adam nak dapat adik?

heh. semua orang pon takot kot kalo baru lagi. lagipun adam masih kecil. bukan nak kata aku tak nak baby. eh, ada baby tu adalah sangat best ok.! biar lah adam rasa semua kasih sayang yang menimbun ni dulu. bukan aku merancang. tak..aku biasa saja. takde nak cucuk itu ini..amik pil itu ini bagai. kalau dah lekat. terima. bukan, macam adam dulu. tak dijangka juga. lepas setahun usaha. usaha pun bukan lah bersungguh..cuma tawakal pada Allah. kalau ada, memang itu takdir Nya. terima. dan memang aku suka!

tapi kalo kali ini, positif! mungkin aku terkedu sejenak. tapi kemudian akan berkata, ya, ini rezeki ku kali ke dua! hey..ingat senang ke nak dapat anak? aku dah lalui saat itu. setahun menunggu.. saat mengandungkan adam, ia umpama hadiah anniversary yang pertama. dan lahir nya adam, ia hadiah anniversary ke dua. apa lagi yang patut aku minta dari suami? sudah cukup yang ini sebagai buah tangan! :)

dan, adam mungkin akan membesar se bagai seorang abang yang berdikari. jadi abang yang baik. walau usia tak beza pun jaraknya. moga dapat aku menjaga adam dan adiknya ini serentak dan semampu yang boleh! tak perlu lah nak mewahkan adam, tapi, mungkin adam tak dilayan sepertimana yang lain. ye lah. dah jarak pun dekat kan..?

hmm...tak dapat kot aku nak bayangkan!

tapi biasa lah kan kalo ibu menyusu baby, memang tak datang uzur kan...? :) harap-harap ini memang sebab menyusukan adam..:) nervous jugak ni! eheheh...

Ulasan

hazirahMohd berkata…
wow!!welcome to the club kalo positif.. =)
molliesa berkata…
aww..molie tak berani nak cek lagi la G! :)

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?