eh..dah masuk 4 bulan dah?

pejam celik pejam celik kejap je. adam dah masuk 4 bulan! peberet dia sekarang ialah menyebur air liur! mashaammm betul anak mama ni! tapi tetap mama cium cium. hehe.

kali ni takde update berat adam berapa, cuma panjang adam dah 66cm. memanjang la 3 cm dari bulan lepas. adam tak chubby. dia biase je. minum susu tak banyak sangat macam mase dia kecik dulu. sekarang tido pun mama tak payah nak pok pok. dapat je ibu jari dia. selamat lah sampai ke pagi! kadang kadang tak tahu bila dia lapar! adam adam...

bulan depan check up adam 5 bulan. eh..sekejap nye dah nak 5 bulan dah! dan Alhamdulillah, aku masih tetap menyusu badan. adam masih mendapat khasiat susu ibu. syukur ya Allah. aku tak minum atau ambil apa-apa booster..cuma minum air masak banyak, makan seimbang dan kekal positif. ya, adam orang macam-maca bende dia buat untuk banyakkan susu. mungkin bukan rezeki. tapi entah ..pada aku mungkin semangat mereka ini kurang kuat. terasa leceh lah. dan lain-lain alasan yang boleh mereka cipta!

ya susu ibu memang leceh bila bab menyimpan, kemudian nak guna balik bila dah sejuk beku. no worries ya ibu-ibu. gali ilmu. macam adam hari tu. pengasuh kata dia tahu macam mana nak handle susu ibu. jadi aku percaya. tiga minggu adam dalam jagaannya, adam sihat saja. tapi bila di tanya, rupanya ada sedikit kesilapan yang pengasuh buat. tapi adam sihat saja. :) alhamdulillah. harap adam tetap sihat.

tak sabar nak tengok aksi adam bila kena cucuk kat peha nanti.. aih! nakal mama ni lah.suka sakat adam! pagi tadi lepas mandikan adam, saja balut adam dengan kain tuala. comel sungguh bila adam buat muka cute! haha. dia tengah gatal gusi. sibuk dok main lidah padah gusi. kadang-kaang bila tengok jadi kelaka pun ada muka dia.

eceh. dah midnite. nak tido..esok sahur pula. good nite!

happy 4 months adam!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?