Ahad, November 30, 2008

Tagged by MIAZAI


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hehe..akak zai..kite taktau nak wat camne tagging2 ni ..hurm..ni my bro,8 years old yg captured this pic..so hope u enjoy k..miss ya!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


hehehe..this pic showed that saye megantuk tunggu mak berjual beli barang..huaaarrgghhh!


sempat posing kat rumah orang baru dikenali~



nak jugak ade kucheng..hihi..my bro tersilap tekan...so last pic takde muke..hehemuke kucheng ade le..~

i want to tag..

erm..if they read this..

the person are:

Adi~Al-fateeh

lup~dup

abby kamil

senang je, kamu diminta untuk:

1~ amik ur new pics (NOW)

2~ upload it

3 ~ tag another frens!

.::kucing ku sayang::.

that day, kucingku selamat melahirkan 5 baby yang comel2 belaka..namun, seekor yang dilahirkan pada asalnya sempurna berubah menjadi cacat setelah Comel secara tidak sengaja mencederakan bahagian belakang, dan menyebabkan Zombi lumpuh kaki belakangnya. Jadi, keadaan itu menyebabkan Zombi sukar untuk minum susu..kerana mereka semuanya selalu berebut time tu..walaupun sudah diasingkan..Zombi tetap kalah tiap kali time minum susu..sekarang, Comel berbahagia dengan 4 anak2nya,Panther,Ciki,Sibon,Botak..hehe..
Comel sekarang telah memegang jawatan Tokey Emas di bandar pulai jaya, Ipoh..hehe~

Beliau suka memakai rantai emas itu sambil berjalan2 kucing (catwalk)~


Ini Sibon (nama panjang Si Boney)..dia kucing milikku..beberapa hari yang lepas aku ke klinik veterinar di Ampang, Ipoh. Dokter sedang sibuk, hanya Misi yang dapat aku temui. Beliau mengatakan bahawa ini adalah disebabkan oleh CACING..lalu beliau memberi bekalan ubat tertentu dengan bayaran RM25. Sesampai di rumah,aku terus merawat kuceng2ku..namun..ku lihat...tiada perubahan disitu..mata Sibon tetap membengkak..tetapi, dia aktif..:) semoga Sibon dan adik2 nye yang lain segera sembuh..~




Ini Sigeb(si gebu) aku yang memandai berikan nama ini. kucing ini milik auntie Kamila, jiran ku yang telah memberikan Comel kepada keluarga ku...Sigeb ni kira sepupu Comel la..Gebu sangat2, kakinya pendek...:)




Jumaat, November 28, 2008

`Majlis Itu Tertunda~

pengalaman membeli cincin merisik satu pengalaman yang sangat hepi bagi aku..yer la..buat kali pertamanye...aku mengambil langkah pertama untuk lebih serius..huhu..takut juga..

pada awalnya, ibu mahu sekalikan majlis merisik dengan pertunangan..aduh, ade mase beberapa hari je untuk sediakan semua itu...

aku cuba telefon makcik di terengganu..namun panggilan aku tidak berjawab...huhu...mane MokYah ni...

lepas 25 minit, MokYAh call aku balik..hehe..abes bertanye khabar, aku khabarkan persiapan majlis pertunangan aku...dia tak setuju..katanye, dia nak turut serta, dia minta tundakan majlis itu...so....aku menurutkan saja...huhu..lega dalam hati pun ade sebenarnye..:)

jadik...8 Disember 2008, Majlis Merisik akan dilangsungkan dirumah ibuku...

semoga semuanya akan berjalan dengan lancar..semoga kedua keluarga dapat capai kata sepakat dengan aman..hehe..takot gak ni...yerla..aku anak pertama akan dirai..sedara mara lak jauh nun di terengganu...

semoga semuanya selamat~







hehe..semoga semuanya 'OK'

Selasa, November 25, 2008

Sabtu, November 15, 2008

pattern part II (cont.)

~bigfoot's footstep~

~lilitan sayang~



~bunga 4 kelopak~


~Deretan Bunga~


~Tautan Chenta~
ala...sume name ni memudahkan sebenarnye..hiks~ kalo nak tuka2 lenkali pon boleh..tadak hal lah~..sekarang da boleh berehat setelah penat bekerja...kire bekerja la kan..sonok sbb dapat DUIT...hmm..besok2..
kite cite pasal DUIT plak...hiks...~
daaa~













pattern part II




wah!


berjaya gak jahit beberapa pattern utk dihantar ke butik...hope dia nak tempah ngan saye la..kalo tak..melepas stok raye haji tuu~~ bukan sikit..kalo jadik, mau 100 pasang baju kurung dia nak hantar kat saye..(saye?)..ade beberapa pattern baru nak share ngan korang..ade gak yang tak berape baru (first time jahit bende2 camni..baru bape bulan je...penat tengkuk ku...~

kat bawah ni..ade beberape pattern baru dan name pon ala2 ntah pape je kan..hiks~
~Pintalan Kaseh~

~Segitiga Bermuda~

~Lipan Bara~

~Kek Lapis Appolo~

~Bunga untuk dia~

Jumaat, November 14, 2008

cincin orang punye

~

hiks~

gedix dok amik gambo cincin orang...

erm..gamba ni diambil dari seseorang yang mempuanyai bakat yang sangat besar dalam bidang fotografi....tgk je la close up gamba ni...pada aku..sangat cantek!

dan...sudah semestinya kreatiF!

dan yang paling tak aku sangka...empunya gambar ni seorang pensyarah di KYM (kalo tak salah kat melaka la kan...)

hebat betul Anugerah ALLAH yang MAHA KUASA..:)

Khamis, November 13, 2008

Kos keseluruhan??

hai..nak tanye pendapat korang...
perbelanjaan kawen ni HOW MUCH?

aku, tanak la wat grand2..sbb aku takde duit...aku still belajar..n yg tanggung pun mak+abah serta kekasih hati...

walopon kawen bukan tahun 2008 ni..but kene la prepare kan..mane tahu tetibe da gatai sgt nak kawen ni...hurmmm....

kos kad kawen dah tolak sbb aku akan wat sendiri..

skang ni...nak tau kos perbelanjaan:-

# kenduri (bagi makan org kampung)
# pelamin etc.
# jurugambo (kalo tak mampu mintak kwn2 je amikkan, pastu edit sendri..hiks)
# ole2 nak bagi kat tetamu
# persiapan perkahwinan..
# aku tatau nak listkan ape lagi..
#
#
#
#

hahaha..skang misinye kumpul je duit...semoge ape yang diimpikan tercapai..

Hiks..da mabuk da ni..mabuk duit...=)

~::caller ringtone::~



Di sana pungguk menanti


Mengharap bulan membalas rindu di hati


Di sini aku berdiri



Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah


Janji yang puitis


Tuk persembahan


Hanya ketulusan


Sekeping hati suci


AkuBerikan kasih


Kalau itu yang kau mahu dari ku


AkuBerikan cinta


Untuk membahagiakan hari mu


Aku


Sayang dirimu (menyayangimu)


Biarpun nafas ku sampai terhenti


Akan ku kota janji kita


Mendirikan Taj Mahal cinta


Seteguh kasih


Shah Jehan kepada Mumtaznya


Terasa indah pabila berdua


Semakin tiba saat bahagia


Merai cinta kita


inilah lagu yang akan aku dengar tiap kali call my benggo..hehe..semoga cinta kami pun macam ni...insyaAllah tak lame lagi...semoga jodoh kami berkekalan dan dirahmati-Nya..Amin..

Rabu, November 12, 2008

Adat Merisik

Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.
Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. Ini kerana, faktor dara atau kesucian seseorang gadis amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu. Istilah sudah ditebuk tupai bukan sahaja akan memalukan seluruh keluarga lelaki, malah di kalangan masyarakat Melayu, pihak lelaki dianggap dayus sekiranya mereka mengahwini anak dara yang sudah tidak mempunyai dara lagi. Sekiranya pihak perempuan merahsiakan hal ini dari pengetahuan pihak lelaki, pihak lelaki berhak menceraikan isterinya jika dia menyedari yang dia telah ditipu setelah melalui malam pertama. Ini kerana, sudah menjadi adat masyarakat Melayu menetapkan nilai mas kahwin dan hantaran yang berbeza bagi seorang anak dara dan seorang janda. Nilai bagi seorang janda adalah separuh daripada nilai seorang anak dara.
Selain itu, pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu”.Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak.
Dalam adat menilik atau merisik, selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum. Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat anak dara tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit.
Ada rombongan yang datang tanpa diberitahu dan ada juga yang datang setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Pada fahaman dan kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Ini kononnya membawa maksud bahawa jika kedua-duanya jadi diikat sebagai suami isteri, kehidupan mereka akan menjadi senang-lenang dan keadaan rumahtangga mereka akan sentiasa aman muafakat. Akan tetapi, sekiranya sewaktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana dengan yang demikian, kononnya, membawa petanda panas, iaitu tidak begitu baik. Begitu juga dipercayai oleh orang tua-tua Melayu dahulu bahawa jika sewaktu di dalam perjalanan rombongan hendak pergi merisik anak dara berlaku sesuatu bencana seperti terdapat kayu di tengah-tengah jalan, iaitu sesuatu yang dianggap menggendalakan, maka ia juga dikatakan membawa petanda yang kurang baik terhadap jodoh tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu moden kini, kepercayaan-kepercayaan sedemikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan. Malah, tidak mustahil dikatakan sebilangan besar masyarakat Melayu kini kurang memahami alamat-alamat dan petanda yang datang kepada mereka.
Setelah selesai adat menilik, rombongan tersebut akan pulang. Satu rundingan akan diadakan di antara ahli keluarga pihak lelaki yang melibatkan adik-beradik dan waris terdekat untuk mencari kata putus tentang hal tersebut. Mereka kemudiannya akan berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan.

adat ni saya dapat dari website mane dah lupe..saya kongsikan dengan anda semua sebagai ilmu...sape2 yang da dekat2 tu..tahniah!

