Selasa, September 20, 2011

alahan?

mata tak boleh lelap.
tadi tengahari hantar adam ok je. bila balik, amik adam dah bertompok2..adam muntah dua kali kat rumah bs. entah la kenapa. jumpe doc. katanya alahan. hmmm..adam alah kenapa ye...hukhukhuk...cedey tengok adam. walaupun muka dia menten senyum. moga cepat sembuh anak ku.

:(

Ahad, September 11, 2011

berikan aku

terkesima. terkilan. dan semua yang sedih dibenak. terus aku terfikir kalau itu yang berlaku kepada aku. macam mana kalau aku tak sempat nak lihat adam lahir ke  dunia? tak dapat nak susukan, jaga sampai dia besar..? ya Allah..hebat , maha hebat dugaan Mu ya Allah...

Allah beri nikmat untuk aku mengandung....kemudian Allah beri nikmat aku melahirkan...dan sekarang dengan nikmat Allah itu aku dapat jaga dan besarkan adam... tapi masih tak puas nak tatap wajah si kecil itu.. mampu ke aku nak fikir kalau Allah ambil adam dari aku? yang sememangnya hak hakiki Dia? layak kah aku nak pertahankan hak itu...?

bila di fikir balik.. Allah takkan beri dugaan melainkan hambaNya itu kuat untuk melaluinya. Allah tahu kekuatan setiap hambaNya. aku bukan sekuat itu. aku tahu. sebab itu Allah uji aku dengan cara yang lain. 

kalau baca kat blog orang lain yang aku tak kenal pun dah meleleh air mata kisah ibu kematian anak, si anak tak pernah terima kasih sayang seorang ibu sebab ibunya sakit tenat dan macam-macam lagi kisah yang langsung tidak kita jangka akan berlaku pada diri kita. ini kan pula kalau bende ni terjadi pada diri sendiri..? ya Allah...sungguh...aku tak kuat...

berilah peluang pada aku untuk aku membesarkan anak aku. beri lah masa kepada aku untuk lihat anak aku membesar..aku masih tidak bersedia untuk diuji dengan ujian begitu. Kau ambillah apa pun kecuali dia.


takziah buat sahabat baikku atas kehilangan anak dalam kandungannya. aku doakan kau kuat. aku tahu kau dan suami boleh lalui ujian ini. aku teringin berada disisi kau. ambil lah seberapa lama pun masa untuk kau bersendirian. aku sentiasa ada untuk kau. aku sayang kau.

Isnin, September 05, 2011

kemesraan terjalin

hehe. tengok je la gambo ni.




hikhikhik...kene alihkan cepat cepat. girl dah lame tak mandi...busuk dan tah ape lagi kat bulu dia. nak buat camne. dah kucing den ni memang manje gini. belum ngan tuan dia lagi... :)

Ahad, September 04, 2011

semalam di funfair

Sebenarnya dah lama nak ke funfair.tapi tak berkesempatan.selalu ada bende lain yang nak dibuat. Kadang-kadang masa pula tak kena. Semalam,ada peluang ke sana. Di desa tebrau. Kebetulan balik beraya di rumah mertua. Dah berapa tahun tak ke tempat begini. Lama dah agaknya. Nak naik yang extreme macam dah tak berani. Jadi ditemani encik kesayangan, dan sikecil hensem kami naik buai yang pusing tu. Apa tah namanya. Lupa dah. Bukan marry go round kan? Hehe. Tapi agak mahal la. Naik bende tu mesti ada 3 token. Jadi untuk dua dewasa bersamaan enam token yang bernilai rm12 semuanya. Mahal. Memang mahal. Hukhukhuk...

Token yang lebih buat guna main bende lain. Ah. Kalah saja. Last main bende yang paling koman pun dapat hadiah pen. Hehe. Percubaan pertama dapat pen. Kali kedua dapat teddy kecik. Tak sangka dapat. Lain kali nak usaha main yang tu je la. Hehe. Senang je main dia. Hehehe.

Seronok!adam masuk kereta je tidur. Senang sungguh bawa budak tu jalan. Makcik,maksu dan pakngah adam pula main apa tah yang extreme. Mama tengok pun takut. Papa pula kata takkan naik. Haha. Harapan la mama dengan papa nak naik kot? Makin berusia ni..makin tak berani pula. Lagi lagi baru lepas layan final destination 5 malam sebelum tu.

Hari ni dah dalam perjalanan balik ke seri kembangan. Kejap je. Esok dah mula kerja. Lalalla....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Khamis, September 01, 2011

3 syawal

Salam lebaran ketiga.
Hari ini masuk hari ketiga syawal. Aku,suami dan adam comel sudah berada udi johor bahru. Kampung suami.tahun ini beraya dengan adam. Mesti meriah.
Semalam. Masa nak bertolak balik dari ipoh aku rasa sayu je. Tapi apakan daya. Tempatku disisi suami. Kemana dia asa. Disitu aku boleh ditemui.
Adam dah mula menyusur 1 syawal dan kemudian mula makan buah pada keesokan harinya. Cepatnya adam besar. Perangai pun makin cantik dan dah pandai mengaruk.

Alahai. Besar dengan sihat ye sayang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...