mimpi ngeri

pergh~


ni malam pertama (bukan malam pertama yang pengantin baru tu okeh) akan tido sorang kat rumah ni...


siyes, macam takot sikit..


bukan ape, seminggu lepas berkongsi pengalaman dengan seorang sabahat mengenai makhluk halus..kisahnya beliau diganggu dengan mahkluk ini dialam mimpi.. tujuan makhluk tu nak halau beliau suami isteri dari menghuni rumah itu...paham dak..?


sejak berkongsi kisah tu,


tiap kali molie tidur, mesti terganggu..siyes..takot beb~!
maybe bende2 ni molie terfikir2kan dan terbawa2 dalam mimpi..harap2lah~
bukan apa...
ini dah 2 malam mimpi yang agak tak best!


1st mimpi yang menganggu tidur molie ialah gangguan haiwan..


binatang tu macam ketam tapi dia lembik2 macam katak pisang atau katak minyak..takpon..bila ketam kawen ngan katak...so...jadik la binatang tu...


yang dalam mimpi mengerikan la sebab cam real kan...huhu..bila terjaga..dah takley nak lelap...huhu..bintaang ni dia akan gigit kite tau..macam ikan pirana atau lipas...eiiii~!


cite mimpi tu ala-ala macam binatang ni tujuan dia nak hapuskan manusia...ooo..tapi takde hero la..sebab dah terjaga..


hari kedua mimpi lak...tatau nak describe mcm mane...memang takut sampai hubby molie yang kejutkan dari tido..dia tanye ''takut ape..?'' huhuhu..entah..molie pon lupe apa yang ditakutkan dan tak boleh nak cerita...adeiii..


memang tak boleh nak lelap mata ni, hmmm..last2 amik bantal dan letak atas dahi dan tutup mata...


lega...sedar2 dah pagi...heheehe..
harap2 malam ni takde mimpi ngeri lagi...tak sanggup rasenye nak alami mimpi itu..
pernah juga time tido, mimpi TERlalu ngeri sampai air mata mengalir....
macam2 la...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?