Isnin, Mei 30, 2011

genap 2 tahun tomokcik pergi!

sebelum aku nikah dulu, suami (dulu bakal suami lah kan) hadiahkan aku seekor kucing. masa tu memang surprised jugak lah. tiba-tiba dia balik dari opis terus singgah ke rumah untuk hantar anak kucing ni. alolololo~ memang sangat comel ok! aku terus nama kan dia tomok (kebetulan masa tu tomok menang oim) bukan sebab aku minat tomok ok!

sepenuh hati lah aku jaga si tomokcik ni..(tomok kecik)..ada satu hari aku nak balik ipoh uruskan hal nikah kawin aku lah. jadi tomok aku tinggalkan dengan tunangku tersayang. balik saja dari kampung, tomok sakit-sakit. adoi..sakit perut rupanya. aku bawak tomok jumpe vet. ok, vet sangat handsome! doc eric kot nama dia. dah lupa. hehehe. seminggu lepas jumpe vet, tomok makin sihat. tapi nak dijadikan cerita, tomok masa tu tak pandai memanjat, aku letak dia dalam bakul. satu malam, aku tidur, pagi esok nya aku bangun lambat. tengok tomok dah tak de dalam bakul. aku dah takot dah ni. aku cuba selak kain selimut!

Sad smile tomok ada kat situ. dekat punggung dia penuh tahi. dia terpenyet. sedih. masa tu aku terus meraung. badan mengigil. aku dah bunuh kucing yang aku sayang! aku call tunang aku, hanya mampu menangis je. dia terus datang dan kebumikan si tomok. sepatah pun tak berborak dengan aku. waaaa… sedih sangat masa tu.. sekarang aku dah ada pengganti. gegirl. kucing yang aku kutip. dah hampir 2 tahun jugak jaga gegirl. jumpa gegirl selepas aku kawin.

dan sekarang aku ada buah hati yang lebih hebat lagi. aku punya ADAM!

thank tomokcik, sebab pernah berada di hati ini. maaf sebab aku kau mati. cayang kau tomokcik!

rest in peace dear tomok cik 30may2009

testing tong~~~

IMG00765-20110404-1705

Red heart

ahaaaa… saje test buat watermark tu je. nice! well done mama adam! esok godek-godek lagi..

now~ sila pergi tidur! okay.bye!

Ahad, Mei 29, 2011

jalan-jalan dengan wan!

sepatutnye wan stay sini seminggu. tapi apakan daya. wan ade hal kat sekolah. nak ngecat sekolah lah pulak. kejap je dapat lepak-lepak dengan wan! tak abes rindu lagi!

wan kata, adam budak baik.
langsung tak dengar suara menangis.

ada satu pagi tu, mama dengan papa bangun terkejut!
adam takde kat sisi mama!
rupanya wan dah culik adam pagi-pagi tu..
*kantoi mama dengan papa bangun lewat! *

kejap-kejap wan datang pegang, amik dukung.
sayang betul lah wan dekat adam!

adam pulak kalau tak lapar, 
diam.
kemudian sengih sorang-sorang
kalau diajak berborak lagi lah!
dah macam faham je kan!

tapi takpe, ade rezeki,
kite balik tengok wan pulak neh.
kite jalan-jalan ngan wan kat ipoh pula

letak sikit gambar adam dengan wan
gambar mama dengan papa sekali boleh?

:)







Khamis, Mei 26, 2011

awek datang rumah

semalam sahabat masa belajar datang bertandang. masa aku mengandung dulu. suka betul aku pergi melawat si kecik fatnin ni. mulut memang pandai borak. walaupun masih baby..potpet jugak la dia bercakap.
sementara tunggu sahabat sampai, aku susukan adam dulu, tuptup dia pulak tertidur. letak je atas sofa. tapi bila kakak fatnin dah mula bersuara, adam pun terjaga. hehe.. ni la aksi-aksi dorang berdua..

Isnin, Mei 23, 2011

siri bercakap dengan si tecit

hari ke 48.

sebenarnye, tiap kali bangun, aku mesti berborak dengan adam dulu (kecuali bangun-bangun je ade tahi kat kaki adam) hehehe.. hari ni sangat meriah adam berborak.tak tahu dia nak cerita pasal apa. tapi mulut tu asek terbuka je nak berborak. memang kelakar!

kasi layan gambar adam yang boleh tahan fotogediknye!










see! memang buah hati pengarang jantung okey! i lebiu adam! tak sabarnya nak dengar dia panggil "mama", tak sabar nak pakai kan dia kasut, lepas tu kejar adam kehulu dan ke hilir! cayang mama cepat besar ye... besar ngan sihat! :)

Rabu, Mei 18, 2011

44 hari yang penuh liku~

alhamdulillah...seronok sangat-sangat! sebab dah melalui hari-hari hebat selamat 44 hari berpantang! fuh..memang best la ai cakap you!

minggu pertama : 3 april -9 april 2011

lepas deliver adam, esoknya terus balik JB. mertua jaga. best! bukan mak sendiri tak boleh jaga. mak keje. kesian la kat dia. nak keje lagi. nak jaga anak yang tengah lemah lagi. takot kelam kabut. lagi pun, orang kata, kat mana-mana pun, tempat yang paling baik adalah disisi suami! cewah! masa mertua jaga..hari-hari makan sedap! fuh~ mane tak gemok! majlis akikah pun buat pada hari ke 4. takot lewat-lewat takde masa. hehe. masa ni, suami yang banyak tolong aku. mandikan, letakkan ubat. oh sampai temankan ke tandas! saya sayang suami saya! terima kasih sayang atas jasa baikmu! nak menangis kalau dikenang kembali!

minggu ke dua : 10 april-16 april 2011

adik ipar follow dari JB. so dia la jadik bibik. jaga makan minum aku. kadang-kadang jagakan adam.mandikan adam. adam nangis je dia amik dukung, Alhamdulillah. adik ipar aku baik sangat2! ade sekali dia tersalah information dari mertua. bagi aku makan jambu batu. aku ape lagi. pelahap la makan. pergh! tobat tanak makan jambu batu lepas ni! sakit beb!

minggu ke 3 dan ke 4 : 17 april - 1 may 2011

aku di ipoh. sebab suami berkursus di melaka selama 2 minggu. duduk di rumah sendiri mesti lah heavenkan! mana tak nye. mak aku dah belikan KFC siap-siap untuk aku..bestnye kalo berpantang macam ni! tapi 2 minggu tanpa suami di sisi, sangat lambat masa berlalu. sangat rindu okay!

minggu ke 5 dan 6 : 2 may - 15 may 2011

aku berada di rumah sewa yang bila dalam rumah je home sweet home..bila keluar rumah dah tak sweet dah! berpantang sendiri dengan suami. perghhh. lagi strict okay! ape pun tak boleh! ais??? lagi lah tak boleh.nyampah tau! tapi takpe.,,.asalkan badan baik..jadik macam anak dara balik..hohoho..boleh ker? entah la...

hari ke 45 nak pergi celerbate pun bukannye aku boleh makan ape yang best pun...sebab yang best adalah ais!..hehe..jadi..minum je la air mineral ye adik-adik!

so..saya sudah merdeka! anda bagiamana?

Selasa, Mei 17, 2011

selamat hari guru yang terlewat!

saya tahu..saya terlewat tulis entry ini.


SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU YANG MULIA!

DAN BUAT DIRI SENDIRI JUGAK!

terima kasih buat guru yang berjasa pada diri ini.

buat ibu ku yang juga seorang guru.

anak mu ini mengikut jejak langkah mu.

tapi sayang, tahun ni tak dapat celebrate hari guru.


ah, takpe. tahun depan ada lagi. InsyaAllah!

Isnin, Mei 09, 2011

lagi-lagi kisah si adam!

sejak adam lahir. well, kalau korang pun mesti macam ni jugak punye! hehe.. adam memang kesayangan semua. dah la budaknye baik, tak meragam, tido je manjang kan! fuh..abes puji lah. anak sendiri sape tanak puji? hehehe..

kesian kat gegirl. dan nasib baik dia memang pandai jaga diri sendiri, jadi tak risaukan sangat. kadang-kadang gegirl masuk bilik nak tido dengan aku sekali. tapi mana boleh dah. ade adik adam. kakak gegirl kene lah faham. ye. dia faham..dia jenguk masuk bilik jap..lepas tu dia tidur kat luar bilik. nampak macam kesian je!

kadang-kadang terasa jugak sunyi bila budak adam ni tido. selalu tidokan dia dalam bilik, tak panas sangat macam kat ruang tamu. bukan ape, nanti naik ruam. budak-budak zaman sekarang ni kan macam manje-manje sikit. kene pasang ekon tuk dia!

nak mandikan adam dalam sinki, lambat lagi kot sebab adam kecik lagi. kesin pulak nak mandikan pakai air sejuk. bath tub adam pun dah makin kecik je tengoknye. adam dah makin beso! kaki siap tendang-tendang masa mandi. adam selalu mandi dengan itik!


baju tido adam..gambar kucing, yang kelabu tu gegirl, yang putih Mog dan yang hitam tu bob...hehehe..:)

adam, cepat besar ye!

Jumaat, Mei 06, 2011

selamat hari ibu, ibu!

syukur alhamdulillah. tahun ini aku dapat meraikan hari ibu. ibu kepada adam. :) how nice!

buat ibu ku,
terima kasih atas segala kasih sayangmu
tiada satu perkataan yang setanding untuk diungkapkan betapa bertuahnya aku mempunyai ibu seperti mu..

dan kini aku sudah bergelar ibu
penat lelah
perit jerih..

akan aku lalui sendiri nanti

selamat hari ibu, ibu.

(tak boleh tulis banyak-banyak, takot menangis nanti)

Khamis, Mei 05, 2011

bantal untuk Adam

gambar separuh je.kalo penuh.cekci~


sebenarnye hadiah ni dapat dari seorang sahabat baik. kami kawan sejak umur 14 lagi..punya lah lama persahabatan kami. sejak dah boleh duduk bersila ni..bantal nursing ni memang sangat berguna lah..memandangkan berat adam dah 4.1kg berbanding berat dia dilahirkan 2.58kg dulu. fuh.. patut la bila dukung je berat bukan main. lalalala~ baru perasan muke dia dah tembam. hehe

aku pun tak tahu apa nama bantal ni. tapi bentuk dia macam bantal yang letak kat leher bila kita naik bas. selalunya perjalanan yang jauh la. bentuk C. bantal nursing ni besar. letak kat pinggang. kita boleh duduk bersila atau simpuh. ikot keselesaan anda lah. sungguh berbaloi. baby adam pun lena je tido semantara mama dia update blog. tak boleh amik gambar. kang esok keluar paper cikgu terlampau!


oh, 2 hari lepas kan pergi cucuk baby adam ni, boleh la sekeping je papa dia sempat snap. kelam kabut sebab adam jerit kuat-kuat. eee..tak malu la adam! dan kami berdua celebrate birthda papa adam. sebab makcik dan adam dah tido dulu. bagi mama dengan papa romentik-romentik la... yeay boleh makan kek! hehehe...

ini le gambo romentik-romentik mama dan papa adam. tetibe rase macam dah kurus tengok gambar ni. ah! tipu punye gambo! menci tau. huhu. happy birthday papa! tahun depan kite celebrate same-same dengan adam ye! :) insyaAllah~

Selasa, Mei 03, 2011

30 hari yang indah dan selamat ulang tahun sayang!

Alhamdulillah..
Adam sudah pun masuk hari ke 30. takde sakit. takde demam. tak de meragam malam-malam.. syukur ya Allah..:) aku pun dah kembali ke rumah manis rumah yang berada di seri kembangan ni. jadi, bermula lah episod kami berdua menjaga adam sepenuhnya. fuh! mampu ke tak ni..? risau gak kalo tak mampu..

bila dah duduk kat rumah sendiri, mestilah masak-masak, baju semua aku kene uruskan. suami ada buatkan jugak,.tapi kesian la dia..dengan kerja lagi...biar la yang lain tu aku buat...barulah give and take..:)

siang tadi ke klinik, cucuk adam. hehe. menjerit si kecik tu bila jarum tertusuk dipeha kanan nye...haha..malu je la adam ni. budak lelaki mesti kuat tau. tak boleh nangis. tak boleh jadi macam perempuan. suami pulak kebetulan amik cuti untuk bawa aku dan adam ke klinik. aku boleh je drive. tapi biarlah suami nak jaga kan...?

balik rumah, masak. pesan pada adik belikan kek untuk celebrate birthday suami. lepas dinner, kononnye nak buat surprise la.sekali adik dengan si adam dah tido dulu. jadi terpaksa lah suruh suami buat-buat terkejut. hehe. kami berdua je la yang sambut hari yang indah ni. :)

oh, ade gambar, tapi malas nak upload kat entry kali ni.. kite bagi entry seterusnye ok?

selamat ulang tahun sayang!
mama sayang papa sampai bila-bila.

adam tanda kasih sayang antara kita berdua. :)

ok.bye~

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...