~we have been together~

umur belog saye

Daisypath Friendship tickers
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, Februari 22, 2009

Prosedur Perkahwinan

1. Kursus Pra Perkahwinan Modul BersepaduKursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPl)

Pendaftar Perkahwinan , Perceraian dan Rujuk hendaklah memastikan pasangan bagi warganegara Malaysia yang mengemukakan permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran berkahwin telah menghadiri dan memiliki Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.

2. Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin

2.1. Pengesahan Permohonan Berkahwin
i) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di kawasan kariahnya.
ii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan permohonan untuk berkahwin menggunakan borang yang ditetapkan.
iii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan lengkap oleh pemohon
iv) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:
- Salinan Sijil Kelahiran.
- Salinan Kad Pengenalan.
- Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
- Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan jika pemohon seorang lelaki.
- Surat perakuan cerai jika pemohon bercerai hidup.
- Surat perakuan mati jika pemohon bercerai mati.
- Surat akuan memeluk agama Islam jika saudara baru.
- Surat kebenaran daripada Jabatan polis jika pemohon anggota polis.
- Surat kebenaran dari angkatan Tentera jika pemohon anggota tentera.
V) Setelah berpuashati Penolong Pendaftar hendaklah mengesahkan status pemohon di dalam ruang yang disediakan dalam borang permohonan perkahwinan berkenaan.

2.2. Kebenaran Permohonan Berkahwin
i) Pendaftar hendaklah menerima permohonan yang telah disahkan oleh penolong pendaftar kecuali bagi sub peraturan ( iii )
ii) Pendaftar hendaklah memastikan borang perkahwinan diterima selewatnya tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan.
iii) Pendaftar boleh menerima borang permohonan perkahwinan bagi kes-kes tertentu.
iv) Setelah berpuashati Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran berkahwin melalui catatan dalam borang permohonan bagi perkahwinan dalam negeri. Manakala bagi permohonan perkahwinan luar negeri dan tempat lain dikeluarkan melalui surat kebenaran.

3. Proses Permohonan Perkahwinan Yang Memerlukan Kebenaran Mahkamah

3.1 Pendaftar hendaklah memastikan kes-kes berikut dirujuk kepada Mahkamah apabila:
a) Perempuan tidak mempunyai wali nasab atau wali enggan
b) Pasangan atau salah seorang kepada perkahwinan itu masih dibawah umur.
c) Perkahwinan itu secara poligami.
d) Perempuan yang bercerai dan belum disetubuhi oleh suami
( jika perkahwinan itu dalam tempoh iddah perceraian biasa )

3.2. Pendaftar hendaklah menyemak permohonan tersebut sebelum dikemukakan ke Mahkamah.

3.3. Setelah berpuas hati terhadap borang permohonan berkahwin dan dokumen-dokumen yang dilampirkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat dan laporan kepada Pendaftar Mahkamah melalui pemohon.

3.4 Pendaftar hendaklah menguruskan perkahwinan setelah mendapat kebenaran daripada Mahkamah.

4. Tempoh Sah Kebenaran Berkahwin

4.1. Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran kahwin bagi tempoh sembilan puluh ( 90 ) hari dari tarikh dikeluarkan.

4.2. Pendaftar boleh dengan permohonan melanjutkan tempoh sah kebenaran berkahwin selama sembilan puluh ( 90 ) hari lagi bagi kes-kes tertentu.

4.3. Pendaftar hendaklah memastikan bahawa kebenaran berkahwin lanjutan dibuat dalam tempoh empat belas ( 14 ) hari dari tarikh tamat kebenaran berkahwin kali pertama.

4.4. Pendaftar hendaklah memastikan permohonan lanjutan kebenaran berkahwin dibuat di pejabat Pendaftar di mana kebenaran asal dikeluarkan.

4.5. Pendaftar hanya boleh menerima permohonan kebenaran berkahwin yang baru setelah tamat tempoh lanjutan kebenaran berkahwin.

5. Kebenaran Berkahwin Dengan Warga Asing

5.1 Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Malaysia.
i) Bagi perkahwinan warganegara asing dengan warganegara Malaysia, Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan berkahwin disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
- Salinan pasport yang sah.
- Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon.
- Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia.
ii) Sekiranya warganegara asing adalah seorang wanita, Pendaftar hendaklah memastikan kehadiran walinya atau mendapat surat pengesahan wakalah wali dari pihak berkuasa agama negara pemohon.

5.2. Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Luar Negeri.
Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat kebenaran berkahwin bagi mana-mana permohonan perkahwinan yang akan dilangsungkan di luar negeri sama ada dengan warganegara asing atau sesama warganegara Malaysia

6. Bayaran Surat Kebenaran Berkahwin

6.1 Pendaftar hanya boleh mengeluarkan surat kebenaran berkahwin setelah pemohon menjelaskan bayaran yang telah ditetapkan.

6.2. Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat rasmi bagi tiap-tiap bayaran yang diterima kepada pemohon.

7. Akad Nikah

7.1. Pendaftar hendaklah memastikan akad nikah dilangsungkan dalam kariah di mana perempuan itu tinggal atau bermastautin.

7.2 Pendaftar boleh memberi kebenaran akad nikah dilangsungkan di tempat lain.

7.2. Pendaftar hendaklah memastikan majlis akad nikah dilangsungkan oleh:
i. Wali di hadapan Pendaftar.
ii. Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar.
iii. Pendaftar sendiri sebagai wakil wali.
iv. Pendaftar sebagai Wali Raja ( Hakim ) bagi perempuan yang tidak ada wali nasab atau wali enggan.


psstt!
makin molie bace, makin pening..harharharrruuuuu~

Sabtu, Februari 21, 2009

the late panther


the late panther
Originally uploaded by molisaLURVEbenggo

tetibe teringat ngan phanter...

gile rindu kat dia..

hmm.
sedey..


;(

PTD lagi...

tadi...

exam PTD

bahagian 1A ----> bakal gagal

adoi..mane nak ingat adat temenggung?

molie tau jawab ni jek..dan kompem betol..

siapakah pemenang pingat perak di beijing? (ade la panjang lagi. tulis sket2 jek)

L E E C H O N G W E I

hahaha..

soklan math plak...

cerita punya lah panjang lebar...last2, soklan takde kene mengena pom.. :(

kompem pel..kompem..

bangun pagi2 tadi,

pinjam pensel, pemadam ayep..hahaha~

kakak umor 24 tahun pinjam stationaries adik umo 9 tahun..


tak logik btol~

dah lepas..

takpe..

pengalaman tu~

Selasa, Februari 17, 2009

today is my birthday!!

i am 24 this year!!

i am engaged

and will be married!

ntah btol ke BI molie neh..kehkehkeh

happy birthday to molie!!

lalala..arini tunang molie cuti semata2 tuk molie..yeay!

molie shared birthday ngan Nadia (gambar katbawah tu, ngan hid)

happy birthday to US!!!

Isnin, Februari 16, 2009

Ini Kawan Molie



erm...Gagah sebok suh upload kan (dia tanye je..takde sebok2 pon)

ni lah gambar kawan baik molie mase kat Melaka..molie kawan ngan dia masa masuk sekolah sultan alauddin masjid tanah, melaka...tahun tu 1999 kot...tak ingat dah..

tapi gambar gegar sket..sebab terlalu excited! hehehe..


molie sanggup temankan dia sampai seremban tau..hehe..


8 tahun tak jumpe..baru terjumpe..huhu..


mase kami jumpe kat stesen KTM UKM,


molie peluk dia, pastu nangis2..ahaha..sebab molie rindu sangat2 ngan dia..rindu sangat2..huhu..


kat sini, molie nak berterima kasih kat hatta sebab tolong bagi number dia kat molie..


thanks hatta!



molie ngokngek, tak tido sebab excited..muke letey tu..ahaks


Khamis, Februari 12, 2009

pertemuan

excited sampai takley tido??

ape kes??

molie lagi beberapa jam nak g jumpe kawan lame molie..

my dearie NADIA!!

miss her soooooooo much..

sok jumpe kat UKM komuter station..

best2..

takley tido..

sebab terlalu excited..

terlalu..

dan..molie make a new friend today (yesterday la patotnye)..

love my life..:)

THANK ALLAH FOR THAT!

Selasa, Februari 10, 2009

berkelah


sabtu lepas, mollie pulang ke Kepong, ke rumah makcik tersayang..temankan dia sebab pakcik keluar negara..atas urusan berpoya-poya..huhuhu.. kami decided untuk berkelah di FRIM..sebab?
dekat
fees masuk tak mahal
best!


mula2 nak bermandi manda di kawasan mandi manda la kan...tapi penuh..kami pun melencong ke tempat yang agak tersembunyi dari keriuhan..tapi, tgk sendiri lah sungai kat belakang tu..kecik je...huhuhu..cukup lah buat budak2 tu mandi...:)
diorang ni macam kene sampuk bila jumpe air..so, sebab tak crowded, mudah la kami, tak payah nak look after macam orang gile..hehehe

ni la aksi2 panas mereka mandi..kuak lentang, terjun tiruk, guling tenggiling...semua ade..siap bogel2 pon ade..tapi tak dapat la molie entrykan kat sini..nak mampus..??


bermula lah episod dorang main guling2 ala2 ultraman lawan gergasi (watak gergasi tu molie pegang)...macam2 la dorang ni..sampai sakit perut tgk aksi tah pape tu...tetap dorang nak guling2 walopon air masuk hidung..sampai merah2 hidung memasing...
hish..budak2 ape la dorang tahu..main je keje dorang nih~!


ni aksi merbahaya yang sempat dirakam oleh Apple iPhone (perlu ke bagitahu jenama?)..ok gak la gambar dia..:)
p/s:kami berhuha-huha sampai tgk movie setiap hari kat jusco..hehehe


setiap entry mesti ade sebab..hehehe..

Jumaat, Februari 06, 2009

PTD

hampir semua orang dapat panggilan exam untuk PTD kan...? mesti cam seronok je dapat g exam tu....maknenye peluang untuk dapat jadik Pegawai Tadbir Diplomatik tu ade la...cam molie ni...tak pernah sempat nak pergi...dua kali ade halangan..kali ni pulak..tak perasan SPA da expired...kuikui..ngokngek betul...

susah ke exam PTD ni ek?cane budak2 boleh dapat ek? banyak betol ek...huhuhu..
dulu, my dear bro abang maman yang tuptup berjaya dapatkan post tu...tapi no wonder lah...dia memang baguihhhh...pointer power...PR pon baek punya~! orangnye pom hensem (mati la molie..puji laki laen nih!)

last few months, adik room mate lak yang dapat PTD..tahniah zana! budak ni pointer baguih..dan PR pom baguihhhh...siap called molie last weekend...

zana: Assalamualaikum,akak katne?

mollie: waalaikummussalam..akak kat luar, ngan abglan..pesal?

zana: hehehe...nak bagitahu ni...

mollie: ape....???

zana: gaji saye dah kuar...erm..nak belanje akak..hehehee..

mollie: ???...?? em..best2..tapi akak balik kepong la awak..

zana: takpe..lenkali..bila2 akak free..

mollie: wokey awak..erm..keje rajin2 tau!

zana: okay..

hehehe...
seronokkkkk...

kehkehkeh...:)

bestnyer la...teringin gak jadik PTD tu...tapi..mampu ke..?

huhuhuhu

Khamis, Februari 05, 2009

alam sekitar

now..mollie berada di fakulti alam sekitar..

punya 4 bos..huhu..

sedih..

keliru..

sepi...

sorang2..

yip ade, tapi segan nak borak2 slalu...


fak hutan tetap dalam hati...

*sedey*

Isnin, Februari 02, 2009

bebel part I

last weekend, lepak at my aunt's house in kepong..perghh!! seronok..sebab? (mesti tanye sebab kan..? haih~)



sebabnye:



pengangkutan dari upm ke kepong pergi balik = percuma!

penginapan 3 hari 3 malam di bilik kecil bersama 2 sepupu comel = percuma!!

makan minum (makan apa saja) = percuma!!!

pakej lawatan ke uptown danau kota & borong DVD pirate = percuma!!!!



sape tak suka kan? hehe..actually, ni lah aunty yang paling rapat ngan molie...jarak umur kami 6 tahun..:) mase molie kecik2 dulu, dia memang suka buli,tak sangka dah besar ni...kami jadik makin rapat..orang tgk kami ni macam best friend pon ade!



dulu, mase degree, molie selalu lepak rumah dia time cuti sem, jadik bibik anak2 dia...jaga anak dia yang masa tu berusia 2 tahun dan seorang lagi 3 bulan umurnya...memang molie ni bibik terlatih la (boleh la wat part time ni..)


sekarang ni, budak2 tu pun dah besar...kakak umur 5 tahun, si adik pulak baru 3 tahun setengah..tapi mulut...YA ALLAH....menjawab dengan perkataan sungguh hebat! budak2 zaman sekarang...lebey bijak dalam berdiskusi...kureng ajar pun ade gak kekadang..tapi sebab dorang budak2, so jadik kelaka la... (terpakse la terima..huhuhuhu)

3 hari lepak di kepong, bosan tu tak de la sangat, cume gerammmm sangat2 dengan keletah budak berdua..bibik dari indon tu asek kene marah je...kesian pulak kat bibik...dah macam hamba abdi dok layan kenakalan budak-budak tu...haii...nasib...nasib...kesian ko bibik...nak balik indon pasport hang kene blok lagi..macam kes kene tipu pon ade...tunggu la setahun lagi, nanti hang boleh la balik indon~

pagi tadi, pagi2 da balik UPM...mengantuk pun ade, sbb semalam dok giler lagi layan dvd..cite the midnight meat train...suke tgk citer pembunuhan kejam ni...haha..kejam2 pon takat cerita, berani lagi..tapi kalau yang real macam dalam youtube tu...berpikir jap nak tengok ke tak...itu memang tahap gaban kejam...manusia semakin kejam...

melalut~!

ok..next week macam nak ke kepong lagi...tapi, tatau lagi...rindunye kat budak2 tu...senakal2 mereka pun, sesayang pada mereka...bila time kesabaran tak boleh ditahan lagi...cubitan tetap singgah kat paha gebu dorang berdua!

pergh! kompem jadik ibu yang garang ni..huhu..sian anak2 ku nanti..:p


~kawan-kawan blog yang comel dan hensem~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

jeng jeng jeng

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign