Isnin, Mei 30, 2011

genap 2 tahun tomokcik pergi!

sebelum aku nikah dulu, suami (dulu bakal suami lah kan) hadiahkan aku seekor kucing. masa tu memang surprised jugak lah. tiba-tiba dia balik dari opis terus singgah ke rumah untuk hantar anak kucing ni. alolololo~ memang sangat comel ok! aku terus nama kan dia tomok (kebetulan masa tu tomok menang oim) bukan sebab aku minat tomok ok!

sepenuh hati lah aku jaga si tomokcik ni..(tomok kecik)..ada satu hari aku nak balik ipoh uruskan hal nikah kawin aku lah. jadi tomok aku tinggalkan dengan tunangku tersayang. balik saja dari kampung, tomok sakit-sakit. adoi..sakit perut rupanya. aku bawak tomok jumpe vet. ok, vet sangat handsome! doc eric kot nama dia. dah lupa. hehehe. seminggu lepas jumpe vet, tomok makin sihat. tapi nak dijadikan cerita, tomok masa tu tak pandai memanjat, aku letak dia dalam bakul. satu malam, aku tidur, pagi esok nya aku bangun lambat. tengok tomok dah tak de dalam bakul. aku dah takot dah ni. aku cuba selak kain selimut!

Sad smile tomok ada kat situ. dekat punggung dia penuh tahi. dia terpenyet. sedih. masa tu aku terus meraung. badan mengigil. aku dah bunuh kucing yang aku sayang! aku call tunang aku, hanya mampu menangis je. dia terus datang dan kebumikan si tomok. sepatah pun tak berborak dengan aku. waaaa… sedih sangat masa tu.. sekarang aku dah ada pengganti. gegirl. kucing yang aku kutip. dah hampir 2 tahun jugak jaga gegirl. jumpa gegirl selepas aku kawin.

dan sekarang aku ada buah hati yang lebih hebat lagi. aku punya ADAM!

thank tomokcik, sebab pernah berada di hati ini. maaf sebab aku kau mati. cayang kau tomokcik!

rest in peace dear tomok cik 30may2009

Tiada ulasan:

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...