adam is 1 years old and 11 months

tajuk tak agak-agak dalam bahasa inggeris gitu..

alhamdulillah..
sekejap je masa berlalu
adam dah nak masuk dua tahun...

sekarang progress adam ialah dia dah mula nak bercakap..
walaupun sekarang hanya beberapa patah perkataan je, tapi mama dengan papa faham apa yang adam nak..

contoh, macam mama tengah mengadap pc, adam mesti datang menyibuk dan cakap "tepiiiii..tepiiii" haha.. sangat menyibuk ok..macam mama jugak.. -_-"

adam dah mula luahkan apa yang selama ni mama dok sibuk cerita kat dia..
kalau tengok gambar..adam dah cam orang dalam gambar...
dan kalau dia nakal sket, aku mesti ugut dia dengan panggil nama papa atau pakteh nya..

untuk pengetahuan semua, pakteh adam ni suka sangat membuli..sebab itu lah adam takut sangat dengan pakteh..
dengan papa, mula dulu dia tak takut, sebab mama asyik tak bagi papa marah adam.. tapi sejak mama dah beri lampu hijau..adam nampak berdisiplin sikit..sikit jer la..budak lagi kan... :)

adam suka sangat dengan bola. dan dia tahu tengok game bola ok.. kalau dia tengok bola..dia akan jerit goal kalau bola dah dekat dengan gawang! kadang tu dia sokong pasukan yang papa nya tak sokong..hehehe...:)

nak mendidik anak ni, bukan mudah.. lagi-lagi zaman sekarang yang semuanya terdedah dengan semua hal yang tak boleh dibendung.. semua dihujung jari kan.. haih... risau sangat..

dulu...aku fikir, nak bela anak perempuan ni payah...kang orang lelaki buat jahat, rogol sana sini.. tapi anak lelaki pun payah..liwat sana sini... ya Allah...lindungi lah anak-anak ku...

*saja buh gambar lama, ni kat london*

*cuti CNY hari tu pegi lepak kat Sg. Palas minum teh bawa my mom*

dah jadi ibu kepada dua hero ni, sibuk sangat.. kepada yang sudi baca n komen, terima kasih daun senduduk..ada masa ke blog anda saya menjenguk..hehehe.. best tak pantun? :)

#stress dengan pbs.. how about you guys? hehe

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?