A, seorang pelajar yang aktif,memang dia sering bantu aku,suruh lah A buat apa,dia memang buat.tapi sedikit degil. huh! "cikgu, saya nak basuh tangan!"
aku angguk tanda izin. "eh,awak boleh basuh kat paip sana!"
aku tunjuk paip tempat basuh mop. kalau takut,bawa teman.
"cikgu! saya nampak benda putih!" nampak A gelisah. bernafas pun dah lain bunyinya. aku keluar sekejap,jumpa kaksila. dalam hati berdoa jangan ada benda pelik-pelik.
A tak mahu keluar dari bengkel. dia tolak tepis tangan kawan yang bantu dia. memang nampak sangat dia nak duduk je kat bengkel.
aku pujuk.kejap aku marah.aku tak nak benda berulang. payah nanti.
A nampak akur. tapi mata tetap menjeling ke arah bengkel. aku rasa mungkin ramai akan kata..
"ala...buat buat je tu..."
aku pasti dia tak buat buat..!
lama nak pujuk A ke pejabat. akhir sekali, aku pujuk dia.aku kata aku ikut dia. jom balik ke kelas! sambil berjalan,aku peluk bahu A, aku tak nak dia lari, aku tak larat nak kejar!
"A, awak nak ke mana ni?
saya nak balik kelas cikgu..A merayu..
ok,nak balik kelas,hm..tunjuk cikgu kelas awak kat mane?
terkedu aku bila A tunjuk ke arah bengkel!
aku dah meremang! otak ligat fikir,macam mana nak umpan A naik ke pejabat. aduh!
ok,A, awak tolong cikgu boleh?
boleh...
hantarkan buku cikgu kat meja?
tempat cikgu kat mane?
??
meremang lagi!
berjaya umpan naik ke bilik guru, A tak tahu kat mana meja aku. sah, A bukan diri dia lagi..
aku dalam hati tak berhenti berzikir.memang jadi amalan aku zikir dan ayat qursi..
A nak lari,aku sempat pegang dia. masa tu tak ramai cikgu kat bilik guru. ada yang pesan dan ingatkan keadaan aku yang berbadan dua..thanks korang!
puan PK minta aku bawa A masuk ke satu bilik. A dah tentu tak nak! kali ni aku pujuk. minta dia tolong aku buat kerja. A menurut.
dalam bilik,A disuruh duduk. A berkali kali merayu nak kembali ke kelas.
aku terus tanya A soalan.
"kalau awak dapat sebut nama cikgu,awak boleh balik"
diam.
"siapa nama cikgu?"
A tunduk. dia mengumam je. dia memang tak boleh sebut nama aku.sebab A bukan diri dia!
aku tegaskan kat dia, selagi tak tahu nama cikgu apa, awak duduk sini.
malangnya,aku bertugas untuk jaga koperasi.aku terpaksa tinggalkan A.
lepas rehat,aku naik jenguk A, kuat jugak penangan benda tu. dia hentam pintu,berdentum juga lah. aku tak nak menyibuk,aku tak membantu apa-apa pun..
bila semua dah selesai, nampak A dah ok,aku panggil dia.
perlahan aku tanya
"siapa nama cikgu?"
dengan senyuman..
"hafidamolisa"
kompem! itu dia, A!
Published with Blogger-droid v1.7.4