lelaki india yang C....

ok. pertama sekali aku minta maaf sebab tajuk nampak macam racist gila. tapi aku tak tulis penuh ayat kat tajuk. sebab aku tak nak orang ambil kesempatan atas kesempitan aku.
10 oktober 2014 lepas, aku didatangi seorang lelaki berbangsa india. dia kata dia dari indahwater datang nak buat pembersihan. aku kata, tak nak sebab aku tengah kalut nak ke sekolah. anak anak kecik buat aku serabut nak bagi orang masuk rumah!
tapi lelaki celaka tu terus je menghampiri aku (waktu itu, gate ternganga) sambil2 aku kata tak nak, tak semena aku bukak grill, aku persilakan si bangsat itu masuk ke rumah. bila selisih je aku rasa meremang bulu roma. salah aku bagi stranger masuk rumah! aku macam tak sedar benda ape yang aku buat!
aku dah kalut, macam mana nak halau si celaka itu. aku buat buat tanya macam mana dia bersihkan, memang aku tak pandai berlakon pun, sebab dia pun dah syak aku dah tahu niat jahat dia. aku pegang lengan dua anak aku. aku baca surah  yang aku teringat nak baca waktu tu, tak silap aku ayat kursi..aku umpankan henpon atas meja tu je la...Allah maha besar.. aku doa, biarlah dia amik henpon tu, jangan apakan aku dan anak2..masa tu nak menyorok dalam bilik pun aku takut. macam2 aku fikir..aaaa..takutnye!
lepas dia ambil henpon,dia lari keluar,aku kejar..masa ni aku rasa berani dan aku rasa mungkin boleh rembat balik henpon aku tu..malangnya..si celaka tu terer,dia lompat atas motor dan terus memecut,aku yang dah bergayut di motor tu terseret lah atas jalan raya di tengahari. mak ai....sakitnye tak usah ditanya lah..menyesal rasa! sebulan baru baik luka. sembuh belum lagi.

jadi..pesanan aku..adik2,pergi sekolah..belajar lah. walaupun subjek tu tak apply dalam kehidupan,tapi nanti boleh ajar anak2 pula..jangan nanyi,nak hidup bergaya,tak mampu kau menyamun rumah orang. tak kene tangkap bahagia lah kau..kalau kene tangkap,kene lanyak lah kauuuu..

sekian. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?