Assalamualaikum.
Lamanya tak menulis. Aku dan tulisan memang tak akan dapat dipisahkan. aku suka menaip, mungkin.
Salam Ramadan buat semua umat Islam. dah masuk Ramadan ke 11. Pejam celik, sekejap sahaja dua minggu berlalu. tahun ini aku berpuasa dengan tiga anak di sisi. Penat? tak usah cakap lah! tapi bahagia!
masih berPJJ dengan suami. Namun, syukur Alhamdulillah, suami sering pulang ke rumah bila rindu membuak. Siapa tak sayang bini dan anak-anak oi! hehe..
Ramadan kali ini bersederhana sahaja. berbuka hanya dengan air panas dan beberapa butir kurma. solat dan suap anak-anak makan. sahur barulah aku menjamah nasi. Selera tetap ada, cuma nak jaga badan kononnya! haha
Adam dah masuk 4 tahun, akid bakal ke 3 tahun, dan Adra sudah setahun 2 bulan. rindu nya saat mengandungkan adra, dapat berpuasa penuh. tetap gagah walaupun diligan dengan dua hero dan tiada kehadiran pesona sang suami.
senyum. Indanya anugerah Allah. Alhamdulillah. semoga tetap dan kekal menjadi punya manisnya wajah aku.
di kesempatan ini, ampun dan maaf dipinta andai sepanjang penulisan maya ini, aku mengguris hati mana-mana pihak secara tidak langsung, aku manusia biasa, tak lari dengan kekhilafan.
selamat berjuang untuk hari ini.
salam sayang!
*sebenarnya tahan mata tak nak tidur lepas sahur. hihi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SMK Hang Kasturi 2018
Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...
-
haa... ingatkan susah sangat nak ganti balik bende alah yang rosak ni... rupenye sekacang tanah jerr~ ini lah penangan bila tak tahu nak bu...
-
hai. tadi berjalan-jalan di pasar malam. tapi aku pergi waktu petang. bergelak ketawa sambil berjalan. tapi masih sopan. hehe. tiba tiba ...
-
Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan