yeahhh~
ade la masa pulak nak menjawab soalan si Abang Ben ni kan?
aku try jawab sejujur yang mungkin la.. kalo tipu pon... ape aku dapat? eheheh~
ni soalan-soalan dari beliau~
1.Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
mestilah pernah jatuh cinta... mostly pada fizikal.. sebab keperibadian lambat sikit nak nampak... kalo dah lame kawan baru tahu boleh go on atau tak dengan keperibadian... takat muke ensem tapi peribadi hampesss...camne? :)
2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
TIDAK! sebab tak kisah pun fizikal dia macam mana... kenapa? sebab aku pernah suke kat sorang budak laki gemok (mase skolah dulu).. tapi dia tak caye aku suke kat dia... huhuhu.. u_u"
3.Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
Bau..alamak takde dalam kategori fizikal lah ekk... so tak boleh jawab kenapa.. hehehe~
4.Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
TIDAK! bagi aku BERISI tandanya MALAS!
5.Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
Kadang-kadang je aku setuju... laki aku kacak.. tapi dia bukan kaki perempuan... muahahahahaha~
selalunye aku jumpe PEREMPUAN KURANG CANTIK yang TERLALU MATERIALISTIK! sebab nak cover balik dia punye kekurengan~~ (sape setuju angkat hidung!)
6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..
Sejujurnya, tiada yang sempurna dalam diri seseorang manusia itu... jadi, biarlah suami aku yang jadi idaman aku, dan aku ni isteri idaman dia.. orang kampung aku cakap.. "complete each other" dan quote yang aku nak share ngan korang.. " jadikanlah kelebihan pasangan kamu suatu yang melengkapi kekurangan dirimu, dan kelemahannya suatu keistimewaan yang tiada tandingan"- ni aku reka tau~ ehehe.. tatau la kalo memang dah ade perkataan ni.. sorry~
7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
SANGAT! masih macam orang bujang tuuuu~
8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
fizikal aku? aku tengah mengandung 36 minggu... of course aku puas hati! hehe..
9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
bagi aku SANGAT PERLU. sebab itu salah satu DAYA TARIKAN okay. hehe.
10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ?
aku kurang percaya produk begini. nak nak yang dalam TV.. semuanya macam nak duit..tapi bagi sakit.. buat korang sume, amalkan pemakanan yang sihat, bersenam, rehat dengan cukup.. aku jamin tak payah beli produk-produk yang pelik-pelik.. pendapat aku lah.
ok. abg ben~ sudah siap!!! :)
http://www.benashaari.com/2011/03/segmen-blogger-lelaki-vs-perempuan.html
http://www.benashaari.com/2011/03/segmen-blogger-lelaki-vs-perempuan.html
2 ulasan:
bestnya dpt kenal ibu mengandung..=)
ujang~ thanks ye lawat sini.. haha.. blog mu sangat lucassss...
time kasih.. best jugak dapat kenal bakal pengantin! :) nak tips ape2, tanye je.. ehehhehee~
Catat Ulasan