Selasa, April 22, 2014

Baby menjengah keluar melihat dunia

Alhamdulillah...
Syukur ya Allah..
Kelahiran yang ketiga ni dipermudahkan dan diperkenankan seperti dalam doa mama setiap kali..setiap hari..

Masuk minggu ke 38..
Jumaat,18 april 2012
Jam 2petang

Aku mula rasa contraction yang sedang aje..dan kerap..sakit masih bileh ditahan..sebab aku sakit masa mula drive nak ke sekolah..aku kuatkan semangat untuk terus ke sekolah. Nekad tak mahu cuti lagi..
Sampai disekolah, masuk kelas dua waktu dan aku memang tak boleh mengajar..aku minta murid buat ulangkaji.
Sekejap sekejap sakit datang. Sampai tertutup mata aku menahan sakit. Tapi mampu tersenyum mesra..hihi

Student datang bertanyakan keadaan aku.katanya muka cikgu merah sangat. Cikgu sakit kepala ke? Cikgu nak minyak angin? Alahai..baik sangat anak murid aku...

Habis je waktu kedua. Rehat sekejap.tak dan makan sebab nak selesaikan kerja lain dulu sebab waktu keempat ada kelas lagi.. Masuk kelas 2A..kami berbincang soalan ulangkaji semalam. Yang aku beri. Habis 24 soalan..masa pun habis..masa tu sakit contraction takde dah..hilang dah..

Aku ke tandas.nak cek ada tanda ke tak.masih takde tanda. Hmmmm..aku nak bersalin dah ke ni?
Tak kompem sebab memang takde tanda..

Usai kerja. Aku makan makanan yang aku tapau. Sebelum ke sekolah aku singgah di aeon. Mengidam teppanyaki.hihi.dengan air cupbon.

Tengah makan,sakit contraction datang lagi..tapi mcm biase aku boleh tahan rasa sakit tu.cuma dah pesan kat suami beliau kene sampai rumah awal. Takut tiba-tiba aku bersalin!

Aku mohon balik awal dari sekolah. Pk petang benarkan. Drive sejauh 14km selama 45 minit. Disebabkan jem kan. Nasib baik sepanjang perjalanan sakit tak kuat. Masih ok..hehe

Lepak kejap.solat asar. Tunggu magrib dan kami keluar makan. Anak2 masih tinggalkan di taska sebab taknak kalut dengan dorang yang buas tu. Pengasuh pun kata takpe.bebudak tido dengan pengasuh pun takpe..

Masa kat kedai makan.ada datang sakit. Tapi kali ni terpejam mata sikit lah tahan sakit.hihi.sempat la makan lamb chop dan air durian belanda.nyumnyum...sedapppppp!

Kami decide terus ke hospital jam 10 malam. Cek jalan baru buka 2cm. Memang kompem akan bersalin lah. Tapi bacaan ctg tak berapa nak cun baby memain nak jengah lihat dunia.

Aku maklum pada doktor..biar aku balik berehat dulu. Nanti kalau sakit sangat atau turun darah atau pecah air ketuban. Aku datang balik.

Balik rumah.solat. Tidur.

Jam 3 pagi aku terjaga.rasa sensasi contraction. Tapi masih mampu tahan. Sambil tengok fb,baca berita,gosip nak bazir masa..tahan punya tahan dah jam 5 pagi..tapi masih tak ada tanda baby nak lahir.
Whatsapp group family..beritahu yang aku tengah sakit sakit ni. Tiba-tiba ada bunyi "pop"..
Eh,ape yang pecah tu??
Bila aku mengiring,rasa ada air keluar..dan aku bangun,masa tu air ketuban mencurah laju.apa lagi. Kalut la kejutkan suami yang sedang lena.
Suami mandi dan bersiap. Aku dah kalut dah.amik towel buat lapik dalam kereta. Masa bergerak ke hospital..azan subuh berkumandang. Sayu je rasa..
Aku beritahu suami yang aku lapar..kebetulan suami memang simpan coklat bar dalam kereta.aku makan separuh.sampai dihospital, check in, cek ctg,cek jalan, bukaab jalan baru 5 cm. Kedudukan baby jauh lagi dan bibir rahim masih tebal. Jadi..kene tunggu sampai lah contraction regular dan bukaan 10cm.
Menanti. Tangan dicucuk. Kanan tak jadi.kiri pulak.jonah sungguh. Huhu. Jam 7 aku ditolak masuk ke labor room. Ramai doc dan ho datang. Kes aku, baby dah terberak. Jadi ade beberapa plan lah untuk aku yang mana plan akhirnya pembedahan. Aku akur je. Janji baby selamat keluar. Kesian baby.

Ctg baby cantik.cuma contraction tak regular dan tak kuat. Jadi aku di induce. Tak pernah kena induce kan.pergh! Menggigil badan. Dengan laparnya. Aduhai. Jam 8 kene jnduce jam 9.39 baby selamat dilahirkan. Alhamdulillah.terasa proses bersalin sangat cepat. Tiga kali teran. Badan baby keluar! Alhamdulillah!!!!!!

Jam 9.39 pagi
Berat 2.84kg
Baby girl

Nurse kasi minum milo.suami suap roti. Lapar sangat. Baby penuh dengan tahi. Tapi bau tetap wangi. Maklum lah.baby girl kan,keluar dengan masker.haha

Tapi part jahit yang aku paling takut. Sampai bebila pun aku takut!

Hari ni suami gi daftar nama baby. Suka lah tuuuu...

Macam biase. Aku berpantang sendiri.
Tadi masak sup sayur.terhangit pulak.hahaha

Kene masak lagi sekali.
Ok
Kenangan terindah ni
Mungkin kenangan terakhir

Selamat menjengah dunia sayang


Posted via Blogaway

Jumaat, April 04, 2014

Happy birthday adam!

Semoga adam jadi anak yang membahagiakan mama dan papa!
Happy birthday adam!

Adam dah masuk tiga tahun!
Nak tambah adik lagi.

Yeayyyyyy!


Posted via Blogaway

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...