Isnin, November 10, 2008

~kitten~


tumpang tdo sat..hehe~
bestnye titon~~

Sebab Pinggang Labah-labah Jadi Khecil

Sa-kali peristiwa pada zaman yang silam, ada dua buah kampong yang berdekatan, ia-itu Kemojav dan Momojav, pendudok kedua kampong itu sangat bangga dengan jamuan-jamuan besar yang di-adakan mereka sa-bilangan tahun. Jamuan di-Kemojav berjalan sa-rentak dengan jamuan di-Momojav. Orang-orang dari daerah sa-keliling ada sa-tengah-nya pergi ke-kampong untok perayaan tersebut dan sa-tengah-nya pula pergi ka-kampung yang lagi satu. Maka terjadi-lah perlawanan yang sengit antara Momojav dan Kemojav. Masing-masing mencuba mengalahkan lawan-nya dengan mengadakan jamuan-jamuan yang lebeh meriah. Pada hari akhir perayaan itu, senantiasa dia-adakan jamuan yang besar, dan pelawat-pelawat di-jemput makan sa-berapa yang terdaya oleh mereka.

Labah-labah Pakayana terkenal sa-bagai juara makan yang mashhor. Ia senantiasa lapar sahaja. Di-mana sahaja ia terpandang makanan akan di-sental-nya. Dan ta' pernah ia makan begitu banyak sa-lain dalam perayaan tahunan di-Kemojav dan Momojav. Kadang-kadang ia pergi makan ka-kampong yang satu, dan kadang-kadang pula ka-kampong yang lain. Walau pun perut-nya sudah sebu, namun ia maseh tetap juga lapar.

Pada suatu tahun Pakayana berfikir, kalau ia makan di-dalam kedua jamuan Kemojav dan jamuan Momojav baharu-lah akan puas hati-nya. Tetapi jarak antara kedua kampong itu agak jauh, perjalanan dari sa-buah kampong, ka-kampong yang lain mengambil masa yang lama juga. Dan tidak ada siapa pun yang mengetahui dengan tepat bila masa jamuan itu di-mulakan.

Oleh sebab itu ia menchari 'akal bagaimana akan membolehkan-nya makan pada kedua buah kampong itu. Di-upah-nya dua orang membantu-nya. Di-beli-nya tali sa-panjang yang boleh di-rentang dari Kemojav hingga ka-Momojav, tali itu pun di-kerat dua.Sa-utas tali di-lilitkan-nya ka-pinggang dan hujong-nya di-beri kapada sa-orang upahan tadi. Tali yang sa-kerat lagi pun di-ikat-nya juga ka-pinggang-nya serta memberikan hujong-nya kapada orang upahan-nya yang sa-orang lagi. Kemudian kedua-dua orang upahan itu di-perentahkan-nya demikian: sa-orang mesti pergi ka-Kemojav dan yang sa-orang lagi ka-Momojav. Bila jamuan makan di-mulakan di- Momojav, orang yang di-sana hendak-lah menarek tali itu. Bila jamuan di-mulakan di-Kemojav makan orang di-situ hendaklah pula menarek tali yang di-tangan-nya.


Dengan jalan demikian, Pakayana akan dapat mengetahui kampong mana yang dahulu memulakan jamuan-nya. Ia akan pergi ka-sana untok makan dan bersegera pula ka-kampong lain untuk meneruskan makan lagi.

Sa-orang upahan itu pergi ka-Kemojav dengan tali-nya dan yang sa-orang lagi ka-Momojav dengan tali-nya juga, Pakayana menunggu di-tengah, antara dua buah kampong itu. Pakayana merasa puas benar dengan muslihat-nya itu. Sementara menunggu itu, ingatan-nya sentiasa kapada nasi, daging kambing, daging kerbau dan ayam yang sedang di-masak untok kedua-dua jamuan itu.

Waktu berjalan juga dan Pakayana maseh menunggu. Ia mulai kurang sabar dan marah kerana belum ada tanda apa-apa pun dari orang-orang upahan-nya. Akhirnya tiba-lah tanda itu. Jamuan sudah di-mulakan di-Momojav. Dan betul-betul pada ketika itu juga jamuan pun di-mulakan di-Kemojav. Kedua-dua orang upahan Pakayana itu pun menarek tali masing-masing. Kedua-dua-nya sama gagah, dan mereka menarek tali masing-masing sa-kuat-kuat-nya. Mereka menarek tali itu demikian kuat, sa-hingga Pakayana tidak dapat bergerak ka-mana-mana pun. Ia hanya chonggang-chongget turun naik pada satu tempat sahaja. Kedua orang upahan itu amat degil dan keras hati. Mereka tetap menarek dan menghela. Tali sa-keliling pinggang Pakayana itu sa-makin tegang. Orang ramai telah makan entah beberapa jam lama-nya do-Momojav dan Kemojav. Akhir-nta makan pun selesai. Baharu-lah kedua-dua orang upahan Pakayana itu berhenti menarek. Mereka pergi ka-tempat Pakayana menunggu itu, di-dapati mereka Pakayana terbaring di-atas tanah mengerang ter-chungap-chungap. Mereka pun membuka tali yang mengikat pinggang Pakayana. Tetapi pinggang-nya sekarang amat kechil kerana di-jerut tali itu, separoh badan-nya gembong di-atas dan yang saperoh lagi gembong di-bawah.

Demikian-lah labah-labah Pakayana hingga hari ini tetap kechil pinggang-nya. Bila orang terpandang akan pinggang kechil itu, mereka terkenang waktu Pakayana menchuba makan sa-kali gus dalam jamuan di-Momojav dan Kemojav.

asal cerita dari negara Liberia.
Kumpulan Dongeng Dan Cherita dari Bangsa-Bangsa Bersatu.
1962, Dewan Bahasa dan Pustaka

Ahad, November 09, 2008

idea baru..hehe




ok....hai...ni baru je siap jahit...tatau nak namekan ape...pk punye pk..kau kunci hati ku lah...


ni adalah jahitan di bahagian lengan...esok kene siapkan jugak..tapi khamis baru tuan dia nak amik...



lame juga aku pegang baju dia..sian datin...


hmm...sekarang ni macam malas nak start etiqa takaful tu..baik jahit manik..dok diam2 je..pk dulu lah..duit pun bnyk labur gak mule2 nak masuk etiqa tu...


huhu..nak rehat...penat sgt2 badan ni dok menjahit..memang tak larat la..hukhuk..tapi duitnye masyukkk..heheehe..berminat? ape lagi..hubungi saye!


ini overall lengan la...simple je..tak sangke lak aku leh jahit camni..:)


Sabtu, November 08, 2008

~.::died::.~

ni zombi..dia da takde di alam fana ni lagi....31 oct 2008 until 8 nov 2008~RIP~




my new kitten` zombi...baru je mati petang tadi...hmm...suke ade..sedih pon ade..bukan ape...dia cacat...pergerakan dia just guna 2 kaki depan je..kaki belakang memang da tak boleh guna disebabkan kecederaan di bahagian belakang badan (mase mak dia melahirkan dia)...happy sbb dia tak yah hidup n jalani hidup ngan susah payah...bayangkan...nak menyusu pun kene fight...hmm...






tadi, terus kebumikan dia..hehe..pas magrib tadi...
ni kubur dia..kat tepi umah je...rest in peace!


pattern baru


hai semua...ni pattern terbaru yang saya boleh jahit...harga adalah mengikut penggunaan jenis manik dan kuantitinya dan services sekali..harga boleh runding..dont worry..hehe..saya bukan penjahit yang mempunyai pengalaman bertahun2...tapi insyaAllah saya akan menghasilkan jahitan yang cantik, kemas dan memuaskan...

Khamis, November 06, 2008

my cat given birth oredi



hehe..on 31 of oct 2009..my cat named comel da selamat melahirkan 5 ekor anak yang sangat2 comel...afta my mom msg me dat my cat da bersalin...tak saba nak balik umah...tapi kene gak setelkan hal kat fac dulu..so hold on dulu perasaan yang membuak2 untuk pulang ke rumah..huhuhuu...


and then, the next day, my mom anta mms...comelnye gambar kittens..memang tak saba sangat2 nak balik!


now, i'm in ipoh! dah berjaya membalikkan diri..hhahaha...sampai je..terus masuk umah, terus tgk anak2 kucing yang comel tu....memang comel..satu...dua..tiga..empat...lima! erm...sume gemok2 dan comel2 belaka..tapi.....yang sekor tu....cacat!


kesian je..dia jalan pakai kedua2 kaki depan...kaki belakang dia cacat...may b sebab luka kat belakang badan dia (time mak dia bersikan uri)...sian..


mula2 berharap kitten tu mati je..sbb sian kalo dia besar tapi cacat...tapi cam sian plak..dah sayang dah...huhuuu...:(



P/s : hope zombi membesar ngan sihat...dont sakit2 tau...huhu...sedey jek..

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...