Power pumping perlu bantuan!

Salam.

Macam biasa, wake up in the middle of the night. Hmmm. Berjaga ibarat burung owl. Hehe

Ok, malam ni nak share kaedah power pumping for those yang rasa breast milk dah makin merundum. Ya, ada banyak sebab BM kita kurang. Pertamanya, kekurangan cecair dalam badan! Paling penting sekali, tolong minum air dengan banyaknya ya! At least yang keluar tu kene ganti balik!

Kedua, mesti makan semua dah ke laut bila start kerja. Mana nak urus anak, nak kemas rumah,nak setelkan kerja hakiki di pejabat. Frankly speaking, saya sebagai guru, sangat cemburu dengan rakan2 yang bekerja sebagai pegawai selain guru. Berkejar dengan masa nak pump. In evening session, so sangat tidak membantu juga. But, saya punya semangat juang yang tinggi. So u  mommies out there, JANGAN bagi alasan.....okay!

Sejak sebulan lebih masuk ke sekolah balik, rutin berubah, dan berkejar ke hulu ke hilir, jadi saya perlu kaedah power pumping ini. Please, RAJINKAN diri ya!

Biasanya saya buat power pumping pada waktu malam disebabkan malam ke awal pagi adalah waktu yang sangat optimum. Susu pun banyak masa tu. Cuma yang rabaknya ialah mata. Ha ha ha

Ya, saya tahu, ada sesetengah mommies, punya masalah kurang susu, tak apa, tapi keep on breast feeding ur baby. Bukan apa, cuba fikir jauh jauhhhhhh.. If there is no technology.. No formula milk,no breast pump,no jamu for stimulate the production of the milk, no shaklee...eh? ya....bagaimana dengan alasan kurang susu?

Bagi saya mudah. Gali lah ilmu menyusu ya mommies! Saya pun usaha, usaha dan usaha. Tak pernah berjaya seperti mommies yang lain,tapi saya punya minda yang terlampau positif!

Rajinkan diri. Buat kerana kita sayangkan amanah yang diberi. Ya,mahu yang terbaik,tapi kita tak usaha. Bagaimana?

Isu breast milk memang sesuatu yang sensitif. Terlampau sensitif untuk diperkatakan. Tepuk dada lah ya mommies.

Alaaa..kau banyak susu,boleh lah cakap. No..no..no..nehi..kabi nehii..
Saya pun kais pagi makan pagi.kais petang makan petang.

Saya sendirian jaga anak2 without my husband, pjj disebabkan kerjaya. (oh,itu pun satu isu yang nak diperdebatkan juga) but, i am willing to sacrifice mine.
So, how about u?

Ingat, seorang islam, wajib percaya qada' dan qadar Allah. Ada ujian disetiap anugerah Allah. Maka,berusahalah untuk menghadapi ujian tersebut. Jangan hadapi main tala jer. Untuk anak tu. Berilah yang terbaik!

Bangun lah malam2 tu, sekejap je. Boleh tahajjud sekali. Bukan tiap malam. Selang dua hari sekali pun tak pe. Ya mommies ya?

Saya ada kawan di sekolah, walaupun susu tak cukup,tapi dia usaha juga pam. Kadang ada juga hari dia tak bawa pam. Memang saya tegur lah. Bukan, saya tegur untuk kebaikan dia juga.

Pernah sepupu saya cakap, saya idola dia. Dia tengok saya gigih susukan anak.gigih buat stock. Hasilnya, sepupu saya berjaya susukan anaknya yang ketiga selama dua tahun! Bangga sungguh saya masa tu..Saya? Paling lama pun 11 bulan je. Dah mean off! Sedih tau!

Sesiapa yang terbaca posting ni,maka terkenit hati dengan tulisan saya,saya minta maaf banyak2.. Memang niat saya begitu. Mahu membangkitkan perasaan itu. Berubah jom. Saya pun masih belajar dan belajar.

Saya pernah dikecam dulu. Pasal breasmilk dan disebabkan tulisan saya yang tajam. Harap kali ini tulisan ini tidak setajam dulu.

Kadang2 saya menulis bila melihat di sekeliling saya. Jadi,ampunkan saya ya. Yang buruk dah tentu datang dari saya.

Harap mommies diluar sana bersemangat untuk susukan baby ya!

Baby sihat, mommy pun segak!


mamaAdamAkidAdra

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?