~we have been together~

umur belog saye

Daisypath Friendship tickers
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, Januari 14, 2011

lemak dari babi

hai sume!

okay. update blog pagi buta.
alang-alang dah tak tido tu, baik update walaupun sepintas lalu ye!

semalam, sudah khatam beberapa kelas..
aku dah mula mengajar dari minggu lepas sebenarnya.

Alhamdulillah
mudah nak kemas kini buku rekod sebab apa yang aku ajar dalam seminggu lebih kurang sama.
sebab aku hanya ajar KH dan Sejarah
jadi, memang tak perlu study dan buat ulangkaji banyak-banyak..

memandangkan disekolah, majoriti pelajarnya cina,
aku tak boleh gunakan konsep membebel dalam kelas.

percaya atau tidak.
aku terpaksa guna cara menekel (baca:tackle) hati mereka.
ya, ada yang memang degil sangat-sangat.
kita dah marah, dia main cakap bahasa dia depan hidung kita.
yang kita ni pulak tak faham.
entah-entah kene maki depan muka tuh!
(bukan rasist ya!)

Alhamdulillah, hanya beberapa orang murid je yang ade buat onar
itupun aku dah sound direct kat dia.
berubah juga lah air muka budak tu sekejap.
then, dia dah bagi respon yang baik...
thank U Allah..=)

okey, aku ajar kh kan
bab masakan
bila sampai hal mengenai hidangan sepinggan lengkap
aku cuba menerangkan dengan bertanyakan pendapat/pandangan mereka dulu
so far okay je jawapan.

bila sampai pada keperluan nutrien.
mereka diam.
aku beritahu nutrien tu perkara yang wajib kamu ambil masa makan
untuk bekalkan tenaga.
contoh: karbohidrat, dari roti

okay.
jadi apa lagi nutrien yang diperlukan?

yang belakang jerit.
protein cikgu!

bagus! mesti puji~

lagi?

lemak cikgu...sayup jer suara

okay... lemak tu datang dari mana?

daging babi cikgu!

gulp!

kelas gamat dengan deraian tawa dorang.

adeeehhhhh~

Tiada ulasan:

~kawan-kawan blog yang comel dan hensem~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

jeng jeng jeng

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign