~we have been together~

umur belog saye

Daisypath Friendship tickers
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, Disember 23, 2011

balik johor bahru! yeay!

Salam...

Sekarang dalam perjalanan balik ke jb..
Dah lama tak balik...
Hujan dan banyak kereta...
Bas pun laju je...sama dengan lori..
Tak sedar diri sungguh...
Adam tidur je...
Aku dan suami gilir makan burger...tapi drive...suami yang drive...aku monitor adam kat belakang...
Banyak bende dia naik main bila duduk dalam kereta...haih..sabo je la...
Selamat bercuti ya semua!

Awww..nak shopping...nak shopping gadget! Dah lame aim! Hehhe...

Xoxo
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sabtu, Disember 03, 2011

sedetik pun tak terlebih. LOL



gua, kalau layan VC ni, mau meleleh air mata. rase meremang je bulu roma! entah la...kalau lagu abang anuar ni nyanyi kompom nak dengar hari-hari lah!

tapi, lagu ni memang best lah! tak boleh komen lelebey. lebiu muamuah lah! erkkkk!

saye sudah 8 bulan!

Alhamdulillah! syukran!


encem boi sudah masuk lapan bulan. alhamdulillah, masih menyusu badan. yup, dekat blog rasenye tak de pun post sangat pasal susu badan. segan sebenarnye. hehe. tapi dah masuk 8 bulan ni, susu makin kurang, kene-kadang-kadang-topup-formula-mahal-tuh!

susu formula yang mama bagi kat adam susu anmum. sebab mama tak tahu susu ape yang sesuai. setakat ni anmum ok untuk perut adam. sebab minum pun masa duduk rumah pengasuh, mama akan bekalkan 2 botol susu mama, kemudian topup ngan susu formula. sedih sebenarnye, :( kenape lah tak berjaya BF macam orang lain!

setakat ni, menu adam tak banyak beza, dia makan je apa yang mama suap. adam dah boleh makan daging, telur kuning, jadi makin bertambah la berat badan dia. oh ye, hari tu adam demam, berat dah turun balik. jadi, kene weight gain balik la ye adam oi!

setakat ni, adam baru memapah. nampak la dia berdiri lepaskan tangan, tapi tak lama. dia tak kompiden sangat lagi. kadang-kadang dia boleh gelak kalau kite pegang tangan dia suruh dia jalan. adoi. ape la yang kelako.

berjoget! kalau pasang lagu kuat-kuat mula lah dia berjoget. macam-macam kerenah!

membesar dengan sihat ye sayang! cepat bertatih dan berjalan! kate nak lawat paklang! kalau adam tak jalan lagi..payah la mama nak hanimun dengan papa!

pesanan: sempat ke nak lawat paklang ni?

Isnin, November 28, 2011

adam oh adam

okeh. hai semua!
Assalamualaikum!

hmmmmmm.....
hhhmmmmmmmmmm...

haih. sejak ade adam ni. sibuk dibuat-buat tau! bukan ape, memang budak kecik ni pandai buat muke adorable kot? asal nak ngadap pc je..adam mesti buat muke comel.haih! anak mama.....:)

lagi beberapa hari nak masuk 8 bulan, Ya Allah...sungguh cepat masa berlalu.. sekejap je adam meniarap, kemudian menyusur, merangkak, duduk, berdiri dan sekarang dah memapah! hmmm..tak lama lagi berjalan dan berlari dah budak kecik hencem ni!

time ni punye la excited! tak hengat sebab adam dah boleh duduk sikit-sikit. sekarang duduk banyak! lol~

tapi sejak dari minggu lepas adam demam rindukan papa dia kot? nasib baik tak meragam. bila papa balik dari kelantan, terus ASAP kitorang pegi klinik, then adam kene makan banyak ubat. doctor kata ada wheezing. mebi sebab adam dah batuk lama dan demam, ade kuman. mebi bronchitis. aduh. risau.

5 hari kemudian, lepas dah bagi makan ubat, pegi klinik lagi, adam masih ade wheezing. tapi hanya boleh dengar guna stethoscope je la. minta makcik adam check kan, asik balik lewat dan tak bawak balik dia punye. haih. makcik...makcik..

jadi, khamis nanti ade appoinment lagi dengan doktor. tapi adam macam gitu lew.. baik saja. aktif saja. jangan lah sakit yang teruk-teruk ye nak. mama risau. bulan ni sempit betul poket mama. banyak dah mama labur duit kat klinik tu. :( nasib baik gaji bulan depan cepat! hehe..

oh ya, adam dah mula buat trick baru. ni, kat bawah ni tau. :)

video

sorry lah, mama adam memang gini, bising je kalo time makan ke, mandi ke, pakai baju ke..sume nak bercerita itu ini dengan adam. siriyes, adam cepat progressnye..:) best best!

pesanan penaja : hmmm.. dok risau papa adam sebut nama anak nombor dua..-_-"


Selasa, November 22, 2011

cuti sekolah dah bermula! terbaik~

horrayyyyyy!

akhirnya cuti sekolah pun bermula. ape yang bestnya? dapat layan adam sehari suntuk! tapi itu lah. kami berdua je kat rumah. papa adam pula ke besut. out stesen. tak de makne la cuti kami ni....

banyak plan nak buat cuti sekolah ni. tak tahu lah jadi ke tak. kene tengok ongkosnye jugak. kan best kalau duit main petik petik je. nak kemana senang je~

ok. plan dulu. ape yang best akan di share kemudian!

tata~!

Selasa, November 08, 2011

encik ramos bawak adam jalan-jalan

ni cerita lame sebenarnye. cerita raya deepavali hari tu. hehe.

gathering dengan kawan-kawan hubby masa kat upm dulu. dorang ni rapat. then, sebab salah sorang kawan hubby ni kami bertemu jodoh..hehe.. kelako je kalo nak di imbas balik. ok berbalik pada topik asal.

actually, ramos ni tak pernah bawak jauh. dekat je. kl ke jb. kl ke ipoh. tak pernah direct jb ke ipoh. seram memandangkan ramos ni kereta kecik aje. dan kalau dengar khabar angin ramos ni tak bape nak elok. kalo tolak pun harge murah je. entah la. tapi selama dengan kami. ramos baik baik aje.

disebabkan gathering ni dah lame dah plan dan kami semua berjumpe pun setahun sekali je. jadi gagahkan diri jugak naik cameron highland. woo..seram ok. sebab ni firstime kami nak naik cameron sendiri aje. dengan adam pulak tu. risau dia meragam bila telinga berdengung. hukhukhuk..

masa naik ke cameron tu dah malam..seram gile kot. kami je yang naik. takde satu kereta pun yang ikot atau dari arah bertentangan. fuhh~ alhamdulillah, sampai jugak dengan selamat :)

best kan pemandangan ni!

 mama panjat bukit 200m tuuuu...

 yeah! adam was here!

papa buat aeroplane!

kat belakang tu sume kawan papa n mama mase study

adam happy dengan suhu yang sejuk tu!

 adam feeling nak g europe ke?

 :)
happy family

3 sekawan!

alhamdulillah. everything went well mase kat sane. shopping tak banyak sebab bawak duit sikit jer. shopping ulat untuk adam je dengan ole-ole untuk nenek dan wan. 

turun dari tanah tinggi, singgah tidur rumah wan satu malam. rumah wan lebih kurang sejam lebih je dari tanah tinggi tu. tak jauh sangat. esok pagi-pagi dah bertolak balik ke kl. tapi disebabkan papa terbawak balik kunci rumah wan, kami pun terpaksa balik ke ipoh balik. haha. best. sebab ipoh-kl-ipoh. hebat lah papa! :)

jadi, terpaksa lah tidur semalam lagi kat rumah wan. hehehe.. :)

Jumaat, November 04, 2011

7 bulan yang semakin bersemangat!

assalamualaikum!

fuhhhh~!
bersawang lagi belog ni. siriyes. tak sempat nak menulis akhir -akhir ini. selalu on je pc. tapi tak buat apa-apa sebab asyik melayan kerenah adam. 

semalam, genap 7 bulan adam. sudah besar! dah pandai berdiri tanpa bantuan mama dan papa. tapi risau sebab dia bila dah berdiri, bajet dah besar, dilepaskan tangan selamba aje. kan dah jatuh berdebuk ke lantai! dulu memang menangis. sekarang, bila jatuh, mama buat tak tahu je. hehehe..

banyak benda yang adam dah pandai. suka tengok dia makan biskut. comel. dia gigit tu macam dah ade gigit aje lagaknya. alahai anak mama. :)

video
seronok budak tecik ni mengunyah! hehehe...

erm.. nak g pelok cium adam lah! 

salam aidiladha! :)

Isnin, Oktober 17, 2011

campak!

demam campak. sebelum sebelum ni anak kawan yang demam campak. sekarang, adam pulak yang naik campak. fuh! agak mencabar jugak la nak manage bila adam tak sihat. nak nak time nak tidur. bermata panda lah mama dengan papa.

time dia mula-mula demam ok lagi. time demam dah kebah, start naik ruam seluruh badan buat adam meragam. tak selesa kot. sampai aku pun nak menangis tengok adam menangis. dia nak orang dukung je. tapi kalau dah pukul 2 pagi. mane nak larat mama dan papa nak dukung? hmmm

hari ni pulak papa takde. pergi ke kelantan. rabu baru balik. hmmmm... rindu..

adam pulak dah tidur ni. tapi tidurnya takde lah nyenyak. sikit2 terjaga, menangis. kesian pulak. cepat sembuh ye sayang.

diang tadi cikca dah bagi air kelapa kat adam. harap esok makin ok. @_@

Rabu, Oktober 12, 2011

bersawang!

fuh! entah berapa lama dah tak update blog. T_T

sibuk sangat ke? entah la. tak sempat kot. asyik dok main dengan adam je.
adam dah nak merangkak!

oh ya. adam dah masuk 6 bulan minggu lepas. sekarang adam dah 6 bulan seminggu. sekejap je. nanti dah nak masuk 7 bulan pulak.

sabtu ni paklang nak fly ke perancis. fuh...dah besar adik bongsu aku. tapi tinggal lagi sorang adik bongsu. eh, cop...! aku ade lagi sorang la adik bongsu belah abah. hehe. ramainye adik beradik. lepas ni kalau orang tanye berapa adik beradik, boleh la aku jawab dengan bangganye.. 10 orang!

ok, ni saja je update supaya blog tidak kelihatan bersawang! :p

jaga diri!

Selasa, September 20, 2011

alahan?

mata tak boleh lelap.
tadi tengahari hantar adam ok je. bila balik, amik adam dah bertompok2..adam muntah dua kali kat rumah bs. entah la kenapa. jumpe doc. katanya alahan. hmmm..adam alah kenapa ye...hukhukhuk...cedey tengok adam. walaupun muka dia menten senyum. moga cepat sembuh anak ku.

:(

Ahad, September 11, 2011

berikan aku

terkesima. terkilan. dan semua yang sedih dibenak. terus aku terfikir kalau itu yang berlaku kepada aku. macam mana kalau aku tak sempat nak lihat adam lahir ke  dunia? tak dapat nak susukan, jaga sampai dia besar..? ya Allah..hebat , maha hebat dugaan Mu ya Allah...

Allah beri nikmat untuk aku mengandung....kemudian Allah beri nikmat aku melahirkan...dan sekarang dengan nikmat Allah itu aku dapat jaga dan besarkan adam... tapi masih tak puas nak tatap wajah si kecil itu.. mampu ke aku nak fikir kalau Allah ambil adam dari aku? yang sememangnya hak hakiki Dia? layak kah aku nak pertahankan hak itu...?

bila di fikir balik.. Allah takkan beri dugaan melainkan hambaNya itu kuat untuk melaluinya. Allah tahu kekuatan setiap hambaNya. aku bukan sekuat itu. aku tahu. sebab itu Allah uji aku dengan cara yang lain. 

kalau baca kat blog orang lain yang aku tak kenal pun dah meleleh air mata kisah ibu kematian anak, si anak tak pernah terima kasih sayang seorang ibu sebab ibunya sakit tenat dan macam-macam lagi kisah yang langsung tidak kita jangka akan berlaku pada diri kita. ini kan pula kalau bende ni terjadi pada diri sendiri..? ya Allah...sungguh...aku tak kuat...

berilah peluang pada aku untuk aku membesarkan anak aku. beri lah masa kepada aku untuk lihat anak aku membesar..aku masih tidak bersedia untuk diuji dengan ujian begitu. Kau ambillah apa pun kecuali dia.


takziah buat sahabat baikku atas kehilangan anak dalam kandungannya. aku doakan kau kuat. aku tahu kau dan suami boleh lalui ujian ini. aku teringin berada disisi kau. ambil lah seberapa lama pun masa untuk kau bersendirian. aku sentiasa ada untuk kau. aku sayang kau.

Isnin, September 05, 2011

kemesraan terjalin

hehe. tengok je la gambo ni.




hikhikhik...kene alihkan cepat cepat. girl dah lame tak mandi...busuk dan tah ape lagi kat bulu dia. nak buat camne. dah kucing den ni memang manje gini. belum ngan tuan dia lagi... :)

Ahad, September 04, 2011

semalam di funfair

Sebenarnya dah lama nak ke funfair.tapi tak berkesempatan.selalu ada bende lain yang nak dibuat. Kadang-kadang masa pula tak kena. Semalam,ada peluang ke sana. Di desa tebrau. Kebetulan balik beraya di rumah mertua. Dah berapa tahun tak ke tempat begini. Lama dah agaknya. Nak naik yang extreme macam dah tak berani. Jadi ditemani encik kesayangan, dan sikecil hensem kami naik buai yang pusing tu. Apa tah namanya. Lupa dah. Bukan marry go round kan? Hehe. Tapi agak mahal la. Naik bende tu mesti ada 3 token. Jadi untuk dua dewasa bersamaan enam token yang bernilai rm12 semuanya. Mahal. Memang mahal. Hukhukhuk...

Token yang lebih buat guna main bende lain. Ah. Kalah saja. Last main bende yang paling koman pun dapat hadiah pen. Hehe. Percubaan pertama dapat pen. Kali kedua dapat teddy kecik. Tak sangka dapat. Lain kali nak usaha main yang tu je la. Hehe. Senang je main dia. Hehehe.

Seronok!adam masuk kereta je tidur. Senang sungguh bawa budak tu jalan. Makcik,maksu dan pakngah adam pula main apa tah yang extreme. Mama tengok pun takut. Papa pula kata takkan naik. Haha. Harapan la mama dengan papa nak naik kot? Makin berusia ni..makin tak berani pula. Lagi lagi baru lepas layan final destination 5 malam sebelum tu.

Hari ni dah dalam perjalanan balik ke seri kembangan. Kejap je. Esok dah mula kerja. Lalalla....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Khamis, September 01, 2011

3 syawal

Salam lebaran ketiga.
Hari ini masuk hari ketiga syawal. Aku,suami dan adam comel sudah berada udi johor bahru. Kampung suami.tahun ini beraya dengan adam. Mesti meriah.
Semalam. Masa nak bertolak balik dari ipoh aku rasa sayu je. Tapi apakan daya. Tempatku disisi suami. Kemana dia asa. Disitu aku boleh ditemui.
Adam dah mula menyusur 1 syawal dan kemudian mula makan buah pada keesokan harinya. Cepatnya adam besar. Perangai pun makin cantik dan dah pandai mengaruk.

Alahai. Besar dengan sihat ye sayang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rabu, Ogos 31, 2011

meragam

Salam lebaran. Adam mula kuat meragam sekarang ni.ingatkan kenapa,rupanya nak pandai menyusur.haha.comel betul!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sabtu, Ogos 27, 2011

selamat hari raya 2011

salam lebaran buat semua!
maaf zahir dan batin

tak boleh nak tulis banyak-banyak, kejap lagi nak bertolak balik ipoh. semoga perjalanan kami selamat.

adam dah pilih siap-siap baju raya dia tadi..haha comel sangat! :)




Rabu, Ogos 24, 2011

pelita raya

salam.

dah seminggu lebih rasanya nak pasang pelita. tak pasang-pasang. sebabnya tak jumpe cari kat mana orang jual minyak tanah. minyak tanah la kan? hish. ade ke pakcik kat kedai hardware tu kata pakai minyak diesel? ayoyo.. macam takot je nak beli diesel.

petang sebelum bertolak balik dari sekolah. call si sayang. tak berangkat. tak sampai seminit kemudian dia call balik.


si sayang : mama kat mana ni?



aku : baru keluar sekolah

si sayang : lewat juga ye

aku : a'ah..erm..papa dah beli diesel atau minyak tanah?

si sayang : erkk...belum la sayang..sorry.....

aku : *mood terus sedih..* ok la..babai..tgh drive ni

terus letak handphone. matikan macam tu je, kecewa kot. sebab aku jenis tak mintak-mintak.. teringin sangat nak bunge. tapi jangan nak harap la. bunga tak boleh makan. jadi, bunga perkara last yang suami akan beri. -_-



balik rumah. buka pintu pagar sendiri. konon mogok nak buat muke toye. rupenye suami tak sihat. dia tertidur depan tv. tak ape lah. tak nak kejut. kesian pulak. tapi ego kene jaga. sebab tak dapat pasang pelita!

masa berbuka pun lewat sebab susukan adam dulu. sibuk sungguh budak kecik tu. mengalahkan orang berpuasa dia. padahal kat rumah sepupu dah minum 3 oz. adam..adam...macam biasa, dah susukan, tertidur la aku.

suami kejut ajak berbuka. suami pegang tangan. beri bantuan untuk aku bangun dari tilam. akur je. tapi buat muke seposen habis lah! makan kuih pun gitu gitu aje. haha. nak gelak. tapi tahan ok. kang tak jadi program merajuk ari ni.

5 minit lepas berbuka suami ajak pasang pelita...! cet! aku kene tipu lagi lah ni! suke beno dia ni buat surprise lah! jadi. kami pun dok memasang pelita dengan menggunakan turpertin sebagai bahan bakar. ok.

terima kasih sayang sebab suka sangat buat perasaan ni up side down~ haha. lebiu soooo much~

Selasa, Ogos 23, 2011

seminggu lagi nak raya.

ya, seminggu lagi. sekolah pun tinggal 3 hari lagi. tolak esok. tinggal dua hari. yeay!
sekarang students pun sibuk exam. jadi boleh save air liur. takde la rasa dahaga sangat kan. heheh

hmmm..baju raya adam dah ada, 4 pasang siap songkok lagi. baju raya daddy pun dah ada...baju raya mommy..hmmmm.. belum la gamaknya.
sebenarnya raya mommy tak excited sejak mommy usia 14 tahun. ah, kenangan lama. kalau dikenang kenang boleh menitis air mata ni. tak boleh belah memori lalu. sedih.

rasanya mommy pakai baju raya tahun lepas je kot. banyak bende mommy kene saving tahun ni.. lalalala~ padahal dah membazir beli bende lain. ah mommy ni.

tadi tokki datang rumah. berbuka sama-sama. lepas tu tkki balik tembangau balik. cian tokki. jauh jalan. adam pulak tahan mata sampai tertidur atas riba mommy. alahai anak mommy ni. suka betul menghormati tetamu. dan yang paling best siap dapat jumpe nyang saudara yang dah lama mommy cari. mana nak jumpe. tokkki kata namanya Embung...padahal nama dalam ic Ismail.haha.

tak sabar mommy nak raya. tapi tak boleh seronok sangat ye. ada orang sedang derita sedih. hmmm macam kakak ni. sedih mommy baca. al fathiah buat adik nia.. buat kakak ni, semoga tabah ye kak. dugaan buat kakak di bulan mulia ni..

http://alyn9479.blogspot.com/2011/08/akhirnya-adik-pergi-juga-tinggalkan-ibu.html


meh baca blog kakak ni...dan beri kata-kata semangat buat beliau. al fatihah.

Sabtu, Ogos 20, 2011

bila demam tak kebah

penangan demam bermula jumaat lalu. sakit tekak dah jadi batuk berkahak. mula-mula hingus keras sekarang bersin tak henti henti. virus lah tu! hmmmm...

isnin dah mc. jumaat pun mc. patutnya doktor terus bagi 5 hari mc. haccccccummmmm! bersin macam nak tercabut hidung. batuk? kahak? ptuihhhh! ketul ketul hijau.

alhamdulillah. adam sihat saja. syukur. ada juga dia batuk sikit sikit, tapi tak teruk. risau juga. dah dua kali ke klinik. doc kata adam sihat aja. alah, adam tu kalau dia sakit pun tetap senyum. alahai anak mama.

mungkin cuaca buruk ni buat badan pun teruk. lemah. adik kata tu pun boleh jadi virus. sebab sakit sendi. lemah lemah badan. jadi jangan makan ubat sangat. nanti buat bakteria baik dalam badan jadi jahat. oh.. bakteria pun ade baik jahat tau. macam manusia juga. tapi kalau manusia. memang jahat tak guna lah~

lagi seminggu persekolahan. minggu depan tak sibuk sebab semua exam. jadi akan sibuk selepas itu. hai....cuti raya pun tak best. teringat nak isi markah SAPS. aduhai~ kene cepat-cepat tanda dan masukkan markah. baru enjoy lebaran nanti~

insyaAllah, beraya di rumah ibu kat ipoh. kalau ada yang pertikaikan kenapa aku tak balik kampung nu di terengganu. jawapan aku mudah. suami yang suruh. aku mengikut, bukan tidak pandai memujuk suami untuk pulang jenguk saudara yang buang saudara itu, tapi aku mahu jadi isteri yang dengar kata suami. lagi pun aku lebih suka di rumah ibu. aman. tak payah dengar ucapan jahat dari mulut longkang.

seronok. rumah makin complete walaupun menyewa je. tak sabar nak ada rumah sendiri. tak apa...kumpul duit dulu lah~

eh, kan dah melalut bila demam ni.. verangan je la mama adam nih! oh, tadi berbuka kat jm beriani bangi. makan ape tah. adam macam biase lah. good boy~ adam suka senyum, tapi takde lah sampai suke senyum tak bertempat.

kenkadang menyampah gak bace komen atau status riak manusia ni. tulun lah~ ok tata~

Selasa, Ogos 16, 2011

dugaan bulan puasa 2011

jumaat lepas kene hujan. yep. hari-hari sebelum dapat masuk ke kereta, mesti kene hujan. kalau tak hujan. hari panas sangat-sangat! sampai kadang-kadang nak mintak sikit air mineral sejuk yang anak murid berbangsa cina teguk depan aku! ah! dugaan sungguh!

dan jumaat lepas, dek kerana kelas terlalu bising, aku termenangis, ok ter ok. ya Allah. sesungguhnye aku tersangat lah lemah bila diuji begini. kenapa lah masing- masing nak bercakap je! penat ok. dah la puasa! hish budak ni! kang lempang kang lain pulak jadinye. T____T

bila dah kene hujan, panas maka surrender juga lah antibodi dalam tubuh ni. mula-mula tekak perit. nak telan air liur pun sakit. bangun pagi isnin tak larat dah. minta suami hantarkan ke klinik. sebab nak dukung adam pun kalah~ adam bukan berat sangat pun kalau nak banding dengan berat lemak mama nih~ ayoyoyo~

bila dah jumpa doktor, cek-cek memang demam, tekak pun merah-merah. doc bagi mc, dia tanya nak berapa hari. satu hari sudah cukup. kang kesian kat kawan kene relief kelas. dah la budak-budak sekarang tak boleh sangat nak diajar.. :( sedih ok~ balik rumah, makan ubat, susukan adam, then sama-sama black out dengan adam! bak kata papa.. synchronise nye gaya tidur mama dengan adam! haha


* ni tidur ke mati ni?*

bangun tidur ok sikit. tapi kepala tintong lagi laaa.. dan hari ni ke sekolah. oh, batuk batuk tu tak best. tapi nasib baik siapkan folio..boleh save air liur yang ada..

lega esok cuti.. yehaaa! :)

Selasa, Ogos 09, 2011

adam dah pandai bercerita!

tak nak cakap banyak...layan story telling mama dengan adam ni eh! 


video

Isnin, Ogos 08, 2011

dah seminggu ramadhan

salam..

sudah seminggu ramadhan. sebok sangat la kite ni ha nak update blog. huargggghhh... baru nak update dah nagntuk..esok kang nak bangun sahur lagi. ok. selamat berpuasa ye kawan2 semua. tinggal 3 minggu persekolahan lagi.

wassalam!

Khamis, Ogos 04, 2011

adam kene dera!

ish..ni yang buat aku hangin ni...! tak pasl-pasal adam kene dera dengan pengasuh! :( sampai hati pengasuh yang merangkap sepupu aku belah ibu buat adam macam gitu...sedih hati seorang ibu ni.. punye lah penat mama jaga adam bagai menatang minyak yang penuh.. begini pengasuh buat kat adam. sedih tau!


hahahaha...padan muke kene ikat! tu la..asyik dok hisap ibu jari sampai tak nak minum susu. biar adam rase! patut la makin susut badan anak mama ni.. rupenye dia dah kenyang hisap jari sendiri. hmmm..satu tindakan yang baik pada pandangan aku. ye lah, ade ke adam minum 3 oz je masa duduk dengan pengasuh? ish ish ish... anak mama ni.. bila dah ikat macam ni.. 10 oz dapat habiskan..:)

oh ya, pagi tadi adam kene buli dengan mama jugak. hehe.. lepas tu mama kene marah dengan papa. padan muke mama kan~

*sila jangan buat macam gini lagi ye mama!*


okay! ni baru betul anak mama! nanti besar jadi anak yang baik ye sayang. :) okay. tu je. pengasuh adam TERBAIK lah jaga adam! hehe...siap kadang-kadang mama adam pun dapat lauk untuk berbuka.. hehe.. untung! adam duduk rumah mak cik lin baik baik ya. jangan mengamuk. minum susu jangan main-main. tido je tau. okey cayang. mama nak pergi cium adam kat bilik nih! hehehe..

Rabu, Ogos 03, 2011

eh..dah masuk 4 bulan dah?

pejam celik pejam celik kejap je. adam dah masuk 4 bulan! peberet dia sekarang ialah menyebur air liur! mashaammm betul anak mama ni! tapi tetap mama cium cium. hehe.

kali ni takde update berat adam berapa, cuma panjang adam dah 66cm. memanjang la 3 cm dari bulan lepas. adam tak chubby. dia biase je. minum susu tak banyak sangat macam mase dia kecik dulu. sekarang tido pun mama tak payah nak pok pok. dapat je ibu jari dia. selamat lah sampai ke pagi! kadang kadang tak tahu bila dia lapar! adam adam...

bulan depan check up adam 5 bulan. eh..sekejap nye dah nak 5 bulan dah! dan Alhamdulillah, aku masih tetap menyusu badan. adam masih mendapat khasiat susu ibu. syukur ya Allah. aku tak minum atau ambil apa-apa booster..cuma minum air masak banyak, makan seimbang dan kekal positif. ya, adam orang macam-maca bende dia buat untuk banyakkan susu. mungkin bukan rezeki. tapi entah ..pada aku mungkin semangat mereka ini kurang kuat. terasa leceh lah. dan lain-lain alasan yang boleh mereka cipta!

ya susu ibu memang leceh bila bab menyimpan, kemudian nak guna balik bila dah sejuk beku. no worries ya ibu-ibu. gali ilmu. macam adam hari tu. pengasuh kata dia tahu macam mana nak handle susu ibu. jadi aku percaya. tiga minggu adam dalam jagaannya, adam sihat saja. tapi bila di tanya, rupanya ada sedikit kesilapan yang pengasuh buat. tapi adam sihat saja. :) alhamdulillah. harap adam tetap sihat.

tak sabar nak tengok aksi adam bila kena cucuk kat peha nanti.. aih! nakal mama ni lah.suka sakat adam! pagi tadi lepas mandikan adam, saja balut adam dengan kain tuala. comel sungguh bila adam buat muka cute! haha. dia tengah gatal gusi. sibuk dok main lidah padah gusi. kadang-kaang bila tengok jadi kelaka pun ada muka dia.

eceh. dah midnite. nak tido..esok sahur pula. good nite!

happy 4 months adam!

Sabtu, Julai 30, 2011

minta doakan ye!

gegirl tak balik. masuk malam ni dah 3 malam gegirl tak balik.:( tak tahu lah mana gegirl pergi. sebelum ni, bawak balik ipoh sebab taknak dah pusing kepala dengan jiran yang ****** tu lagi. biar lah gegirl dok ipoh. mungkin lebih baik. tapi...............

sayangnya, gegirl pula tiba-tiba menghilang. sedih. mak cakap sebelum ni gegirl termenung. kemudian dia hilang. :(

harap gegirl  cepat pulang. kawan2 doakan gegirl balik ye. tak kisah la lambat atau cepat...
hmmmm...

selamat bertunang buat adik ku tersayang! :)

Jumaat, Julai 29, 2011

adam nak dapat adik?

heh. semua orang pon takot kot kalo baru lagi. lagipun adam masih kecil. bukan nak kata aku tak nak baby. eh, ada baby tu adalah sangat best ok.! biar lah adam rasa semua kasih sayang yang menimbun ni dulu. bukan aku merancang. tak..aku biasa saja. takde nak cucuk itu ini..amik pil itu ini bagai. kalau dah lekat. terima. bukan, macam adam dulu. tak dijangka juga. lepas setahun usaha. usaha pun bukan lah bersungguh..cuma tawakal pada Allah. kalau ada, memang itu takdir Nya. terima. dan memang aku suka!

tapi kalo kali ini, positif! mungkin aku terkedu sejenak. tapi kemudian akan berkata, ya, ini rezeki ku kali ke dua! hey..ingat senang ke nak dapat anak? aku dah lalui saat itu. setahun menunggu.. saat mengandungkan adam, ia umpama hadiah anniversary yang pertama. dan lahir nya adam, ia hadiah anniversary ke dua. apa lagi yang patut aku minta dari suami? sudah cukup yang ini sebagai buah tangan! :)

dan, adam mungkin akan membesar se bagai seorang abang yang berdikari. jadi abang yang baik. walau usia tak beza pun jaraknya. moga dapat aku menjaga adam dan adiknya ini serentak dan semampu yang boleh! tak perlu lah nak mewahkan adam, tapi, mungkin adam tak dilayan sepertimana yang lain. ye lah. dah jarak pun dekat kan..?

hmm...tak dapat kot aku nak bayangkan!

tapi biasa lah kan kalo ibu menyusu baby, memang tak datang uzur kan...? :) harap-harap ini memang sebab menyusukan adam..:) nervous jugak ni! eheheh...

Rabu, Julai 27, 2011

only you and me

hari ini adam ikut mama ke sekolah. semua tanya. kenapa bawa adam? tak ada yang nak menjaga ke? tak adalaha. saja bawa adam. rase macam sayang nak hantar ke rumah penjaga adam. hehehe. lagi pun hari ini hari ko kurikulum. dan aku bukan ada tugas. boleh la sekali sekala. dan adam pula baik budaknya. bawa lah ke mana sahaja. :)

di sekolah, apa lagi, kene cium lah adam! bunyi riuh rendah pun adam tak hairan. adam cool je tidur dalam sling mama. kemudian mama mengelat. mama tinggalkan adam pada kawan mama, mama pegi sarapan pagi. maafkan mama ye adam! bila mama siap sarapan, adam dah tertidur dalam pelukan kak suzy. thanks kak! :)


*tukar lampin adam kat surau*

*gamat sangat time ni*

*auntie hajar dukung pulak*

*soknye naik kereta auntie zu*

* carseat mama ejas, pastu buli adam*



*nak mandi..buli duli*

okay..tadi papa dah gerak ke pd..so tinggal mama dengan adam je. makcik ca pula oncall malam ini...sunyi lah kite adam! mama letak adam dalam walker. adam dah pandai buat satu bende. ye...nampak tak kereta kat hujung kiri gambar tu? yaaa..itu adam buang...mama ambil balik..letak semula atas walker tu.. 

kemudian......

adam buang balik! tengok keadaan kereta tu. aiseh! adam buat gaya sama je bila mama datang ambil gambar! sudah pandai buli mainan sendiri ni! ayakkk...! lepas ni mesti banyak mainan bertaburan di buang adam! aiseh anak mama~

adam..oh adam.. rambut mama dah mula gugur.. dan adam pun dah pandai main sembur air liur..meniarap? dah advance dah! nampak ada dah nak menyusur ke depan..cepat ye wahai adam! tidur pun tak nak mama dodoi dah. dia nak dodoi diri sendiri. dodoi pakai ibu jari dia lah! hehehe.. comel je bila adam hisap ibu jari! :)

hmm..dah mula rindukan papa... :(





Isnin, Julai 25, 2011

seminggu je lagi

sekejap je, dah nak masuk ramadhan balik. sekejap je sangat-sangat...! anyway..macam takde cerita best pun seminggu yang lepas.. tapi part balik ipoh memang best! tapi tu la, balik kejap sangat.,.hmmmm...
rindunye bau kat ipoh... girl pulak anto boarding kat ipoh a few weeks ni.. malas nak kecoh ngan jiran bengong nih.. hehe.. lantak lah..ahhh sudahh..abes belog aku huduh sebut pasal kau~~ same cam orang tu dulu.. mulut jahat dol~ 

sebelum aku ngarut lebih baik aku out dulu.. sory ye kawan2..nantia de cite best..aku tulis lagi.. oh..ade...kisah student yang putus urat tangan~ cekidout!

Isnin, Julai 18, 2011

meletups!!!

ya Allah...
akhirnya kesabaran itu tertewas juga
ya Allah..

:(

Sabtu, Julai 16, 2011

pakcik tua yang tak menyempat!

salam semua!

oh...hari sabtu yang penuh dengan aktiviti...!

pagi tadi ke inti kolej..ada LADAP..
ada lah buat aktiviti untuk guru-guru sekolah ni.
bosan jugak la.

balik rehat kejap.
ajak suami ke floria di putrajaya.

nak ajdi cerita, sedang tunngu turn nak park kereta, ade sebuah kereta tu, persona rasenye..plat nombor wtp1824, memang sangat c to e to l to a to k to a lah~ bangang tak bangang lah kan! main potong-potong lak..kalo nak jalan dulu, turun la skrin kereta kamu, angkat tangan, mesti kitorang akang bagi kamu mampus  jalan dulu lah! memang tak menyempat!

orang lain pun lama tunggu turn masing-masing untuk dapat parking! bila dia dah potong laluan tu..suami aku wat bodo..tapi aku sangat lah tak puas hati..so aku pandang je dia bila dia park (kebetulan aku park dekat je ngan pakcik tua nih)..dia boleh buat muke kerek siap angkat2 kepala...aku lawan lah! eh..memprovok lah..ape lagi.. buat mood swing betoi!

kepada pemandu persona, wtp1824, pakcik sangat lah tak menunjukkan sikap yang baik pada anak-anak kecik pakcik ok. siap nak kerek pulak tuh. pakcik..hidup ni macam rda pakcik...pakcik potong jalan kami..kami dapat 2 tempat parking dan lebih dekat nak ke tapak pesta~ woot woot! tu la..tak menyempat lagi kannnn~

ahhh sudah lah cerita pasal pakcik tua nih~ bosan~

oh ya..

best jugak la floria ni..
ape yang best? banyak bunge kot! hehe

bawak adam keluar petang-petang..
bila lagi kan..

Selasa, Julai 12, 2011

bila menjadi ibu berkerjaya

sah! kompem ade yang kate tak larat kan!

hmmmm...

betul. tak larat!
tapi bila terpandangkan wajah si kecik tu...
hilang segala penat lelah...

siap boleh lagi update blog walopon sikit-sikit..
hehehe...

bestnye kalau tak kerja kan!
dapat 24 hours dengan si kecik..

tapi adam ni memang memahami..
anak yang baik (walpon kadang-kadang ade jugak ngade-ngade..)
stendet ah kan? hehe....

lame tak keluar shopping dengan adam.
tadi dinner sempena anniversary ke dua.
adam macam biase lah!
behave saje..
last2 mama dah habis makan, dia nyanyi sikit sebab dah nak tidurelok je masuk kereta
nyenyak sampai ke sudah tu haa..
siap cikca pun baring sebelah adam..
sian cikca..penat keje, hari-hari cikca keje..

bile adam nak dapat sepupu kan? hehehe...

Alhamdulillah...tadi puasa...okay je..
cuma dah time nak loceng bunyi tu menggigil..
sebab tak makan dan bangun sahur...

pagi pam dapat 3 je..sebab lain dah siap2 adam minum..hehe
kat sekolah dapat 5 je.. tak tally sikit la production!

harap esok normal balik..
seronoknye buat yang dapat pam banyak banyak tu..
tahniah buat anda..hehehe...anda best~

esok puasa lagi..
harap semuanya ok.

insyaAllah..


jom sahur!

Isnin, Julai 11, 2011

happy 2nd anniversary dear darling!


HAPPY ANNIVERSARY DEAR!

ALHAMDULILLAH..

sudah 2 tahun bersama

banyak suka

banyak juga duka

tapi semua tu asam garam kan sayang!

i love you!

 :) 

lebih best, kita ada Adam.

Alhamdulillah!

syukur ya Allah!

Ahad, Julai 10, 2011

tahniah adam!



satu lagi step yang adam lalui! tahniah anak mama! rajin pulak tu buat homework! kejap kejap berpusing! masa mula mula memang membebel je mulut si adam ni sebab dia tak larat nak pusingkan badan dia..:) penuh air liur kat tilam! hehehe..

lepas ni adam menyusur pulak..lepas tu merangkak..eh, bila adam nak tumbuh gigi ya? hehe..:)

Isnin, Julai 04, 2011

photoshoot!

berdiri dah anak mama?

oi..ape hidap jari neh!

director asek tunding jari tanak bagi adam hisap jari!

mama..letih la maa.. adam sandar eh!

ok..sambung lagi

sedap betul jari ni lah! eh, tangan!

ok. dengan mama sebok nak bergambar dengan adam!

ok adam last ni..say awwww!!! 

ok.tu je main-main amik gambo hari ni. makcik ca bagi hadiah lagi. baju ladybug! hehehe...lady ke adam oi? ok. nak kene layan ayah adam plak ni..hehehe...:) good nite!

Ahad, Julai 03, 2011

DIA

semalam panas
tido terpaksa bukak ekon. bukan ape, nanti ruam adam naik sangat la horror. kesian pun ade. jadi takpe la. bukan selalu nye pun!
sedang nyenyak tido, aku terjaga sebab ekon sejuk la. terus bangun off kan ekon. tengOk tengok rupenya ade orang tumpang tido atas tilam sekali.



gegirl! alalaaaaa..
kesian tengok dia..
kebetulan masa aku bangun, dia pun bangun sekali
mengiau...

aku baring balik.
adam kat sebelah nyenyak abes
sampai tak bangun menyusu pun!
semalAm dia tido lewat pukul 12.. tu yang lena habis.
plus semalam kan kene cucuk
tu yang tido je seharian. penat kot.

girl terus bangun
jilat jari tangan aku
then dia naik ke badan
aku yang tido mengiring (sebab dah terbiasa bila ada adam ni)
girl pun lepak kat pinggang (ayoyoyo,..gelinye...)
sambil tu dia urut2..haha..geli ok!

itu lah girl
kalo aku melangkah keluar ke, mesti dia ikut
tetamu yang datang disambut,
tetamu nak balik dihantar ke pintu

kadang-kadang rimas bila aku nak keluar rumah, mesti dia dah port awal-awal naik kereta!
bukan tanak bawa..tapi memang tak boleh!

lama dah tak bawa girl balik ipoh atau jb..
nanti lah ye girl..

mama cayang gegirl!

Sabtu, Julai 02, 2011

90 hari yang sudah




macam tak nak percaya pun ada.tapi apa boleh buat. memang 90 hari dah berlalu. isnin dah kene pergi kerja..
lalalalaa...kerja...lalala..~

tadi pagi pergi cucuk adam.
adam sudah besar!

sementara menunggu, seorang makcik menegur adam. 
apa lagi sikenit ni, tersengih-sengih la dia

masuk jumpe doc pun sengih.
sampai doc nak cucuk ubat dekat pipi adam sebab geram!

gambar tak sempat snap. sempat rakam sikit!

update sikit pasal adam
semalam selsema. hari ni okay. doc cakap paru2 dia ok je..
berat 6.1kg. naik 600 gram je dari bulan lepas..adam sedikit aktif sekarang!
panjang 63cm. kaki pun dah boleh pakai kasut!



* mahap video dirakam jauh oleh perakam yang sangat la pemalu ni..heehehe*

Jumaat, Julai 01, 2011

ape yang botak? siapa?

ok. menulis di sini jam 1 pagi lebey lebey (ah gedik gile)..jadi cerita pasal semalam lah kan?
berjaya jugak aku pergi ke mydear warehouse tu. oh, hari pertama dah ramai orang seyh! (ayat gerek) aku bertolak dari rumah pukul 2 suku. tau pukul berapa aku sampai kat tempat tu??

oh....pukul 4 petang!! itu pun empat lebey lebey~ aaahhh..kenapa tersalah google??? nasib baik adam memang senang dikautim! bagi upah susu tido 2 jam. kire ok la kan? fuh...

thank you kaklin sebab pick up phone tepat pada masanya. kalo tak. sesia je la aku dok membayar lalu tol saje hari tu. hehe.. my bad..my bad..:)

sampai kat sana, aku terus menuju ke bahagian car seat. ya, car seat yang sepupu bagi tak begitu selesa dengan adam. kesian lak biar dia duduk dalam tu tanpa memakai belt! (ape jenis mak la kan!) jadi by hook or by crook kene tabur duit jugak kat barang-barang begitu.. $$$$~~

tengok tinjau. takde berkenan. tapi tang harga memang berkenan. sebab ade yang below rm200. memang okeh la dengan budget ciput yang ada kan...ok, salesgirl tang entertain aku best. sebab dia layan baik dan sangat friendly! aku gtau la nak yang macam mana kan. sebab adam still small. nak duduk betul pun tak berapa nak boleh lagi. jadi aku sauk la sebijik yang gini, macam dalam gambar. kalo harge sebenar sebelum sale, rm489.00


tapi masa warehouse ni, dapat rm350.00..kire ok lah kan?  tapi ade je yang jenama lain lagi murah..cam sweet cherry ke..:) sebab adam boleh duduk dalam ni dengan seronoknye. :) lepas beli terus pasang, letak adam dalam ni. nampak dia selesa je! Alhamdulillah! botak mama!

