cuma mahu kerjasama. bukan niat untuk menindas kaum kau yang Tidak Terlatih itu. bukan ape. sejak dulu lagi aku dah nampak macam tu. -_-"

aku ni pun, baru saje masuk dalam perkhidmatan begini. aku rase, ape yang tak salah untuk dibuat, harus la, wajib buat. kenapa nak tolak? hmmm...katakanlah bos bagi kerja pada kulinye. ade ke patut kulinye tolak keje tu? tapi situasi kat sini, takde bos bos. cume perintah dari aku. hahaha.. perintah? ape la aku dok mengkarutkan cerita nihhhh!!!!

ah. aku malas la. kesian blog aku ni dah buruk rekod dia. dah tulis cerita ngumpat2 bodoh ni. ahhh!! tensi aku~!!!  alolololorhhh.... sambil membelai2 lid laptop aku. bajet belai blog la. camne nak belai blog eh..? ooo...susah gak nak pikir tuhhh...

tugas SUP, Setiausaha Unit Peperiksaan sangat mencabar bagi aku. TUGAS? bukan. KERJASAMA rakan2 guru ku sekelian. payah ok. aku ingat mudah. jadi, sila lah gelakkan aku.
aku rase, dorang patut tengok cerita WonderPets sekali sekala. dua kali dua kala.
semalam aku jage exam banyak kali, tak sekecoh kau pun. wah~ ayat berani mati aku bagi nih. sementara gantikan guru jaga exam, aku bukak tafsir Al-Quran.

tenang jiwa aku.

aku terbaca surah al Humazah. mungkin Allah nak sedarkan aku kot.
baru baca ayat 1, dah terkesima.

kemudian, baca kat belakang tafsir tu, pasal manusia yang berselisih.
surah Hud, ayat 118
"Dan jika Tuhanmu mengkehendaki
Nescaya dijadikanNya manusia menjadi satu umat (agama) tetapi mereka sentiasa berselisih."

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa mengikut ajaranMu


Ahad, Mei 30, 2010

sendirian lagi

esok,
31 mei hingga 4 jun, 5 hari. L I M A. 5.
sendiri lagi. kene tinggal. encik suami ke RISTEC, berkursus.. huhu.. dulu, seronok mase dia kerja kerani kat UPM.. duduk rumah je...balik rumah tidak mengeluh kepenatan. demi sesuap nasik. ewahhhh!
sekarang, banyakkkk keje dia. kesian memang kesian. tapi apelah daye aku. nak membantu dalam kerjaya beliau, tidak lah termampu. jadi. aku buat yang terbaik sebagai seorang isteri. ehem..ehem...~ batuk pulak~

ok. semalam ke RISTEC kan. kepada yang tak tau leh baca sini. kepada yang tak pernah sampai ke PD, boleh la gune info ni. rasenye mudah je nak ke sane. ^_^
sebenarnye ini kali pertama kami memandu sendiri ke PD. Port Dickson.
dalam perjalanan, aku dok menyebut nama port dikson ini banyak kali. sambil membaca signboard sekali sebenarnya. aku terfikir untuk memelayu kan perkataan itu, hasilnya. hemburan hilai tawa dari ensik suami. katanya aku ini lucah~ oh??

aku pisah pisahkan perkataan itu menjadi begini.
sila isi tempat kosong dengan bantuan kamus mahal korang tu.
port = .......................
dick =.........................
son =...............................

jadi, korang sume melayukan lah sendiri, guna lah kamus jenis ape pun. asalkan korang dapat memelayukan perkataan itu. ok
sebenarnya, nama port dickson juga dikenali sebagai Tanjung Tuan.
aaahhh... cube korang tengok balik perkataan yang aku pisah2 kan tu. releven kan???

perjalanan dari equin memakan masa sejam 15 minit kot. tak dapat nak timing. sebab kami dah tersosat (dah masuk seremban, cakap noghoghi la) 2 kali bayar tol yang mahal tu. hampeh. patutnye dah betul dah perjalanan kami tuuuu~~

dari mane2 arah, selatan atau utara (macam lagu wali band pulak).. masuk tol seremban, lepas tu rapat ke kanan, sebab lepas trafic lite, korang kene masuk kanan. kemudian straight je~~
sampai lah korang nampak tol seremban-port dickson.
tol tu dari jauh bentuk atap dia minang kabau. then korang strainght je. mudah sangat. oh, lupe nak bagi tau. bayar rm 3.20 ye kat tol minang kabau tu. hehe..

tapi mase korang lalu lebuhraya seremban - port dickson ni, jalan dia sunyi je. kiri kanan hanyalah bukit bukau yang hijau. sesekali korang akan nampak taman perumahan. kalo nasib baik, korang boleh jumpe sorang pakcik berjalan kaki dari arah korang gak. macam yang kami nampak semalam. fuhhhh~ kagum beb!
dia amik masa 2 jam lebih berjalan sepanjang lebuh raya tu. gila lah!!!

kemudian korang straight je lagi. sampai lah ke ade simpang empat. korang ikut sign board teluk kemang. maknenye korang kene teruskan perjalanan sampailah korang jumpe bulatan. amik kanan. kemudian korang nampak la ade hospital, marina resort, ape bagai kat situ.

tettt~ dah sampai dah.

senang je...kan?

so, esok aku akan ke sana lagi. jumaat baru lah best! hehe.

sudah lama saya tidak ke sane

salam semua.
hari minggu sangat penuh dengan undangan perkahwinan.
yeah..
ramai dah yang menamatkan zaman bujang.
aku antara yang terawal la kot..
hehe..

kepada kawan2 yang mengundang tu,
tapi aku tak hadir, aku minta maaf la ye.
bukan tanak datang.
yang aku boleh hadir2kan diri, aku akan pegi..
mane yang tak sampai tu..
harap dimahapkan lah ye... =)

seronok bila dah berdua, dengan ikatanh sah ni..
rase lebih tenang, tidur kompem lena..hehe

lagi satu, sume bende kite share ngan pasangan kita..
alhamdulillah, aku dapat pasangan yang sangat memahami
menyayangi aku sejak dulu..
dulu hingga kini..
mane yang kurang tu aku anggap keistimewaan dia..

semalam pegi wedding kak hani dan abg zairy.
kakhani kelihatan manis dengan baju putih berbunge purple..
majlis lewat sedikit, pengantin lelaki lambat sampai..
sedikit hambar sebab takde bunyi kompang..
eh, sebok pulak komen majlis orang...

tahniah buat anda berdua ya!

lepas majlis, kami bergerak ke PD, bukan bersuka suki..
sebenarnye mencari RISTEC,
punye lah susah nak jumpe disebabkan info yang tak berapa nak tepat.
huhuhu..
RISTEC adalah Risda Training Centre.
untuk pekerja risda la nih....huhu

*landmark*
sebelah Rumah Zaitun.
perghhh...makcik zaitun mane pulak kami nak carik ni?
dekat 2-3  kali kami berpusing2 kat sepanjang pantai PD tu...
padahal rumah zaitun tu dekat2 ngan situ, cume sigboard rumah tu kecik je, pintu pagar dia yang besar gedabak. heh~

bila dah tau kat mane ristec tu, kami pon lepak kat pantai jap.
lame dah tak pegi pantai. mandi pantai lagi lah~ teringin nak mandi pantai ni. harap2 g sabah dapat mandi pantai...huhu..giannnnn dah ni!!


* berkebaye ke pantai*


* hubby chubby *



* berlakon menguis2 pasir *

harap2 lepas ni dapat ke PD lagi. tak jauh pun dari rumah. lame tak bercuti. cuti ni nak bercuti. cuti cuti malayyyyyyssssiiiiiaaaaaaaaaaa~~~

Khamis, Mei 27, 2010

tak jadi lah pulak. banyak perkataan pulaklah pulak.

hmm..
siap2 masak
kejut asben makan

tetibe beliau cakap " papa rase tak jadi lah balik"

hmm.. ok..

tak jadi balik jb.
mebi minggu lain.

oh, tadi tengok tv3,
40 terkaya di malaysia.
kalo hasil bersih rm110 juta baru boleh tersenarai masuk forbes amerika kot (kompem salah fact ni)
gile lah.
banyaknye duit.
juta juta
kasik la aku sikit.

dapat 1 juta pon ok.
sedap dah tu.

berangan.

teringat kata2 asben aku pada satu malam yang hening
berkenaan MLM

"kawan mama yang buat MLM tu, dia berjaya....tak semestinye mama pun boleh jadik macam ni... ibaratnye begini... dalam satu pasukan bola sepak, ada posisi masing masing. jadi, ada yang menjadi striker, goal keeper. ada yang hanya simpanan...mungkin kawan mama tu striker yang berjaya, hebat. mama pulak hanya simpanan. ape pun, kita kene bersyukur ape yang kita ada. kaya tak semestinya membuatkan kita bahagia.."

ok. nak sambung tanda paper KHB dan PA.

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...