berikan aku

terkesima. terkilan. dan semua yang sedih dibenak. terus aku terfikir kalau itu yang berlaku kepada aku. macam mana kalau aku tak sempat nak lihat adam lahir ke  dunia? tak dapat nak susukan, jaga sampai dia besar..? ya Allah..hebat , maha hebat dugaan Mu ya Allah...

Allah beri nikmat untuk aku mengandung....kemudian Allah beri nikmat aku melahirkan...dan sekarang dengan nikmat Allah itu aku dapat jaga dan besarkan adam... tapi masih tak puas nak tatap wajah si kecil itu.. mampu ke aku nak fikir kalau Allah ambil adam dari aku? yang sememangnya hak hakiki Dia? layak kah aku nak pertahankan hak itu...?

bila di fikir balik.. Allah takkan beri dugaan melainkan hambaNya itu kuat untuk melaluinya. Allah tahu kekuatan setiap hambaNya. aku bukan sekuat itu. aku tahu. sebab itu Allah uji aku dengan cara yang lain. 

kalau baca kat blog orang lain yang aku tak kenal pun dah meleleh air mata kisah ibu kematian anak, si anak tak pernah terima kasih sayang seorang ibu sebab ibunya sakit tenat dan macam-macam lagi kisah yang langsung tidak kita jangka akan berlaku pada diri kita. ini kan pula kalau bende ni terjadi pada diri sendiri..? ya Allah...sungguh...aku tak kuat...

berilah peluang pada aku untuk aku membesarkan anak aku. beri lah masa kepada aku untuk lihat anak aku membesar..aku masih tidak bersedia untuk diuji dengan ujian begitu. Kau ambillah apa pun kecuali dia.


takziah buat sahabat baikku atas kehilangan anak dalam kandungannya. aku doakan kau kuat. aku tahu kau dan suami boleh lalui ujian ini. aku teringin berada disisi kau. ambil lah seberapa lama pun masa untuk kau bersendirian. aku sentiasa ada untuk kau. aku sayang kau.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?