Isnin, Julai 11, 2011

happy 2nd anniversary dear darling!


HAPPY ANNIVERSARY DEAR!

ALHAMDULILLAH..

sudah 2 tahun bersama

banyak suka

banyak juga duka

tapi semua tu asam garam kan sayang!

i love you!

 :) 

lebih best, kita ada Adam.

Alhamdulillah!

syukur ya Allah!

Ahad, Julai 10, 2011

tahniah adam!



satu lagi step yang adam lalui! tahniah anak mama! rajin pulak tu buat homework! kejap kejap berpusing! masa mula mula memang membebel je mulut si adam ni sebab dia tak larat nak pusingkan badan dia..:) penuh air liur kat tilam! hehehe..

lepas ni adam menyusur pulak..lepas tu merangkak..eh, bila adam nak tumbuh gigi ya? hehe..:)

Isnin, Julai 04, 2011

photoshoot!

berdiri dah anak mama?

oi..ape hidap jari neh!

director asek tunding jari tanak bagi adam hisap jari!

mama..letih la maa.. adam sandar eh!

ok..sambung lagi

sedap betul jari ni lah! eh, tangan!

ok. dengan mama sebok nak bergambar dengan adam!

ok adam last ni..say awwww!!! 

ok.tu je main-main amik gambo hari ni. makcik ca bagi hadiah lagi. baju ladybug! hehehe...lady ke adam oi? ok. nak kene layan ayah adam plak ni..hehehe...:) good nite!

Ahad, Julai 03, 2011

DIA

semalam panas
tido terpaksa bukak ekon. bukan ape, nanti ruam adam naik sangat la horror. kesian pun ade. jadi takpe la. bukan selalu nye pun!
sedang nyenyak tido, aku terjaga sebab ekon sejuk la. terus bangun off kan ekon. tengOk tengok rupenya ade orang tumpang tido atas tilam sekali.



gegirl! alalaaaaa..
kesian tengok dia..
kebetulan masa aku bangun, dia pun bangun sekali
mengiau...

aku baring balik.
adam kat sebelah nyenyak abes
sampai tak bangun menyusu pun!
semalAm dia tido lewat pukul 12.. tu yang lena habis.
plus semalam kan kene cucuk
tu yang tido je seharian. penat kot.

girl terus bangun
jilat jari tangan aku
then dia naik ke badan
aku yang tido mengiring (sebab dah terbiasa bila ada adam ni)
girl pun lepak kat pinggang (ayoyoyo,..gelinye...)
sambil tu dia urut2..haha..geli ok!

itu lah girl
kalo aku melangkah keluar ke, mesti dia ikut
tetamu yang datang disambut,
tetamu nak balik dihantar ke pintu

kadang-kadang rimas bila aku nak keluar rumah, mesti dia dah port awal-awal naik kereta!
bukan tanak bawa..tapi memang tak boleh!

lama dah tak bawa girl balik ipoh atau jb..
nanti lah ye girl..

mama cayang gegirl!

Sabtu, Julai 02, 2011

90 hari yang sudah




macam tak nak percaya pun ada.tapi apa boleh buat. memang 90 hari dah berlalu. isnin dah kene pergi kerja..
lalalalaa...kerja...lalala..~

tadi pagi pergi cucuk adam.
adam sudah besar!

sementara menunggu, seorang makcik menegur adam. 
apa lagi sikenit ni, tersengih-sengih la dia

masuk jumpe doc pun sengih.
sampai doc nak cucuk ubat dekat pipi adam sebab geram!

gambar tak sempat snap. sempat rakam sikit!

update sikit pasal adam
semalam selsema. hari ni okay. doc cakap paru2 dia ok je..
berat 6.1kg. naik 600 gram je dari bulan lepas..adam sedikit aktif sekarang!
panjang 63cm. kaki pun dah boleh pakai kasut!



* mahap video dirakam jauh oleh perakam yang sangat la pemalu ni..heehehe*

Jumaat, Julai 01, 2011

ape yang botak? siapa?

ok. menulis di sini jam 1 pagi lebey lebey (ah gedik gile)..jadi cerita pasal semalam lah kan?
berjaya jugak aku pergi ke mydear warehouse tu. oh, hari pertama dah ramai orang seyh! (ayat gerek) aku bertolak dari rumah pukul 2 suku. tau pukul berapa aku sampai kat tempat tu??

oh....pukul 4 petang!! itu pun empat lebey lebey~ aaahhh..kenapa tersalah google??? nasib baik adam memang senang dikautim! bagi upah susu tido 2 jam. kire ok la kan? fuh...

thank you kaklin sebab pick up phone tepat pada masanya. kalo tak. sesia je la aku dok membayar lalu tol saje hari tu. hehe.. my bad..my bad..:)

sampai kat sana, aku terus menuju ke bahagian car seat. ya, car seat yang sepupu bagi tak begitu selesa dengan adam. kesian lak biar dia duduk dalam tu tanpa memakai belt! (ape jenis mak la kan!) jadi by hook or by crook kene tabur duit jugak kat barang-barang begitu.. $$$$~~

tengok tinjau. takde berkenan. tapi tang harga memang berkenan. sebab ade yang below rm200. memang okeh la dengan budget ciput yang ada kan...ok, salesgirl tang entertain aku best. sebab dia layan baik dan sangat friendly! aku gtau la nak yang macam mana kan. sebab adam still small. nak duduk betul pun tak berapa nak boleh lagi. jadi aku sauk la sebijik yang gini, macam dalam gambar. kalo harge sebenar sebelum sale, rm489.00


tapi masa warehouse ni, dapat rm350.00..kire ok lah kan?  tapi ade je yang jenama lain lagi murah..cam sweet cherry ke..:) sebab adam boleh duduk dalam ni dengan seronoknye. :) lepas beli terus pasang, letak adam dalam ni. nampak dia selesa je! Alhamdulillah! botak mama!

then jalan lagi, nampak walker. adam da kuat kakinye. so, penat kalo asik berdukung kan. jadi, walker ni boleh selesaikan masalah yang melanda diri ini. walker ni boleh diayun jugak. menarik lah. harga gudang pun boleh la membotakkan mama nye..hehe. ala..beli ni sekali je.nanti adik adam pinjam abang adam punye la eh? hehehe..

jalan lagi, ok last eh! kang tadi botak tengah, ni botak segala bulu yang ade kang! haha. ape la mama adam nih! nampak kipas comel tu. ape lagi. bang, tulis ni dalam resit ye!

ok. dah bayar, kat sini boleh pakai bankcard jugak. jadi takde alasan bawak duit sikit okeh. mari botakkan kawan-kawan lain! dah bayar, amik resit, pergi ke bahagian amik barang. ok. yang ni aku tak tahu. aku main follow me je akak kat depan aku. ade satu chinese woman tu, pregnant twins! wahhhh!! semua barang dia beli dua.. mane aku tahu dia pregnant twins? ape lagi. kami berborak la (nampak, punye la lame nak amik barang kat kaunter tu!!!!)

dah amik, kalo suami ikot boleh la kerah tenaga sang suami. sebabkan aku dengan adam je. jadi bagi no kereta kat dorang, nanti korang drive la ke belakang gudang tu. nanti amik barang tu kat sana. jangan jadi macam aku. bagi no kereta, tapi dok melangut tunggu dalam kereta! mau 30 minit tersadai dalam kete je okeh!

dah happy happy...dah botak botak.. mari balik dan main dengan adam!


dah terjawab kan apa dan siapa yang botak!! hehe... love you adam..muahmuah!

Rabu, Jun 29, 2011

tips dating dengan baby!

assalamualaikum!
wah! lame tak update blog! ralit bermain dengan adam. layan karenah dia yang sungguh mencuuit hati tu! rasanya lepas ni boleh la say good bye pada facebook! hehehe...

oh ya, nak share sikit tips kalau mommy muda mudi ni nak keluar shopping dengan baby! only u and baby!

aku pernah beberapa kali keluar dengan adam. paling jauh pergi ke the mines! saat itu sedikit tercabar sebab tiket parking hilang! ya Allah..macam-macam hal!

sebelum korang keluar, pastikan baby dah kenyang, so bila dia masuk dalam kereta, duduk diam-diam dalam carseat tu..kompom tido sebab kereta bergerak. baby kan terbuai-buai gitu. kalo tak tido pun dia mesti diam. maknanye dia selesa lah tu! and..make sure baby betul2 selamat duduk dalam car seat! pastikan car seat dibelakang ye..bukan sebelah driver!

kemudian, dah sampai, check dulu baby. dia lapar ke (mana tahu dia lapar lagi kan!)...kalau ok, boleh terus proceed masuk shopping compleks! pastikan korang pakai baby carier atau sling. takkan nak pakai stroller kot? payah nampaknye nak handle. setakat ni, aku pakai sling, adam memang tido la..kalo tak tido pun mata dia memerhati persekitaran tempat tu. :)

kelebihan pakai baby gear ni, tangan korang free. senang nak bawak barang atau nak tolak troli (hamboi..kemain shopping ye?). senang nak bayar bila kat cashier nanti. siriyes!

dah shopping atau tengah-tengah shopping baby lapar, pegi la ke baby room yang disediakan. skang da banyak shopping complex sediakan baby room. dah cukup bagus tahap kesedaran sekarang betapa pentingnya susu ibu untuk bayi!

aku pernah susukan adam depan public. tapi sangat la bahaye sebab adam tak reti duduk diam. tangan nak selak itu..gentel ini.. adoi! last-last pergi baby room jugak! baby room alamanda paling best aku pernah pergi!

nampak cam remeh je kan. ade yang bace mebi akan kate aaaa...leceh lah! terpulang lah! walaupun production susu aku tak semeriah orang lain. aku tetap akan cuba yang terbaik untuk anak ku.. ya.. rezeki tu Allah tetapkan..Allah berikan. jadi, usahalah hingga ke titisan yang terakhir!

alangkah bestnya kalau dapat susukan adam hingga umur dia 2 tahun. dan double alangkah bestnya kalau aku ni suri rumah!

:)

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...