~we have been together~

umur belog saye

Daisypath Friendship tickers
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, Jun 28, 2015

Marhaban Ya Ramadan

Assalamualaikum.

Lamanya tak menulis. Aku dan tulisan memang tak akan dapat dipisahkan. aku suka menaip, mungkin.

Salam Ramadan buat semua umat Islam. dah masuk Ramadan ke 11. Pejam celik, sekejap sahaja dua minggu berlalu. tahun ini aku berpuasa dengan tiga anak di sisi. Penat? tak usah cakap lah! tapi bahagia!

masih berPJJ dengan suami. Namun, syukur Alhamdulillah, suami sering pulang ke rumah bila rindu membuak. Siapa tak sayang bini dan anak-anak oi! hehe..

Ramadan kali ini bersederhana sahaja. berbuka hanya dengan air panas dan beberapa butir kurma. solat dan suap anak-anak makan. sahur barulah aku menjamah nasi. Selera tetap ada, cuma nak jaga badan kononnya! haha

Adam dah masuk 4 tahun, akid bakal ke 3 tahun, dan Adra sudah setahun 2 bulan. rindu nya saat mengandungkan adra, dapat berpuasa penuh. tetap gagah walaupun diligan dengan dua hero dan tiada kehadiran pesona sang suami.

senyum. Indanya anugerah Allah. Alhamdulillah. semoga tetap dan kekal menjadi punya manisnya wajah aku.

di kesempatan ini, ampun dan maaf dipinta andai sepanjang penulisan maya ini, aku mengguris hati mana-mana pihak secara tidak langsung, aku manusia biasa, tak lari dengan kekhilafan.

selamat berjuang untuk hari ini.
salam sayang!

*sebenarnya tahan mata tak nak tidur lepas sahur. hihi

Tiada ulasan:

~kawan-kawan blog yang comel dan hensem~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

jeng jeng jeng

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign