~we have been together~

umur belog saye

Daisypath Friendship tickers
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, September 04, 2011

semalam di funfair

Sebenarnya dah lama nak ke funfair.tapi tak berkesempatan.selalu ada bende lain yang nak dibuat. Kadang-kadang masa pula tak kena. Semalam,ada peluang ke sana. Di desa tebrau. Kebetulan balik beraya di rumah mertua. Dah berapa tahun tak ke tempat begini. Lama dah agaknya. Nak naik yang extreme macam dah tak berani. Jadi ditemani encik kesayangan, dan sikecil hensem kami naik buai yang pusing tu. Apa tah namanya. Lupa dah. Bukan marry go round kan? Hehe. Tapi agak mahal la. Naik bende tu mesti ada 3 token. Jadi untuk dua dewasa bersamaan enam token yang bernilai rm12 semuanya. Mahal. Memang mahal. Hukhukhuk...

Token yang lebih buat guna main bende lain. Ah. Kalah saja. Last main bende yang paling koman pun dapat hadiah pen. Hehe. Percubaan pertama dapat pen. Kali kedua dapat teddy kecik. Tak sangka dapat. Lain kali nak usaha main yang tu je la. Hehe. Senang je main dia. Hehehe.

Seronok!adam masuk kereta je tidur. Senang sungguh bawa budak tu jalan. Makcik,maksu dan pakngah adam pula main apa tah yang extreme. Mama tengok pun takut. Papa pula kata takkan naik. Haha. Harapan la mama dengan papa nak naik kot? Makin berusia ni..makin tak berani pula. Lagi lagi baru lepas layan final destination 5 malam sebelum tu.

Hari ni dah dalam perjalanan balik ke seri kembangan. Kejap je. Esok dah mula kerja. Lalalla....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan:

~kawan-kawan blog yang comel dan hensem~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

jeng jeng jeng

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign