Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

barang baby...dah sediakan atau belum..?

wa....

banyaknye nak kene sediakan....!
sape nak sedekah kat cikgu ni? hehehee....

wishlist baby..
few things lagi nak kene beli/siapkan..hehe

1.breastpump -pun tak tahu yang mana elok... patut ke tak patut beli...ayyoooo~

2.carseat -memang kene beli sebab aku kan keje.. so, nanti nak anta anak kat nursery (takotnye kalo salah pilih nursery) mudah sikit...and selamat..takmo beli yang mahal sangat..sebab pakai kejap je rasenye...

3.beg baby- ayooo..belum beli lagi? ish..ish..ish...

4.tilam dan bantal baby belum siapkan lagi...ade 10 minggu je lagi ni....

5.set lepas bersalin-tengok la dulu camne... huhuhuuu~

6.entah...tak tahu ape lagi yang patut disediakan...

Alhamdulillah... Adam dah masuk 30 minggu insde my womb... harap dia sihat sebab mommy dia dah frequently missed to eat obimin pills.. mesti selang sehari je amik... harap tak jejas dan dapat cover dengan makanan lain... sorry my Adam... mama bukan sengaja.. mama lupe la sayang!
minum air zam-zam pon kene paksa dengan papa.. *__…

ibu mengandung susahnye nak tidur!

Imej
assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!

long time no see huh? hehe..
sangat sibuk dan buat-buat sibuk lately..

memandangkan cuti sekolah akan bermula esok bagi meraikan tahun baru cina...jadi sekolah pun akan secara automatiknye tertutup lah seminggu..horraayyy!

memandangkan cikgu ni dah makin nak sarat...belum sarat lagi, walaupun jalan dah macam penguin tua kan.. nak naik tangga ke tingkat 4 pun dah berhenti sekejap.. suara pun tersekat-sekat semasa mengajar...ouwh... sungguh kesian melihat situasi begitu.. tapi tetap berusaha mengajar dengan berdiri sepanjang masa...kecuali memang den tak sanggup dah ei~

Alhamdulillah..kandungan sudah mencecah ke 29 minggu lebih...dan, akan masuk 30 minggu hari ahad ini.. cikgu mahu share sikit pengalaman susah nak tidur..

semua wanita mengandung akan alami situasi ni dimana mereka akan susah nak dapat posisi yang buatkan mata lena terpejam sampai lah pagi... perut yang semakin besar, bukan tak boleh tidur terlentang seperti biasa, tapi habit …

mimpi hantu

sejak dua menjak ni asyik mimpi hantu jer...
terjaga.. tengok jam pukul 3 pagi..
nak sambung tido balik susah.. sebab baby asyik gerak-gerak..

hantu... kenapa lah kau datang dalam mimpi..?
kesian ai tau..
susah nak tido...

jadi sekarang terpaksa la tido balik..

alasan!

hehehee..

terharu bila..........

semalam, mengajar di kelas tingkatan 1 Gemilang. hoh~ mulut yang paling bising adalah dikalangan pelajar lelaki melayu.. memang tewas tanpa bertanding pelajar lain. sungguh!
sampai baby dalam perut tak habis menendang bermula sesi pengajaran sampai lah habis waktu.
Ya Allah... bising sungguh!

aku ajar sejarah.
pertama sekali ajar sejarah.
ajar dikelas pandai.
jadi kene buat revision dulu.

tak boleh main hentam kromo.

semasa sesi pengajaran memang sangat seronok..
sebab aku boleh tanya macam-macam dan dapatkan jawapan yang pelik-pelik..
boleh la buat lepaskan tekanan dengan bebanan kerja lain..=)

usai mengajar. loceng berbunyi
ucapan terima kasih dari mereka semua.

macam biasa, aku memang tunggu mereka keluar dahulu.
sambil berdiri (bukan sengaja) di depan pintu..
aku perhatikan mereka keluar dari kelas.

pelajar perempuan melayu bersalaman dengan aku
ada juga pelajar lelaki..juga melayu..

dan buat aku terharu bila pelajar berbangsa cina dan india
tak kira lelaki atau perempuan..

juga …

lemak dari babi

hai sume!

okay. update blog pagi buta.
alang-alang dah tak tido tu, baik update walaupun sepintas lalu ye!

semalam, sudah khatam beberapa kelas..
aku dah mula mengajar dari minggu lepas sebenarnya.

Alhamdulillah
mudah nak kemas kini buku rekod sebab apa yang aku ajar dalam seminggu lebih kurang sama.
sebab aku hanya ajar KH dan Sejarah
jadi, memang tak perlu study dan buat ulangkaji banyak-banyak..

memandangkan disekolah, majoriti pelajarnya cina,
aku tak boleh gunakan konsep membebel dalam kelas.

percaya atau tidak.
aku terpaksa guna cara menekel (baca:tackle) hati mereka.
ya, ada yang memang degil sangat-sangat.
kita dah marah, dia main cakap bahasa dia depan hidung kita.
yang kita ni pulak tak faham.
entah-entah kene maki depan muka tuh!
(bukan rasist ya!)

