30 hari yang indah dan selamat ulang tahun sayang!

Alhamdulillah..
Adam sudah pun masuk hari ke 30. takde sakit. takde demam. tak de meragam malam-malam.. syukur ya Allah..:) aku pun dah kembali ke rumah manis rumah yang berada di seri kembangan ni. jadi, bermula lah episod kami berdua menjaga adam sepenuhnya. fuh! mampu ke tak ni..? risau gak kalo tak mampu..

bila dah duduk kat rumah sendiri, mestilah masak-masak, baju semua aku kene uruskan. suami ada buatkan jugak,.tapi kesian la dia..dengan kerja lagi...biar la yang lain tu aku buat...barulah give and take..:)

siang tadi ke klinik, cucuk adam. hehe. menjerit si kecik tu bila jarum tertusuk dipeha kanan nye...haha..malu je la adam ni. budak lelaki mesti kuat tau. tak boleh nangis. tak boleh jadi macam perempuan. suami pulak kebetulan amik cuti untuk bawa aku dan adam ke klinik. aku boleh je drive. tapi biarlah suami nak jaga kan...?

balik rumah, masak. pesan pada adik belikan kek untuk celebrate birthday suami. lepas dinner, kononnye nak buat surprise la.sekali adik dengan si adam dah tido dulu. jadi terpaksa lah suruh suami buat-buat terkejut. hehe. kami berdua je la yang sambut hari yang indah ni. :)

oh, ade gambar, tapi malas nak upload kat entry kali ni.. kite bagi entry seterusnye ok?

selamat ulang tahun sayang!
mama sayang papa sampai bila-bila.

adam tanda kasih sayang antara kita berdua. :)

ok.bye~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?