hai~
lewat malam, awal pagi aku menulis..
semalam aku tak berkerja, cuti, ke KLIA menghantar papa mertua, beliau akan menziarah Mekah selama 2 minggu atau ertikata lain, buat umrah...
aku, suami dan anak-anak sahaja yang ada, keluarga di Johor hanya hantar papa naik bas dengan rombongan lain..
sebenarnya, suami sepatutnya ikut sekali... tetapi, bukan rezeki suami aku... terpaksa dahulukan aku dan anak-anak dahulu... jadi, aku niat...aku berazam.. duit gaji aku..aku akan simpan untuk ganti balik dan juga sebagai hadiah buat suami... :) aminnnn... moga-moga ada sinar untuk kami sekeluarga ke sana...
aku lihat, riak suami sedih.. ya lah.. ayah kesayangan tu.. aku, aku lain..aku tak membesar bersama ayah.. jangan keliru.. ayah aku masih sihat.. cuma ibu yang membesarkan aku..ayah juga terlibat dalam proses pembesaran aku... cuma ayah aku jauh.. tapi ayah aku tetap ayah yang bertanggung jawab..
masa di klia, aku cool saja.. nangis pun tidak... suami pun aku lihat ok saja.. mungkin dia simpan sendiri.. ya lah..lelaki.. tak kan nak menangis in public kot? hehe...
papa mertua aku sangat baik. aku bertuah punya papa mertua seperti beliau. aku ingat saat aku mengandungkan adam dan juga akid, apa saja yang aku sebut, aku teringin nak makan, papa akan sediakan.. beliau akan cari...
aku doakan, papa selamat pergi dan kembali...
aku tahu, dia kalau boleh nak aman di sana....
aku pesan... "papa...lain kali lah..."
macam lah ajal tu boleh tunggu kan?
dan sekarang aku rasa sebak pulak... hmmmm...
lagi 2 minggu papa mertua aku akan balik... hai...sampai ke sana pun belum, dah minta suruh balik pulak.. hehe
moga amal ibadat papa di sana, dapat dibuat dengan banyak,sempurna
mana tahu, lepas ni rezeki tunaikan haji pulak..
:)