Alhamdulillah, hanya beberapa orang murid je yang ade buat onar
itupun aku dah sound direct kat dia.
berubah juga lah air muka budak tu sekejap.
then, dia dah bagi respon yang baik...
thank U Allah..=)

okey, aku ajar kh kan
bab …

laaa...baru 2 minggu persekolahan okay!

*_____*

waaa.... rase terlalu penat.
macam nak cepat-cepat jer bersalin! huhu..

hari ni pun nak pergi sekolah awal.
nak uruskan apa yang tak sempat diuruskan.

jangan lupe mintak borang HPV dari semua form teacher ya cikgu Lisa! hehe

baru dua minggu persekolahan dah terasa keletihannya.
adoi~

kene bertabah nih.
tak lame dah.

10 april 2011
dapat rehat lagi ye.
bertabah!

adam sayang,
takmo nakal-nakal duduk dalam perut mama ye.
terima kasih sayang, sebab tak ganggu masa tidur mama..
lena sampai ke pagi mama tidur.. ^__^

ayah lagi la lena... hahahahaa~

ok. tata

stay up~ kecian kat mommy~to~be ni tau~

Imej
almost 1 a. m.
what to do aite~

hari ni tak sepenat semalam.
okay sedikit dan berharap makin okay.
ya, kerenah murid, tak seperti yang kita jangkakan.

ikot kepala dorang la macam mana nak buat!

owh..
hari ni dapat limau mandarin 3 biji.
pembekal cina yang bagi kepada semua cikgu KH.
seronok kan!
dah la suke sangat buah limau~ hehehe..

jap, amik buah limau dalam peti.

ok.
sambung balik.

nak tengok gambar tak?

* hahaha.. abaikan kipas spare kat belakang nuuu*
first time amik gambar dengan maternity long dress.. haha.. seswai kaa? tak tahu la. nak pakai, tapi malu.
siriyes.
entah, nak bergaya tapi takot over.. kang cakap gile pesen pulak kang. hadoi!
lari tajuk ni. actually study sikit jerrr.. kemas kini kan apa-apa yang patut. haih~
mahu beradu sekejap jer lagi. esok masih ada KH, ala.. tiap-tiap hari pun ada sebenarnya.
oh, gegirl pun baru balik rumah. ok. mahu tidur. tata~

cordless iron..pernah gune tak?

Imej
hai kawan-kawan~~
fuh.. lame tak update blog kan..? sangat busy kat sekolah dan tak sempat langsung nak online.. huhu.. hidup kembali sibuk~ dan masa pun cepat aje berlalu..
sesungguhnya, sekolah sesi petang sangat la tak berapa nak seronok kecuali yang satu ini je, bangun pagi tak kalut nak siap-siap pegi keje! hehe
okay, ni sebenarnye cerita beberapa minggu lepas.. tapi disebabkan kesibukkan.. jadi hari ni sempat la kot nak update sikit! pernah guna seterika kan? selalu kita beli yang berwayar kan? okay...yang ni cordless yea.. maksudnya tanpa kord.. haha.. mungkin tanpa wayar yang serabut itu.. hehe  okay, layan gambar!

*sumber gambar dari carrefour alamada*
jadi, plug masih diperlukan untuk dipasang pada punca elektrik, cuma, dia macam letak pada pengecas.. jadi, kalo korang sume nak guna, just plug in, then biar panas macam seterika biasa, cuma kebaikkannya ialah peratus pakaian kita terbakar sebab seterika panas sangat, adalah rendah, sebab seterika ni akan sejuk semula. kalau nak pana…

begini lah bila masuk kelas paling hujung!

hoh!
sungguh menguji kesabaran yang ada..
nasib baik aku ajar kh, dan dari 40 orang pelajar, akan aku ajar separuh saja..
Alhamdulillah...

ya Allah,
berikanlah kesabaran yang tetap pada hamba Mu ini..

tadi aku rase macam nak cekik-cekik je budak yang memekak dalam kelas..
tanya ape masalah dia menjawab dengan lagak yang aku rasa mahu saje aku hempuk dengan buku rekod mengajar..

terlintas dalam hati...

kesian..
bangsa aku sendiri dah rosak begini..
baru 14 tahun, dah bersikap begini..

sedih..

baik bangsa lain...
lebih hormat aku sebagai guru..

sian baby aku tendang2 dalam perut..
tak selesa dengan suasana yang terlalu bising...

huhuhu....

kisah tong sampah lagi

adey..
sungguh kurang asam gelugoq la itu worang~~!
tadi, sebelum ke sekolah, nak buang sampah, terus hilang selera nak buang sampah sebab ade lagi sampah terbaru yang worang itu buang...

sakit ati laaaa~~~

kenape? mengapa perlu membuang sampah ande di dalam tong sampah rumah saye? bukan ape, kan dah ade tong sampah masing-masing? saye bukan lah jenis yang berkira...tapi kalau dah sampah tu menyemak berlonggok-longgok disebabkan orang angkut sampah tak angkut-angkut (den pon dah poning baco ni haaa) bukan main busuk laaaa rumah ai~!

kecewa sungguh la duduk taman ni..

kumpul duit, beli rumah yang mahal sikit, pastu harap-harap dapat jiran yang baik...
kecewa betul!

dah tu... terpaksa lah aku membuatkan satu tindakan drastik, iaitu mangga tong sampah tersebut! haaa.. padan la muke ko esok-esok nak bukak tong sampah rumah aku, berkunci.
biar la ape orang nak kate.. jangan sebab kami baru pindah, kami ni generasi muda, ande ande sume layan kami begini... pelik benor dengan perangai manu…

masuk hari ke 3 dah jem~

haha..
dua hari lepas macam bersemangat. masuk hari ni, bangun dah TERlewat dah sikit. adoyai. saye lebih suka mengajar waktu pagi...~

takpe lah.. tabahkan diri.

=)

cikgu cik atau puan?

salam semua...!

fuhhh... hari pertama persekolahan memang sangat best!! sebab ape ye? sebab kelas belum bermula.. tadi hanya guru kelas yang banyak terlibat.. (ape punye cikgu daaaa~)

tapi, aku sempat jugak masuk kelas dan beramah mesra dengan pelajar ku. ya Allah.. mulut masing-masing memang tak boleh diam... ini tidak adil~!

terus aku buat undang-undang. dalam kelas, hanya aku yang bercakap. kalo mereka nak jugak, datang ke depan.. buat pengucapan awam. semua terdiam. angguk. hehehe.. berkuasa sebentar!

selesai berurusan dengan mereka...lihat jam.. okey.. terlalu banyak masa. maklumlah, aku ajar KH, 3 masa berderet.. jadi aku minta mereka buat kerja masing-masing sementara aku berurusan dengan ketua kelas..

sambil berborak dengan sesetengah pelajar, aku round satu meja ke satu meja, bertanya kan nama..
sampai di hujung kelas, seorang pelajar melayu, perempuan, mengangkat tangan dan bertanya...

"cikgu.....cikgu ni pangkat cik ke puan? ".....

semua mata tertumpu dan menanti…

26 minggu, 98 hari lagi...errkkk~~

Imej
Alhamdulillah.. hari ini sudah masuk 26 minggu. bermakna lagi 98 hari si kecik akan keluar melihat dunia. aiseh. ini yang mendebarkan hati ni.. v_v

siriyes, takot nak melahirkan. walaupun dah dengar pelbagai pengalaman berbeza... haihh.. tetap gusar..
sejak tahu jantina si kecik, aku dah start panggil nama dia.. Alhamdulillah, setiap kali panggil, ade respon walaupun sedikit.. maklomlah, baru je start panggil... moga anak ini lahir menjadi hamba Allah yang taat, berakhlak baik..sayang mama dan papa dia.. =)

semalam, mencari lagi barang-barang keperluan dia. dah beli lampin. ada lagi beberapa barang penting yang belum beli. beli sikit-sikit, jadi takde la terasa sangat kan? hehe..

oh ya, aku buat check up di klinik swasta, jadi ade jugak orang bertanya, boleh ke? tak mengapa ke? nanti kalau nak bersalin kat hospital kerajaan macam mana?
ya entah, aku dah tanya doktor yang selalu aku dapatkan nasihat. kata beliau tiada masalah selagi kandungan kita takde masalah.. so, nanti dia akan k…

ada apa dengan 1.1.11?

Imej
01.01.2011. (birthday mama!)

lagi 15 minit nak masuk

02.01.2011

eh, birthday ayahanda ku.. kene telipon esok nih! WAJIB!

actually tak de la ape ape yang spesel sangat pada awal tahun ni.. same je macam biasa.. kebetulan hari sabtu.. jadi duduk dirumah sahaje.

kemudian, black out. terpaksa keluar rumah (maksud: berjalan-jalan)
makan di kedai mama di puchong perdana, dah kenyang terus ke giant seri kembangan.
asalnya nak beli tangga. tapi duit tak kuakan dengan secukupnye... jadi, letak balik lah tangga..beli makanan lagi bagos! haiyaaa~

kemudian jalan-jalan lagi. nampak tempat untuk beradu suara.. hehe.. nak ke idak.. nak ke idak.. tengok suasana kat situ macam okay je.. testing la suara selama 60 minit! hahaha... puas hati.. (tapi kami karoks secara berhemah, takot baby runsing dalam tummy)

dah habes, terserempak dengan cikgu suamiku.. borak-borak.. salam-salam.. balik rumah.. =)
balik rumah, makan-makan lagi.. adehhh.. pergi timbang berat.. ok. masih ideal. hehehe.. paranoid betul de…