::monolog bisu::

banyak sebenarnya yang bermain difikiran aku. banyak persoalan yang berlegar, menantikan jawapan, namun aku tidak bisa untuk mendapatkan jawapan itu. atas dasar mejaga perilaku atau diri sendiri mahu membisu? perhubungan apakah yang boleh dikelaskan pabila ia menjadi suatu perbezaan? adakah kerana kita berbeza, dan kemudian perhubungan antara kita harus dibeza-bezakan dan dikelaskan hanya kaum-kaum, atau orang-orang atau klik-klik tertentu yang hanya layak menjadi sebahagian dari kita..? mengapa aku selalu memikirkan perkara ini....?kerana aku tidak pernah terfikir untuk membeza-bezakan sahabat aku. ya! aku tidak pandai bermain dengan kata-kata. aku bukan dari jenis manusia hipokrit. kalau aku tidak suka..aku akan katakan tidak! nampak seperti kasar kan..tapi ianya lebih baik dari menikam dari belakang, menjadi duri dalam daging atau menjelma bagai gunting dalam lipatan...hari-hari yang aku lalui, aku dapati, masih jelas ada antara mereka yang masih kolot fikirannya...kadang-kadang membuat aku tersenyum sendiri..mengapa perkara begini masih lagi dijadikan satu amalan yang pada aku tidak sepatutnya diamalkan lagi...ahh..biarkanlah..mereka masih remaja agaknya..~

p/s: susah nak puaskan hati semua pihak..lebih baik kita buat kerja kita saja..jommm enjoy~!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?