Coretan buat ibu

Ibu
Terima kasih sebab risaukan kakli di sini. Memang berpantang sendirian dengan anak2 yang baru menginjak usia tiga tahun dan seorang lagi baru setahun tujuh bulan dengan berjauhan dengan suami itu memang sesuatu yang sukar. Tapi aku percaya. Semuanya ini sudah tertulis kisah nya begini. Aku okay. Sebab aku rasa, setiap orang ada dugaan masing2.. Malah lagi susah dari aku.
Alhamdulillah.kesihatan aku pada keadaan yang paling terbaik.sebab aku tak rasa sakit yang teruk kecuali naik gatal pada badan pada hari ke 8 berpantang. Ekzema rupanya. Nasib baik semuanya dah baik.

Aku tahu ibu risau dengan keadaan aku. Yang masih dalam pantang. Tapi aku selesa di rumah sendiri. Aku tak mahu susahkan ibu. In shaa Allah aku boleh buat semuanya.

Aku dah boleh drive hantar anak ke taska. Sebelum ke taska, anak2 aku mandikan,suap makan dulu. Selepas tu baru aku berehat. Aku bertungku. Sebab ibu pesan kene kerap bertungku kalau nak cepat baik. Jam tujuh petang baru aku ambil anak2 di taska. Malam kalau suami ada,.suami uruskan semuanya.aku cuma masak dan suap satu keluarga. Adra memang 100% aku uruskan. Suami uruskan anak2 lelaki. Macam tak manis pulak ayah mandikan anak perempuan. Rasa pelik. Hihi

Aku bukan tak nak balik duduk di ipoh. Cuma.aku selesa sangat di sini. Aku nak tidur lama pun tak rasa susahkan sesiapa.

Nanti ye ibu.nanti kakli balik time cuti sekolah ya. Ibu mesti rindu dengan cucunya ni.

Nanti takut ibu tak.terlayan je.hihihi

Maafkan kakli kalau tindakan tak balik ipoh buat ibu terasa. Bukan. Kakli tak nak susahkan sesiapa.

Kakli sayang ibu
Terima kasih ibu!


Posted via Blogaway

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?