Ahad, April 22, 2012

paryz~


Tv3 tadi mengingatkan kenangan ni......waaaaa~~~ in love~ always!

dah tukar eh?

awww... nampak sangat dah lame tak hapdet cerita kat blog... hmmm...akan terus berusaha nak update kisah menarik...tak menarik pun nak hapdet gaks! tak kire! hehehehe

ok..terkial-kial ngan setting baru blogspot ni.. ayyaiii.. lagi laaaa malas nak hapdet gini!

Jumaat, April 06, 2012

HFMD oi oi~

Alhamdulillah...adam aryan dah masuk setahun. masuk je setahun, kene pulak virus coxsakie tu.. alahaiii.. kecian anak mama... :)

rabu khamis dah mc, patut papa jaga adam hari ni... tapi bosh besar pulak tak bagi papa balik. meh meh meh...mama kene berkorban lagi.. alahai.. alahai... adam... ingat jasa mama ni ye... jangan lepas ni, dah besar..buang mama.. eh, kite takde keturunan buang buang sedara nih.... meh meh meh lagi...

hari ke 3, cecair bertompok dah bertukar warna..kuning, macam nanah.. sakit ke tak, entah la...respon adam normal je... makan nampak selera hari ni..abes satu mangkuk..sedap ke mama masak? takde rase pun makanan adam tu.. hehehe

tadi kebetulan ke klinik, skodeng adik jap. alhamdulillah. sihat budak tecik tu. tertonggeng dia kat dalam rahim mama.. hehe..telako.. siap lambai lambai macam biase... ish, lelaki ke perempuan eh? hmmm.. asalkan sihat... :) syukur...

okay lah.. tata!

Selasa, Mac 20, 2012

dah habis cuti, dah sekolah balik! :p

hellooooooooooooo!!!

yeahhh!! sangat seronok bercuti di london dan paris minggu lepas! habis duit simpanan! oi..kene menabung balik nih!

tak dapat la nak shopping mana..sebab pergi sana bukan niat nak shopping pun...kate takde duit kan...buat la care takde duit..hehehe.. :) just jalan-jalan.. beli ole-ole sikit.. mane yang mampu lah..

disebabkan kat sane hp tak leh nak gune...tak on roaming.. jadi kene carik wi fi je la kalo nak online... tehehehe... meh nak kongsi sket kisah ke eropah!

day 1 : arrived paris then shoot to london by eurostar!















baru hari pertama! hehehe

Khamis, Mac 08, 2012

terbang!

akhirnye.... tiba jugak tarkh yang dinantikan... nak terbang jauh dari Malaysia! op kos dengan duit simpanan sendiri~ tak de orang nak sponsor... hukhukhuk... :p

barang adam mama dan papa semua dah siap packing dah! fuh! adik dalam perut duduk diam diam tau! :) kite nak jalan jauh nih!

moga perjalanan kami untuk bercuti dipermudahkan dan selamat semuanya..

petang ni tunggu ibu sampai. aku pulak balik lewat dari sekolah! huh! tak pe lah.. janji dapat cuti esok hari..hehehe

london! paris! tunggu kami sampai yeh!

#lisa ngan yusri pun kat paris kan...agak2 boleh terserempak tak? hehehehe..

Sabtu, Mac 03, 2012

11 bulan!

yeay! adam dah 11 bulan! mama tak nak update banyak sebab mama letih! hehehe
gambo ni yang lame punye... malas nak upload dan takde masa nak download dari camera...hehehe...

have a blast one adam! moga anak mama cepat berjalan!

Rabu, Februari 29, 2012

siapa nama cikgu?

usai mengajar dua waktu,aku mahu mengemaskini folio pelajar.jadi aku minta mereka salin apa yang aku catat dipapan putih.
A, seorang pelajar yang aktif,memang dia sering bantu aku,suruh lah A buat apa,dia memang buat.tapi sedikit degil. huh! "cikgu, saya nak basuh tangan!"
aku angguk tanda izin. "eh,awak boleh basuh kat paip sana!"
aku tunjuk paip tempat basuh mop. kalau takut,bawa teman.
"cikgu! saya nampak benda putih!" nampak A gelisah. bernafas pun dah lain bunyinya. aku keluar sekejap,jumpa kaksila. dalam hati berdoa jangan ada benda pelik-pelik.
A tak mahu keluar dari bengkel. dia tolak tepis tangan kawan yang bantu dia. memang nampak sangat dia nak duduk je kat bengkel.
aku pujuk.kejap aku marah.aku tak nak benda berulang. payah nanti.
A nampak akur. tapi mata tetap menjeling ke arah bengkel. aku rasa mungkin ramai akan kata..
"ala...buat buat je tu..."
aku pasti dia tak buat buat..!
lama nak pujuk A ke pejabat. akhir sekali, aku pujuk dia.aku kata aku ikut dia. jom balik ke kelas! sambil berjalan,aku peluk bahu A, aku tak nak dia lari, aku tak larat nak kejar!
"A, awak nak ke mana ni?
saya nak balik kelas cikgu..A merayu..
ok,nak balik kelas,hm..tunjuk cikgu kelas awak kat mane?

terkedu aku bila A tunjuk ke arah bengkel!

aku dah meremang! otak ligat fikir,macam mana nak umpan A naik ke pejabat. aduh!

ok,A, awak tolong cikgu boleh?
boleh...
hantarkan buku cikgu kat meja?
tempat cikgu kat mane?
??

meremang lagi!

berjaya umpan naik ke bilik guru, A tak tahu kat mana meja aku. sah, A bukan diri dia lagi..

aku dalam hati tak berhenti berzikir.memang jadi amalan aku zikir dan ayat qursi..

A nak lari,aku sempat pegang dia. masa tu tak ramai cikgu kat bilik guru. ada yang pesan dan ingatkan keadaan aku yang berbadan dua..thanks korang!

puan PK minta aku bawa A masuk ke satu bilik. A dah tentu tak nak! kali ni aku pujuk. minta dia tolong aku buat kerja. A menurut.

dalam bilik,A disuruh duduk. A berkali kali merayu nak kembali ke kelas.

aku terus tanya A soalan.
"kalau awak dapat sebut nama cikgu,awak boleh balik"
diam.
"siapa nama cikgu?"
A tunduk. dia mengumam je. dia memang tak boleh sebut nama aku.sebab A bukan diri dia!

aku tegaskan kat dia, selagi tak tahu nama cikgu apa, awak duduk sini.

malangnya,aku bertugas untuk jaga koperasi.aku terpaksa tinggalkan A.

lepas rehat,aku naik jenguk A, kuat jugak penangan benda tu. dia hentam pintu,berdentum juga lah. aku tak nak menyibuk,aku tak membantu apa-apa pun..
bila semua dah selesai, nampak A dah ok,aku panggil dia.

perlahan aku tanya
"siapa nama cikgu?"
dengan senyuman..
"hafidamolisa"

kompem! itu dia, A!
Published with Blogger-droid v1.7.4

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...