Hanya hujung minggu masa kami bersama

Dengan akid mokmok cayang!

Hujung minggu memang dinantikan oleh kami satu keluarga.
Hujung minggu ni lah, suami akan kemas rumah, basuhkan baju, lipat baju dan setelkan semua kerja rumah yang tak termampu aku buat lagi...

Cuma, bahagian memasak masih menjadi tugas hakiki aku.
Bab anak, ya, semua suami siapkan!

Alhamdulillah.
Syukur
Bahagian aku yang Allah beri begini.
Terasa lebih dari cukup.

Rasa kerdil
Sebab apa yang aku buat sebagai hambaNya
Masih tak mencukupi dengan nikmat yang aku terima
Syukur ya Allah

Siang tadi
Tanda menghargai kasih dan penat lelah 'hujung minggu'
Kami anak beranak makan2 hujung minggu di secret resepi.

Ala....secret resepi je punnnnn...

Belikan adam akid mainan lego, yang mana, akhirnye papa dan mama jugak yang excited pasang. Hihihi.
Boleh jadi acara wajib bulanan ni. Menarik jugak. Plus, adam pun ada ambil bahagian, cuma dia pegang2 je la, nak memasang dia tak pandai lagi...

Masuk minggu ke 33, dah mula terasa penat mengasuh adam akid. Ada jugak la sehari dalam seminggu aku mengelat, hantar ke taska, adam akid masih belum mandi. Hehehe.. Tapi bukan selalu. Tak elok kot. Kalau boleh, hantar adam akid dah setel mandi, makan dan susu, mudahkan kerja pengasuh mereka. Anak sendiri lain, kasih sayang tu semula jadi.... Ini, nak harapkan orang duk membela anak kite.... Pandai2 lah ambil hati kan.....

Yang penting,
Ikhlas

Dah lewat malam.
Esok mungkin nak minum pagi kat mamak.
Suke beno ngan mamak aku ni,
Keluar baby, berwajah mamak baru tau!

Tepek sket gambo..kihkih


Posted via Blogaway

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?