Khamis, Oktober 29, 2015
BERSAWANG!!!!!
lama betul menyepi dari dunia blogging ini. rindu wey!!
walaupun macam bercakap sorang-sorang....macam bercerita sorang-sorang...tapi seronok ok...sebab ianya macam terapi..
hehehehe...
hujung tahun begini, cikgu cikgi biasa lah jadi burung hantu menyiapkan kerja hakiki..... sebenarnya kerja dah siap...cuma kami kene kay in online...itu yang aku rasa sedikit emnyampah tuuuu..
padahal atas kertas dah ada... nak juga di key in online. semua ada laptop free ka???
bukan tak boleh beli laptop sendiri...tapi...ce bayangkan...officer lain...41 je dah ade work station yang best..bilik besar tau!!!
eh, melalut dah ni.
karang kene sound pula setempek kat muka. hehe
bahaya uols jadi cikgu ni... kene alim selalu.
update status lain macam sikit...tunggu lah bos sound! LOL
Ahad, Jun 28, 2015
Marhaban Ya Ramadan
Lamanya tak menulis. Aku dan tulisan memang tak akan dapat dipisahkan. aku suka menaip, mungkin.
Salam Ramadan buat semua umat Islam. dah masuk Ramadan ke 11. Pejam celik, sekejap sahaja dua minggu berlalu. tahun ini aku berpuasa dengan tiga anak di sisi. Penat? tak usah cakap lah! tapi bahagia!
masih berPJJ dengan suami. Namun, syukur Alhamdulillah, suami sering pulang ke rumah bila rindu membuak. Siapa tak sayang bini dan anak-anak oi! hehe..
Ramadan kali ini bersederhana sahaja. berbuka hanya dengan air panas dan beberapa butir kurma. solat dan suap anak-anak makan. sahur barulah aku menjamah nasi. Selera tetap ada, cuma nak jaga badan kononnya! haha
Adam dah masuk 4 tahun, akid bakal ke 3 tahun, dan Adra sudah setahun 2 bulan. rindu nya saat mengandungkan adra, dapat berpuasa penuh. tetap gagah walaupun diligan dengan dua hero dan tiada kehadiran pesona sang suami.
senyum. Indanya anugerah Allah. Alhamdulillah. semoga tetap dan kekal menjadi punya manisnya wajah aku.
di kesempatan ini, ampun dan maaf dipinta andai sepanjang penulisan maya ini, aku mengguris hati mana-mana pihak secara tidak langsung, aku manusia biasa, tak lari dengan kekhilafan.
selamat berjuang untuk hari ini.
salam sayang!
*sebenarnya tahan mata tak nak tidur lepas sahur. hihi
Rabu, Mac 25, 2015
zikir
subhanallah
walhamdulillah
walaa ila ha illallah
Allahu akbar
cuba amalkan..
penat jadi bertenaga
lemah jadi gagah
derita bertukar bahagia
sepi tidak terasa
kurang menjadi lebih
ada menjadi sempurna
indah. ucaplah setiap masa.
setiap kali kita menhirup udara.
sekurangnya bila kita melihat nikmat didepan mata.
Ahad, Mac 08, 2015
intergriti
assalamualaikum.
Intergriti.
pada aku,intergriti adalah sangat subjektif. macam orang beri dan terima rasuah,orang yang tak jujur dalam kerja,orang yang ambil kesempatan,orang yang membodek,orang yang buat sesuatu kerja kerana sesuatu imbuhan. itu semua terletaknya intergriti. perkara dalaman dalam keperibadian seseorang.
aku tak berani jamin intergriti aku 100% kerana aku manusia. nafsu aku akan memberat dari amanah. semua manusia pun begitu. jangan tipu!
siang tadi,aku wajib hadiri satu kursus intergriti di mana yang memberi talk adalah seorang tokoh guru tahun 2014. aku kagum sebab beliau bersahaja.telus dan sangat tepat. banyak kali dia buli pengetua dengan unexpected jokes. she is truely amazing. she is funny!
seorang bekas pengetua berpangkat jusa C,dimana kata beliau,tak pernah angankan dan impikan pangkat itu. beliau sangat ghairah dengan pendidikan. dimana intipati pendidikan adalah kasih sayang. aku sangat setuju dengan beliau.
intergriti di kalangan guru. pada aku, SANGAT BERAT. masuk kelas lewat sikit. dah kene caj, halau budak nakal,kene caj, masuk kelas tak mengajar,caj lagi,marah murid dengan kata-kata kesat, takkan tak kene caj? amanah berat woooo...
nak tegur memang tak berapa berani lah,risau tersilap tegur,mana yang iya,aku iyakan je lah.. aku faham sahabat tertekan,mana nak mengajar,mana nak kejar kerja pengkeranian.semua nak didokumenkan.nak fotostet pun susah! macam mana nak dokumenkan all these things?
kalau main letak je data murid, tak ke terganggu gugat intergriti tu?
sebenarnya kerja apa pun, semuanya perlu ada intergriti. perlu ada nilai yang positif.sentiasa fikirkan yang positif. maka akan datanglah segala perkara yang positif.
kalau fikirkan bab intergriti ni,aku rasa macam tak boleh nak tido. omg. makin berat rasa tanggungjawab aku. belum jadi pengetua lagi.
adumakaiihhhh..
letaklah intergriti seiring iman kita. tepuk dada,jangan terbatuk ok! :)
nak kongsi sikit gambar sekitar kursus tadi.
Ahad, Mac 01, 2015
adra dah pandai berjalan
alhamdulillah..
adra dah pandai berjalan. tapi bukan sepenuhnya lah. dah boleh melangkah..paling jauh 13 langkah..dah agak stabil...
sekejap je dah pandai jalan..lepas ni mula nak bercakap pula...
syukur...
walaupun penat menjaga bebudak ni sendirian. alhamdulillah..Allah anugerahkan aku kekuatan.. kekuatan yang aku sendiri kadang-kadang tertanya mana datangnya...
seminggu ni..otot perut sebelah kiri sakit..jadi kene berehat sebaik mungkin..perlu bantuan ubat juga. bila sakit baru aku makan..kalau dah hilang sakit..lega sikit nak buat kerja..
dari mana datangnya sakit tu..sebab turun naik tangga cepat sangat. lepas ni kene be more relax...
:)
Khamis, Februari 19, 2015
nur adra alysha 10 bulan yang menyeronokkan!
adra dah masuk 10 bulan. yeayyy!
dah melangkah maju nak berjalan, dah tumbuh gigi kapak, n ada lagi gigi yang nak menyusul berbaris di atas gusi yang comel tu... moga anak mamapapa, jadi anak yang solehah yea.
kami sayang adra!
Khamis, Januari 08, 2015
lelaki india yang C....
ok. pertama sekali aku minta maaf sebab tajuk nampak macam racist gila. tapi aku tak tulis penuh ayat kat tajuk. sebab aku tak nak orang ambil kesempatan atas kesempitan aku.
10 oktober 2014 lepas, aku didatangi seorang lelaki berbangsa india. dia kata dia dari indahwater datang nak buat pembersihan. aku kata, tak nak sebab aku tengah kalut nak ke sekolah. anak anak kecik buat aku serabut nak bagi orang masuk rumah!
tapi lelaki celaka tu terus je menghampiri aku (waktu itu, gate ternganga) sambil2 aku kata tak nak, tak semena aku bukak grill, aku persilakan si bangsat itu masuk ke rumah. bila selisih je aku rasa meremang bulu roma. salah aku bagi stranger masuk rumah! aku macam tak sedar benda ape yang aku buat!
aku dah kalut, macam mana nak halau si celaka itu. aku buat buat tanya macam mana dia bersihkan, memang aku tak pandai berlakon pun, sebab dia pun dah syak aku dah tahu niat jahat dia. aku pegang lengan dua anak aku. aku baca surah yang aku teringat nak baca waktu tu, tak silap aku ayat kursi..aku umpankan henpon atas meja tu je la...Allah maha besar.. aku doa, biarlah dia amik henpon tu, jangan apakan aku dan anak2..masa tu nak menyorok dalam bilik pun aku takut. macam2 aku fikir..aaaa..takutnye!
lepas dia ambil henpon,dia lari keluar,aku kejar..masa ni aku rasa berani dan aku rasa mungkin boleh rembat balik henpon aku tu..malangnya..si celaka tu terer,dia lompat atas motor dan terus memecut,aku yang dah bergayut di motor tu terseret lah atas jalan raya di tengahari. mak ai....sakitnye tak usah ditanya lah..menyesal rasa! sebulan baru baik luka. sembuh belum lagi.
jadi..pesanan aku..adik2,pergi sekolah..belajar lah. walaupun subjek tu tak apply dalam kehidupan,tapi nanti boleh ajar anak2 pula..jangan nanyi,nak hidup bergaya,tak mampu kau menyamun rumah orang. tak kene tangkap bahagia lah kau..kalau kene tangkap,kene lanyak lah kauuuu..
sekian. :)
hfmd lagi
lamanya tak menulis..pc ade virus, tab buat hal.henpon kene sailang. nyampahhhhh...
kali ni, hfmd menjelma lagi..anak nombor tiga pulak yang dijangkiti... kesian...sebab adra siap ada ulcer dalam mulut..kulit dah polkadot dah..macam apam polkadot..huuuu
alhamdulillah, sebab adra selera makan ok, menyusu ok..aktif aje.. legaaaa
ni tak boleh tido sebab cheq rindu..
sebenarnya banyak nak tulis..tapi tak syok nak menaip..hihihi..
ok..tata
SMK Hang Kasturi 2018
Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...
-
haa... ingatkan susah sangat nak ganti balik bende alah yang rosak ni... rupenye sekacang tanah jerr~ ini lah penangan bila tak tahu nak bu...
-
hai. tadi berjalan-jalan di pasar malam. tapi aku pergi waktu petang. bergelak ketawa sambil berjalan. tapi masih sopan. hehe. tiba tiba ...
-
Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...