Alhamdulillah! syukran!
encem boi sudah masuk lapan bulan. alhamdulillah, masih menyusu badan. yup, dekat blog rasenye tak de pun post sangat pasal susu badan. segan sebenarnye. hehe. tapi dah masuk 8 bulan ni, susu makin kurang, kene-kadang-kadang-topup-formula-mahal-tuh!
susu formula yang mama bagi kat adam susu anmum. sebab mama tak tahu susu ape yang sesuai. setakat ni anmum ok untuk perut adam. sebab minum pun masa duduk rumah pengasuh, mama akan bekalkan 2 botol susu mama, kemudian topup ngan susu formula. sedih sebenarnye, :( kenape lah tak berjaya BF macam orang lain!
setakat ni, menu adam tak banyak beza, dia makan je apa yang mama suap. adam dah boleh makan daging, telur kuning, jadi makin bertambah la berat badan dia. oh ye, hari tu adam demam, berat dah turun balik. jadi, kene weight gain balik la ye adam oi!
setakat ni, adam baru memapah. nampak la dia berdiri lepaskan tangan, tapi tak lama. dia tak kompiden sangat lagi. kadang-kadang dia boleh gelak kalau kite pegang tangan dia suruh dia jalan. adoi. ape la yang kelako.
berjoget! kalau pasang lagu kuat-kuat mula lah dia berjoget. macam-macam kerenah!
membesar dengan sihat ye sayang! cepat bertatih dan berjalan! kate nak lawat paklang! kalau adam tak jalan lagi..payah la mama nak hanimun dengan papa!
pesanan: sempat ke nak lawat paklang ni?