~we have been together~

umur belog saye

Daisypath Friendship tickers
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, Mei 05, 2017

dia ingat dia terer, kita lagi terer..hihi

kadang-kadang kelakar juga, macam kasi umpan,

bagi, lepas tu sambar balik.

ingat macam ni je la..kalau dah korang buat camtu, kita boleh je balas balik

posting ni memang deep sebenarnya

nak tuju ke puncak sana je. chill!

Rabu, April 12, 2017

mood ke laut dalam

Assalamualaikum wbt...

kebelakangan ini, mood memang ke laut dalam.. bukan apa, penat lelah tahun 2016 rupanya masih belum orang nampak. hahaha..

rupanya orang yang ala kadar je boleh dapat markah prestasi lebih tinggi,
ah, mungkin aku tak tahu yang beliau ada sumbangan lebih hebat dari aku..

redha je lah.

teruskan kehidupan.
teruskan usaha,
keep the momentum!

neraca manusia sudah tentu tidak sempurna

be happy!

Isnin, Mac 27, 2017

Pengalaman anak HB rendah

salam...

last saturday, Ajwa mula demam, batuk dan selsema. sebab demam dia on off jadi mama hanya masukkan ubat demam je lah. sehari sekali je pakai ubat sebab suhu dia tak panas sangat.

lagi pun, baby ni tak perlukan ubat sangat, cukup lah susukan dia, hingus kalau banyak sangat, kene lah sedut. ada alat yang boleh digunakan untuk sedut hingus baby. untuk kahak pula, depends lah, boleh amik ubat untuk cairkan kahak atau guna cara tradisional. both cara mama tak guna untuk ajwa sebab ajwa batuk dengan baik. dia pandai muntahkan kahak tu keluar. atau dia akan telan kahak tu, keluar melalui najis nya.

hari ke 6 ajwa demam, mama decide ambil darah. result darah menunjukkan HB ajwa rendah. hanya 8 bacaannya. bacaan normal adalah 10.4 dan keatas. huhu. risau. kene ke hospital. tapi gerak hati cakap ajwa ok.

balik rumah dari melaka, start buat bubur untuk ajwa. nasi dengan kurma je. blend. suap dua kali sehari. tak banyak pun makan. sesenduk je sekali makan. keep breastfeeding. ajwa pun dah minum susu formula juga.

sejak balik rumah ajwa baru lah selera. susu sekali minum 3 oz. banyak lah tu.

esoknya mama decide ke hospital, due to baca komen kawan2 cakap muka ajwa pucat. so rasa susah hati plus sahabat baik pun call bebel sebakul suruh cepat ke hospital.

kami ke private hospital ( untuk amik darah je sebenarnya) fuh! 3 jam juga tunggu. hihihi..

Alhamdulillah. HB ajwa dah normal. cuma ambil antibiotik sahaja.

tak mahal pun, affordable. yang penting selesa. tapi dukung ajwa 3 jam, tak selesa dah awak oi.haha

till then

tada~

Sabtu, Mac 18, 2017

Ingin kembali menulis....

Assalamualaikum wbt..

fuh! sejak bergelar ibu kepada empat anak ni..blog yang dulu tempat tumpahnya kasih sayang dah terpaksa ditinggalkan kesepian gittew! hehehe..

mahu kembali menulis biarpun hanya menulis memori..agar jadi kenangan indah nanti.

mostly akan banyak kisah yang dialami, tips dan mungkin perkongsian dalam alam pekerjaan ku iaitu aku seorang guru!

haha..berangan nya lah!

apa salahnya berangan kan?

tulis yang baik-baik, ilmu yang dikongsi dan diamalkan oleh orang lain itupun menjadi sumber pahala kita yang berterusan kan?

orait.

kalau sempat, malam ni nak update sikit pasal pengembaraan hari ini di Goodtree Garden kalau tak silap,,, kalau silap, maafkan aku! hihi

tata~

Sabtu, November 26, 2016

NUR AJWA AQISHA BINTI MOHD KHAIRUL AZLAN

22 SEPTEMBER 2016
2.26KG
35 WEEKS 2 DAYS
MY 1ST PREMMY BABY
HOSPITAL SERDANG

MOGA AJWA SIHAT WALAFIAT.

MAMA TAHU, AJWA HADIR UNTUK KEBAHAGIAAN MAMA DAN PAPA.
BE STRONG!

MOHON DOA KALIAN AGAR AJWA SIHAT SELALU

THANKS WITH LOVE

Jumaat, Jun 24, 2016

RAMADHAN KAREEM

ASSALAMUALAIKUM WBT....

Sungguh lama tidak dapat menulis. kekangan masa. Dulu, boleh blogpost dari smartphone je, sekarang ni, hanya boleh tinjau FB aje dari smartphone...kalut dengan anak-anak!

Dalam tak sedar, kita dah hampir ke 10 Ramadhan terakhir. sayang sebenarnya nak tinggalkan bulan yang penuh keberkatan ini. walaupun tak dapat makan dan minum di siang hari, tetap suka kedatangan bulan yang mulia. kerana segala amalan adalah berganda ganjarannya.

Syukur, ramadhan kali ini aku menyambutnya dengan kehadiran insan kecil dalam rahimku. Moga Allah permudahkan segala urusanku.

tak lama nak berbuka dah ni,
off dulu sahabat sekelian.

moga bersua kembali.
In shaa Allah.

jom berdoa!


Khamis, Februari 11, 2016

TAMAN BURUNG DI MELAKA

HAPPY CHINESE NEW YEAR!!!!!

SELAMAT TAHUN MONYET!!

hai semua!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

saja nak kongsi pengalaman ke taman burung di melaka baru-baru ini. tak tahu nak bawa anak ke mana, jadi kami hanya ikut sahaja ke mana kaki melangkah! padahal, menumpang naik kereta aje!

harga tiket untuk masuk ke taman ini adalah kurang berbaloi dengan jumlah burungnya. tapi disebabkan pemandangan memang sedikit cantik, nak naik ke tingkat atas pun boleh naik lif atau tangga, buat rasa okay lahhhh masuk taman burung ni.

nampak tak dia punya kawasan? cantik kalau datang lepas asar, dah redup sikit, baru nyaman, burung memang ciput, maleh nak tunjuk burung nya... hahahaha


ko tengok je la...sayupppp burung duduk kat atas tu... camno nak bagi makan, nak belai..memang idok lerrr dapat..

anak-anak ni bukan tahu apa pun sebenarnya, dia tahu dia seronok jalan- jalan kat dalam tu.. burung merpati pun ada lah dalam 10 ekor... jinak-jinak merpati gitu je lah...

jadi, berapa rate nak kasi? 3/5 je lahhhhh..

hihi


video

Khamis, Oktober 29, 2015

BERSAWANG!!!!!

Assalamualaikum....

lama betul menyepi dari dunia blogging ini. rindu wey!!

walaupun macam bercakap sorang-sorang....macam bercerita sorang-sorang...tapi seronok ok...sebab ianya macam terapi..

hehehehe...

hujung tahun begini, cikgu cikgi biasa lah jadi burung hantu menyiapkan kerja hakiki..... sebenarnya kerja dah siap...cuma kami kene kay in online...itu yang aku rasa sedikit emnyampah tuuuu..

padahal atas kertas dah ada... nak juga di key in online. semua ada laptop free ka???
bukan tak boleh beli laptop sendiri...tapi...ce bayangkan...officer lain...41 je dah ade work station yang best..bilik besar tau!!!

eh, melalut dah ni.

karang kene sound pula setempek kat muka. hehe

bahaya uols jadi cikgu ni... kene alim selalu.

update status lain macam sikit...tunggu lah bos sound! LOL

~kawan-kawan blog yang comel dan hensem~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

jeng jeng jeng

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign