Rabu, Ogos 31, 2011

meragam

Salam lebaran. Adam mula kuat meragam sekarang ni.ingatkan kenapa,rupanya nak pandai menyusur.haha.comel betul!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sabtu, Ogos 27, 2011

selamat hari raya 2011

salam lebaran buat semua!
maaf zahir dan batin

tak boleh nak tulis banyak-banyak, kejap lagi nak bertolak balik ipoh. semoga perjalanan kami selamat.

adam dah pilih siap-siap baju raya dia tadi..haha comel sangat! :)




Rabu, Ogos 24, 2011

pelita raya

salam.

dah seminggu lebih rasanya nak pasang pelita. tak pasang-pasang. sebabnya tak jumpe cari kat mana orang jual minyak tanah. minyak tanah la kan? hish. ade ke pakcik kat kedai hardware tu kata pakai minyak diesel? ayoyo.. macam takot je nak beli diesel.

petang sebelum bertolak balik dari sekolah. call si sayang. tak berangkat. tak sampai seminit kemudian dia call balik.


si sayang : mama kat mana ni?



aku : baru keluar sekolah

si sayang : lewat juga ye

aku : a'ah..erm..papa dah beli diesel atau minyak tanah?

si sayang : erkk...belum la sayang..sorry.....

aku : *mood terus sedih..* ok la..babai..tgh drive ni

terus letak handphone. matikan macam tu je, kecewa kot. sebab aku jenis tak mintak-mintak.. teringin sangat nak bunge. tapi jangan nak harap la. bunga tak boleh makan. jadi, bunga perkara last yang suami akan beri. -_-



balik rumah. buka pintu pagar sendiri. konon mogok nak buat muke toye. rupenye suami tak sihat. dia tertidur depan tv. tak ape lah. tak nak kejut. kesian pulak. tapi ego kene jaga. sebab tak dapat pasang pelita!

masa berbuka pun lewat sebab susukan adam dulu. sibuk sungguh budak kecik tu. mengalahkan orang berpuasa dia. padahal kat rumah sepupu dah minum 3 oz. adam..adam...macam biasa, dah susukan, tertidur la aku.

suami kejut ajak berbuka. suami pegang tangan. beri bantuan untuk aku bangun dari tilam. akur je. tapi buat muke seposen habis lah! makan kuih pun gitu gitu aje. haha. nak gelak. tapi tahan ok. kang tak jadi program merajuk ari ni.

5 minit lepas berbuka suami ajak pasang pelita...! cet! aku kene tipu lagi lah ni! suke beno dia ni buat surprise lah! jadi. kami pun dok memasang pelita dengan menggunakan turpertin sebagai bahan bakar. ok.

terima kasih sayang sebab suka sangat buat perasaan ni up side down~ haha. lebiu soooo much~

Selasa, Ogos 23, 2011

seminggu lagi nak raya.

ya, seminggu lagi. sekolah pun tinggal 3 hari lagi. tolak esok. tinggal dua hari. yeay!
sekarang students pun sibuk exam. jadi boleh save air liur. takde la rasa dahaga sangat kan. heheh

hmmm..baju raya adam dah ada, 4 pasang siap songkok lagi. baju raya daddy pun dah ada...baju raya mommy..hmmmm.. belum la gamaknya.
sebenarnya raya mommy tak excited sejak mommy usia 14 tahun. ah, kenangan lama. kalau dikenang kenang boleh menitis air mata ni. tak boleh belah memori lalu. sedih.

rasanya mommy pakai baju raya tahun lepas je kot. banyak bende mommy kene saving tahun ni.. lalalala~ padahal dah membazir beli bende lain. ah mommy ni.

tadi tokki datang rumah. berbuka sama-sama. lepas tu tkki balik tembangau balik. cian tokki. jauh jalan. adam pulak tahan mata sampai tertidur atas riba mommy. alahai anak mommy ni. suka betul menghormati tetamu. dan yang paling best siap dapat jumpe nyang saudara yang dah lama mommy cari. mana nak jumpe. tokkki kata namanya Embung...padahal nama dalam ic Ismail.haha.

tak sabar mommy nak raya. tapi tak boleh seronok sangat ye. ada orang sedang derita sedih. hmmm macam kakak ni. sedih mommy baca. al fathiah buat adik nia.. buat kakak ni, semoga tabah ye kak. dugaan buat kakak di bulan mulia ni..

http://alyn9479.blogspot.com/2011/08/akhirnya-adik-pergi-juga-tinggalkan-ibu.html


meh baca blog kakak ni...dan beri kata-kata semangat buat beliau. al fatihah.

Sabtu, Ogos 20, 2011

bila demam tak kebah

penangan demam bermula jumaat lalu. sakit tekak dah jadi batuk berkahak. mula-mula hingus keras sekarang bersin tak henti henti. virus lah tu! hmmmm...

isnin dah mc. jumaat pun mc. patutnya doktor terus bagi 5 hari mc. haccccccummmmm! bersin macam nak tercabut hidung. batuk? kahak? ptuihhhh! ketul ketul hijau.

alhamdulillah. adam sihat saja. syukur. ada juga dia batuk sikit sikit, tapi tak teruk. risau juga. dah dua kali ke klinik. doc kata adam sihat aja. alah, adam tu kalau dia sakit pun tetap senyum. alahai anak mama.

mungkin cuaca buruk ni buat badan pun teruk. lemah. adik kata tu pun boleh jadi virus. sebab sakit sendi. lemah lemah badan. jadi jangan makan ubat sangat. nanti buat bakteria baik dalam badan jadi jahat. oh.. bakteria pun ade baik jahat tau. macam manusia juga. tapi kalau manusia. memang jahat tak guna lah~

lagi seminggu persekolahan. minggu depan tak sibuk sebab semua exam. jadi akan sibuk selepas itu. hai....cuti raya pun tak best. teringat nak isi markah SAPS. aduhai~ kene cepat-cepat tanda dan masukkan markah. baru enjoy lebaran nanti~

insyaAllah, beraya di rumah ibu kat ipoh. kalau ada yang pertikaikan kenapa aku tak balik kampung nu di terengganu. jawapan aku mudah. suami yang suruh. aku mengikut, bukan tidak pandai memujuk suami untuk pulang jenguk saudara yang buang saudara itu, tapi aku mahu jadi isteri yang dengar kata suami. lagi pun aku lebih suka di rumah ibu. aman. tak payah dengar ucapan jahat dari mulut longkang.

seronok. rumah makin complete walaupun menyewa je. tak sabar nak ada rumah sendiri. tak apa...kumpul duit dulu lah~

eh, kan dah melalut bila demam ni.. verangan je la mama adam nih! oh, tadi berbuka kat jm beriani bangi. makan ape tah. adam macam biase lah. good boy~ adam suka senyum, tapi takde lah sampai suke senyum tak bertempat.

kenkadang menyampah gak bace komen atau status riak manusia ni. tulun lah~ ok tata~

Selasa, Ogos 16, 2011

dugaan bulan puasa 2011

jumaat lepas kene hujan. yep. hari-hari sebelum dapat masuk ke kereta, mesti kene hujan. kalau tak hujan. hari panas sangat-sangat! sampai kadang-kadang nak mintak sikit air mineral sejuk yang anak murid berbangsa cina teguk depan aku! ah! dugaan sungguh!

dan jumaat lepas, dek kerana kelas terlalu bising, aku termenangis, ok ter ok. ya Allah. sesungguhnye aku tersangat lah lemah bila diuji begini. kenapa lah masing- masing nak bercakap je! penat ok. dah la puasa! hish budak ni! kang lempang kang lain pulak jadinye. T____T

bila dah kene hujan, panas maka surrender juga lah antibodi dalam tubuh ni. mula-mula tekak perit. nak telan air liur pun sakit. bangun pagi isnin tak larat dah. minta suami hantarkan ke klinik. sebab nak dukung adam pun kalah~ adam bukan berat sangat pun kalau nak banding dengan berat lemak mama nih~ ayoyoyo~

bila dah jumpa doktor, cek-cek memang demam, tekak pun merah-merah. doc bagi mc, dia tanya nak berapa hari. satu hari sudah cukup. kang kesian kat kawan kene relief kelas. dah la budak-budak sekarang tak boleh sangat nak diajar.. :( sedih ok~ balik rumah, makan ubat, susukan adam, then sama-sama black out dengan adam! bak kata papa.. synchronise nye gaya tidur mama dengan adam! haha


* ni tidur ke mati ni?*

bangun tidur ok sikit. tapi kepala tintong lagi laaa.. dan hari ni ke sekolah. oh, batuk batuk tu tak best. tapi nasib baik siapkan folio..boleh save air liur yang ada..

lega esok cuti.. yehaaa! :)

Selasa, Ogos 09, 2011

Isnin, Ogos 08, 2011

dah seminggu ramadhan

salam..

sudah seminggu ramadhan. sebok sangat la kite ni ha nak update blog. huargggghhh... baru nak update dah nagntuk..esok kang nak bangun sahur lagi. ok. selamat berpuasa ye kawan2 semua. tinggal 3 minggu persekolahan lagi.

wassalam!

Khamis, Ogos 04, 2011

adam kene dera!

ish..ni yang buat aku hangin ni...! tak pasl-pasal adam kene dera dengan pengasuh! :( sampai hati pengasuh yang merangkap sepupu aku belah ibu buat adam macam gitu...sedih hati seorang ibu ni.. punye lah penat mama jaga adam bagai menatang minyak yang penuh.. begini pengasuh buat kat adam. sedih tau!


hahahaha...padan muke kene ikat! tu la..asyik dok hisap ibu jari sampai tak nak minum susu. biar adam rase! patut la makin susut badan anak mama ni.. rupenye dia dah kenyang hisap jari sendiri. hmmm..satu tindakan yang baik pada pandangan aku. ye lah, ade ke adam minum 3 oz je masa duduk dengan pengasuh? ish ish ish... anak mama ni.. bila dah ikat macam ni.. 10 oz dapat habiskan..:)

oh ya, pagi tadi adam kene buli dengan mama jugak. hehe.. lepas tu mama kene marah dengan papa. padan muke mama kan~

*sila jangan buat macam gini lagi ye mama!*


okay! ni baru betul anak mama! nanti besar jadi anak yang baik ye sayang. :) okay. tu je. pengasuh adam TERBAIK lah jaga adam! hehe...siap kadang-kadang mama adam pun dapat lauk untuk berbuka.. hehe.. untung! adam duduk rumah mak cik lin baik baik ya. jangan mengamuk. minum susu jangan main-main. tido je tau. okey cayang. mama nak pergi cium adam kat bilik nih! hehehe..

Rabu, Ogos 03, 2011

eh..dah masuk 4 bulan dah?

pejam celik pejam celik kejap je. adam dah masuk 4 bulan! peberet dia sekarang ialah menyebur air liur! mashaammm betul anak mama ni! tapi tetap mama cium cium. hehe.

kali ni takde update berat adam berapa, cuma panjang adam dah 66cm. memanjang la 3 cm dari bulan lepas. adam tak chubby. dia biase je. minum susu tak banyak sangat macam mase dia kecik dulu. sekarang tido pun mama tak payah nak pok pok. dapat je ibu jari dia. selamat lah sampai ke pagi! kadang kadang tak tahu bila dia lapar! adam adam...

bulan depan check up adam 5 bulan. eh..sekejap nye dah nak 5 bulan dah! dan Alhamdulillah, aku masih tetap menyusu badan. adam masih mendapat khasiat susu ibu. syukur ya Allah. aku tak minum atau ambil apa-apa booster..cuma minum air masak banyak, makan seimbang dan kekal positif. ya, adam orang macam-maca bende dia buat untuk banyakkan susu. mungkin bukan rezeki. tapi entah ..pada aku mungkin semangat mereka ini kurang kuat. terasa leceh lah. dan lain-lain alasan yang boleh mereka cipta!

ya susu ibu memang leceh bila bab menyimpan, kemudian nak guna balik bila dah sejuk beku. no worries ya ibu-ibu. gali ilmu. macam adam hari tu. pengasuh kata dia tahu macam mana nak handle susu ibu. jadi aku percaya. tiga minggu adam dalam jagaannya, adam sihat saja. tapi bila di tanya, rupanya ada sedikit kesilapan yang pengasuh buat. tapi adam sihat saja. :) alhamdulillah. harap adam tetap sihat.

tak sabar nak tengok aksi adam bila kena cucuk kat peha nanti.. aih! nakal mama ni lah.suka sakat adam! pagi tadi lepas mandikan adam, saja balut adam dengan kain tuala. comel sungguh bila adam buat muka cute! haha. dia tengah gatal gusi. sibuk dok main lidah padah gusi. kadang-kaang bila tengok jadi kelaka pun ada muka dia.

eceh. dah midnite. nak tido..esok sahur pula. good nite!

happy 4 months adam!

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...