Adam tak sihat :(

Siang tadi, adam berak berak, kemudian muntah lepas minum susu. Keadaan agak kritikal dengan tiga anak. Mana nak susukan,nak mandi. Memang jadi ibu octopus pagi tadi.

Adam pulak cirit-birit, memang meleleh cair ke lantai. Ya Allah..kesian sangat. Nasib baik adam ni pandai tahan muntah..

Ke klinik,doc bagi ubat muntah dan garam untuk badan dia. Supaya tak kering sangat. Nanti tak bermaya.

Balik dari klinik,cepat2 aku masak bubur ayam, adam terliur,aku suapkan lah.elok je habis sepiring kecil,adam muntah lagi.

Kesian sangat.
Aku usap kepala adam,cakap kat dia,kita baca al fatihah ok.doa dengan Allah berikan kesihatan yang baik pada adam.
Adam ikut aku baca dalam pelatnya. Sikit2 dia dah boleh baca..

Petang sikit,aku terlena di sebelah adam. Dapat pejam sekejap pun dah cukup,bangun tidur adam minta air.dahaga sangat agaknya,banyak juga air dia minum. Tak lama lepas minum muntah balik,tapi kuantiti sedikit.

Berak pum nampak makin ok. Malam,adam dah tak muntah,dia minta bubur ayam.aku suapkan je la.sambil doa,jangan lah muntah lagi. Alhamdulillah,lepas makan ubat muntah,adam dah okay sikit dengan muntah tu. Perut dia pun tak sakit.

Susu memang aku boikot sekejap lah.adam mengamuk juga bila akid selamba minta susu dab menyusu depan dia. Puas aku explain kenapa dia tak boleh minum susu. Kesian anak mama!

So far he is getting better. Hoping for tomorrow. Harap esok dia dah baik,sihat walafiat.

Mencabar jugak lah hari ini. Berjaya aku puasa sunat hari ke 4. Dua hari lagi.

Pesanan buat ibu2, kalau anak muntah,cirit birit.stop kan dulu susu,atau beri anak susu FL iaitu susu free lactose. Tapi aku pilih untuk beri air yang dia  nak minum. Pujuk bagi makan aiskrim. Hihi

At least ada liquid in and out. Jangan outtt aje. Nanti boleh mati organ dalaman anak sebab terlalu kurang air. Pantau suhu anak ya. Ambil lah cuti ke,mc ke,el ke untuk jaga anak. Nyawa mereka lebih berharga.

Please.


mamaAdamAkidAdra

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?