Isnin, November 10, 2008

Sebab Pinggang Labah-labah Jadi Khecil

Sa-kali peristiwa pada zaman yang silam, ada dua buah kampong yang berdekatan, ia-itu Kemojav dan Momojav, pendudok kedua kampong itu sangat bangga dengan jamuan-jamuan besar yang di-adakan mereka sa-bilangan tahun. Jamuan di-Kemojav berjalan sa-rentak dengan jamuan di-Momojav. Orang-orang dari daerah sa-keliling ada sa-tengah-nya pergi ke-kampong untok perayaan tersebut dan sa-tengah-nya pula pergi ka-kampung yang lagi satu. Maka terjadi-lah perlawanan yang sengit antara Momojav dan Kemojav. Masing-masing mencuba mengalahkan lawan-nya dengan mengadakan jamuan-jamuan yang lebeh meriah. Pada hari akhir perayaan itu, senantiasa dia-adakan jamuan yang besar, dan pelawat-pelawat di-jemput makan sa-berapa yang terdaya oleh mereka.

Labah-labah Pakayana terkenal sa-bagai juara makan yang mashhor. Ia senantiasa lapar sahaja. Di-mana sahaja ia terpandang makanan akan di-sental-nya. Dan ta' pernah ia makan begitu banyak sa-lain dalam perayaan tahunan di-Kemojav dan Momojav. Kadang-kadang ia pergi makan ka-kampong yang satu, dan kadang-kadang pula ka-kampong yang lain. Walau pun perut-nya sudah sebu, namun ia maseh tetap juga lapar.

Pada suatu tahun Pakayana berfikir, kalau ia makan di-dalam kedua jamuan Kemojav dan jamuan Momojav baharu-lah akan puas hati-nya. Tetapi jarak antara kedua kampong itu agak jauh, perjalanan dari sa-buah kampong, ka-kampong yang lain mengambil masa yang lama juga. Dan tidak ada siapa pun yang mengetahui dengan tepat bila masa jamuan itu di-mulakan.

Oleh sebab itu ia menchari 'akal bagaimana akan membolehkan-nya makan pada kedua buah kampong itu. Di-upah-nya dua orang membantu-nya. Di-beli-nya tali sa-panjang yang boleh di-rentang dari Kemojav hingga ka-Momojav, tali itu pun di-kerat dua.Sa-utas tali di-lilitkan-nya ka-pinggang dan hujong-nya di-beri kapada sa-orang upahan tadi. Tali yang sa-kerat lagi pun di-ikat-nya juga ka-pinggang-nya serta memberikan hujong-nya kapada orang upahan-nya yang sa-orang lagi. Kemudian kedua-dua orang upahan itu di-perentahkan-nya demikian: sa-orang mesti pergi ka-Kemojav dan yang sa-orang lagi ka-Momojav. Bila jamuan makan di-mulakan di- Momojav, orang yang di-sana hendak-lah menarek tali itu. Bila jamuan di-mulakan di-Kemojav makan orang di-situ hendaklah pula menarek tali yang di-tangan-nya.


Dengan jalan demikian, Pakayana akan dapat mengetahui kampong mana yang dahulu memulakan jamuan-nya. Ia akan pergi ka-sana untok makan dan bersegera pula ka-kampong lain untuk meneruskan makan lagi.

Sa-orang upahan itu pergi ka-Kemojav dengan tali-nya dan yang sa-orang lagi ka-Momojav dengan tali-nya juga, Pakayana menunggu di-tengah, antara dua buah kampong itu. Pakayana merasa puas benar dengan muslihat-nya itu. Sementara menunggu itu, ingatan-nya sentiasa kapada nasi, daging kambing, daging kerbau dan ayam yang sedang di-masak untok kedua-dua jamuan itu.

Waktu berjalan juga dan Pakayana maseh menunggu. Ia mulai kurang sabar dan marah kerana belum ada tanda apa-apa pun dari orang-orang upahan-nya. Akhirnya tiba-lah tanda itu. Jamuan sudah di-mulakan di-Momojav. Dan betul-betul pada ketika itu juga jamuan pun di-mulakan di-Kemojav. Kedua-dua orang upahan Pakayana itu pun menarek tali masing-masing. Kedua-dua-nya sama gagah, dan mereka menarek tali masing-masing sa-kuat-kuat-nya. Mereka menarek tali itu demikian kuat, sa-hingga Pakayana tidak dapat bergerak ka-mana-mana pun. Ia hanya chonggang-chongget turun naik pada satu tempat sahaja. Kedua orang upahan itu amat degil dan keras hati. Mereka tetap menarek dan menghela. Tali sa-keliling pinggang Pakayana itu sa-makin tegang. Orang ramai telah makan entah beberapa jam lama-nya do-Momojav dan Kemojav. Akhir-nta makan pun selesai. Baharu-lah kedua-dua orang upahan Pakayana itu berhenti menarek. Mereka pergi ka-tempat Pakayana menunggu itu, di-dapati mereka Pakayana terbaring di-atas tanah mengerang ter-chungap-chungap. Mereka pun membuka tali yang mengikat pinggang Pakayana. Tetapi pinggang-nya sekarang amat kechil kerana di-jerut tali itu, separoh badan-nya gembong di-atas dan yang saperoh lagi gembong di-bawah.

Demikian-lah labah-labah Pakayana hingga hari ini tetap kechil pinggang-nya. Bila orang terpandang akan pinggang kechil itu, mereka terkenang waktu Pakayana menchuba makan sa-kali gus dalam jamuan di-Momojav dan Kemojav.

asal cerita dari negara Liberia.
Kumpulan Dongeng Dan Cherita dari Bangsa-Bangsa Bersatu.
1962, Dewan Bahasa dan Pustaka

Tiada ulasan:

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...