Baru-baru ini banyak perkara berlaku dan aku simpulkan sebagai satu perkara yang memberikan aku sebagai satu pengajaran, tauladan dan juga teladan.
ADAB MENEGUR
Sesetengah individu tahu adab dalam menegur, tapi ada juga yang tak maklum. kalau dia rasa betul, directly dia akan tegur tak tempat dan waktu.
Teguran yang paling susah dilakukan adalah untuk menegur ahli keluarga dan juga sahabat baik dengan kita. Juga perkara yang hendak kita tegur. sama ada ianya perkara biasa atau terlalu sensitif.
Jadi, andai mahu menegur ada beberapa perkara yang boleh kita checklist dulu sebelum menegur. takut bila 'ter'tegur maka akan berlaku perkara lain seperti tidak bertegur sapa. hahaha...
Pertama, kalau di tempat kerja, kita mahu menegur rakan sekerja kita, pastikan jawatan kita lebih tinggi dari rakan tersebut agar rakan MUNGKIN akan boleh menerima teguran kita.. ini penting ya, kalau tidak, akan berlaku perkara seperti 'kau siapa nak tegur aku?'
Kedua, teguran yang dibuat adalah secara tertutup ya. Maksudnya di sini, berjumpa face-to-face atau boleh personal mesej. jangan kita printscreen canang kat orang itu orang ini pula. itu tidak menjaga aib namanya... oh, menulis tentang ini, aku pernah di tegur seseorang di komen FB, aku ambil positif apa yang disampaikan oleh beliau. ironinya, apa yang beliau tegur tu, dilakukan oleh superior di tempat kerja. maka, aku pun hanya mampu tersenyum sahaja...hihihi
Ketiga, andai tidak mampu takut berlakunya putus silaturahim antara kita dan rakan sekerja, bencilah dalam diam... maksudnya di sini, berdoa aje lah konsepnya..
Kadang-kadang, kita selalu ambil perkara ni ringan, kita tegur orang, orang boleh terima teguran kita walaupun sebenarnya teguran kita itu adalah memalukan orang tersebut...tapi apabila giliran kita ditegur, kita sanggup pentingkan ego dan amarah kita sehingga memutuskan silaturrahim yang dah dibina.
Orang lain mungkin tak nampak ape yang kita buat atau lakukan pada kawan kita, tapi Allah sentiasa ada.
Janganlah sesekali memperlekehkan orang yang menyayangi kita kerana ego kita. Muhasabah diri. kadang-kadang mungkin sikap kita yang begitu, kehidupan kita selalu tak tenang, tak cukup dan kurang bersyukur..
Apa pun, hidup ini perlu diteruskan. semoga terus hidup dengan Rahmat Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SMK Hang Kasturi 2018
Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...
-
haa... ingatkan susah sangat nak ganti balik bende alah yang rosak ni... rupenye sekacang tanah jerr~ ini lah penangan bila tak tahu nak bu...
-
hai. tadi berjalan-jalan di pasar malam. tapi aku pergi waktu petang. bergelak ketawa sambil berjalan. tapi masih sopan. hehe. tiba tiba ...
-
Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...
1 ulasan:
betul!!jangan menegur sampai jatuhkan aib orang..tak baikkk tu!btw cikgu moly cepat hupdate entry baru!!!nak add dalam team pantai timur ni!hehe
Catat Ulasan