~we have been together~

umur belog saye

Daisypath Friendship tickers
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, Ogos 24, 2011

pelita raya

salam.

dah seminggu lebih rasanya nak pasang pelita. tak pasang-pasang. sebabnya tak jumpe cari kat mana orang jual minyak tanah. minyak tanah la kan? hish. ade ke pakcik kat kedai hardware tu kata pakai minyak diesel? ayoyo.. macam takot je nak beli diesel.

petang sebelum bertolak balik dari sekolah. call si sayang. tak berangkat. tak sampai seminit kemudian dia call balik.


si sayang : mama kat mana ni?



aku : baru keluar sekolah

si sayang : lewat juga ye

aku : a'ah..erm..papa dah beli diesel atau minyak tanah?

si sayang : erkk...belum la sayang..sorry.....

aku : *mood terus sedih..* ok la..babai..tgh drive ni

terus letak handphone. matikan macam tu je, kecewa kot. sebab aku jenis tak mintak-mintak.. teringin sangat nak bunge. tapi jangan nak harap la. bunga tak boleh makan. jadi, bunga perkara last yang suami akan beri. -_-



balik rumah. buka pintu pagar sendiri. konon mogok nak buat muke toye. rupenye suami tak sihat. dia tertidur depan tv. tak ape lah. tak nak kejut. kesian pulak. tapi ego kene jaga. sebab tak dapat pasang pelita!

masa berbuka pun lewat sebab susukan adam dulu. sibuk sungguh budak kecik tu. mengalahkan orang berpuasa dia. padahal kat rumah sepupu dah minum 3 oz. adam..adam...macam biasa, dah susukan, tertidur la aku.

suami kejut ajak berbuka. suami pegang tangan. beri bantuan untuk aku bangun dari tilam. akur je. tapi buat muke seposen habis lah! makan kuih pun gitu gitu aje. haha. nak gelak. tapi tahan ok. kang tak jadi program merajuk ari ni.

5 minit lepas berbuka suami ajak pasang pelita...! cet! aku kene tipu lagi lah ni! suke beno dia ni buat surprise lah! jadi. kami pun dok memasang pelita dengan menggunakan turpertin sebagai bahan bakar. ok.

terima kasih sayang sebab suka sangat buat perasaan ni up side down~ haha. lebiu soooo much~

Tiada ulasan:

~kawan-kawan blog yang comel dan hensem~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

jeng jeng jeng

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign