Sabtu, Januari 15, 2011

terharu bila..........

semalam, mengajar di kelas tingkatan 1 Gemilang. hoh~ mulut yang paling bising adalah dikalangan pelajar lelaki melayu.. memang tewas tanpa bertanding pelajar lain. sungguh!
sampai baby dalam perut tak habis menendang bermula sesi pengajaran sampai lah habis waktu.
Ya Allah... bising sungguh!

aku ajar sejarah.
pertama sekali ajar sejarah.
ajar dikelas pandai.
jadi kene buat revision dulu.

tak boleh main hentam kromo.

semasa sesi pengajaran memang sangat seronok..
sebab aku boleh tanya macam-macam dan dapatkan jawapan yang pelik-pelik..
boleh la buat lepaskan tekanan dengan bebanan kerja lain..=)

usai mengajar. loceng berbunyi
ucapan terima kasih dari mereka semua.

macam biasa, aku memang tunggu mereka keluar dahulu.
sambil berdiri (bukan sengaja) di depan pintu..
aku perhatikan mereka keluar dari kelas.

pelajar perempuan melayu bersalaman dengan aku
ada juga pelajar lelaki..juga melayu..

dan buat aku terharu bila pelajar berbangsa cina dan india
tak kira lelaki atau perempuan..

juga bersalaman dengan aku
mencium tangan aku..

moga kamu semua terus menjadi generasi yang baik, hormat pada guru, cemerlang dalam hidup kamu!

p/s: ni yang buat den semangat nak mengajar! hehehehe

3 ulasan:

Unknown berkata...

guru pelita bangsa..
selamat mendidik generasi pelapis negara ;)

p/s: sekolah rendah dah diperkenalkan subjek sejarah? menarik

Unknown berkata...

opss..silap. ingatkan ngajar sekolah rendah tadi...heee

molliesa berkata...

mata hati...thanks ya lawat sini...=) hehehe.. mengajar disekolah menengah..doakan saya sabar dalam mendidik anak bangsa kita..=)

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...