then jalan lagi, nampak walker. adam da kuat kakinye. so, penat kalo asik berdukung kan. jadi, walker ni boleh selesaikan masalah yang melanda diri ini. walker ni boleh diayun jugak. menarik lah. harga gudang pun boleh la membotakkan mama nye..hehe. ala..beli ni sekali je.nanti adik adam pinjam abang adam punye la eh? hehehe..

jalan lagi, ok last eh! kang tadi botak tengah, ni botak segala bulu yang ade kang! haha. ape la mama adam nih! nampak kipas comel tu. ape lagi. bang, tulis ni dalam resit ye!

ok. dah bayar, kat sini boleh pakai bankcard jugak. jadi takde alasan bawak duit sikit okeh. mari botakkan kawan-kawan lain! dah bayar, amik resit, pergi ke bahagian amik barang. ok. yang ni aku tak tahu. aku main follow me je akak kat depan aku. ade satu chinese woman tu, pregnant twins! wahhhh!! semua barang dia beli dua.. mane aku tahu dia pregnant twins? ape lagi. kami berborak la (nampak, punye la lame nak amik barang kat kaunter tu!!!!)

dah amik, kalo suami ikot boleh la kerah tenaga sang suami. sebabkan aku dengan adam je. jadi bagi no kereta kat dorang, nanti korang drive la ke belakang gudang tu. nanti amik barang tu kat sana. jangan jadi macam aku. bagi no kereta, tapi dok melangut tunggu dalam kereta! mau 30 minit tersadai dalam kete je okeh!

dah happy happy...dah botak botak.. mari balik dan main dengan adam!


dah terjawab kan apa dan siapa yang botak!! hehe... love you adam..muahmuah!

Rabu, Jun 29, 2011

tips dating dengan baby!

assalamualaikum!
wah! lame tak update blog! ralit bermain dengan adam. layan karenah dia yang sungguh mencuuit hati tu! rasanya lepas ni boleh la say good bye pada facebook! hehehe...

oh ya, nak share sikit tips kalau mommy muda mudi ni nak keluar shopping dengan baby! only u and baby!

aku pernah beberapa kali keluar dengan adam. paling jauh pergi ke the mines! saat itu sedikit tercabar sebab tiket parking hilang! ya Allah..macam-macam hal!

sebelum korang keluar, pastikan baby dah kenyang, so bila dia masuk dalam kereta, duduk diam-diam dalam carseat tu..kompom tido sebab kereta bergerak. baby kan terbuai-buai gitu. kalo tak tido pun dia mesti diam. maknanye dia selesa lah tu! and..make sure baby betul2 selamat duduk dalam car seat! pastikan car seat dibelakang ye..bukan sebelah driver!

kemudian, dah sampai, check dulu baby. dia lapar ke (mana tahu dia lapar lagi kan!)...kalau ok, boleh terus proceed masuk shopping compleks! pastikan korang pakai baby carier atau sling. takkan nak pakai stroller kot? payah nampaknye nak handle. setakat ni, aku pakai sling, adam memang tido la..kalo tak tido pun mata dia memerhati persekitaran tempat tu. :)

kelebihan pakai baby gear ni, tangan korang free. senang nak bawak barang atau nak tolak troli (hamboi..kemain shopping ye?). senang nak bayar bila kat cashier nanti. siriyes!

dah shopping atau tengah-tengah shopping baby lapar, pegi la ke baby room yang disediakan. skang da banyak shopping complex sediakan baby room. dah cukup bagus tahap kesedaran sekarang betapa pentingnya susu ibu untuk bayi!

aku pernah susukan adam depan public. tapi sangat la bahaye sebab adam tak reti duduk diam. tangan nak selak itu..gentel ini.. adoi! last-last pergi baby room jugak! baby room alamanda paling best aku pernah pergi!

nampak cam remeh je kan. ade yang bace mebi akan kate aaaa...leceh lah! terpulang lah! walaupun production susu aku tak semeriah orang lain. aku tetap akan cuba yang terbaik untuk anak ku.. ya.. rezeki tu Allah tetapkan..Allah berikan. jadi, usahalah hingga ke titisan yang terakhir!

alangkah bestnya kalau dapat susukan adam hingga umur dia 2 tahun. dan double alangkah bestnya kalau aku ni suri rumah!

:)

Jumaat, Jun 24, 2011

mana mood saya hilang?

alahai..
tinggal lagi beberapa hari nak masuk kerja balik..

alahai..
susu oh susu..
jangan merundum
aku seru mu susu..

hoi..
ape la mengarut nih!

tamo stress!
nanti susu kurang..
mood naik kerja datang la..

-_-"

Isnin, Jun 20, 2011

nak dengar tak?

semalam ingatkan adam da tido. rupanya dia tido ayam je. kejap sangat. pening gak dok layan dia..mata muka dah mengantuk, tapi terjaga bila mama bangun dari tilam... alahai anak mama...

rupanya dia nak tidur meniarap. tanak tidur mengiring atau baring.. ape daaa~

jadi..dukung balik, bawak keluar dari bilik tidur. main la sama dengan adam..masa tu lampu dah padam awal-awal..sebab rumah panas sangat plus boleh jimat elektrik kan.. :)

papa amik dukung adam. tiba-tiba adam gelak. mengekek dia gelak. ape lagi mama pun dengan pantasnya capai henpon pastu terus rakam. dapat audio je. memandangkan papa mama masing-masing dalam keadaan mood tidur. hehehe...

layankan gelak adam ni..sampai meleleh leleh air liur dia kat lengan papa..:)

video

Selasa, Jun 14, 2011

bercuti lagi!

adam umur 2 bulan seminggu.

adam pergi bercuti.

ikot papa kerja.

tapi tak ganggu papa kan

sebab adam duduk dengan mama

duduk je diam-diam

waktu makan baru turun

ada aunties yang datang dukung, cium-cium adam

adam tidur je

esok nak ajak papa main pasir pantai

:)

Rabu, Jun 08, 2011

cimb octo "macam best"

tadi saje la dok belek-belek orang jual-jual baju kat blog, kat pesbuk kan. ade la terbeli selai. selai je. tu pun dia tengah promo.rm25 selai. rembat la.macam beli baju kat JJ yang rege rm5 tu ah! pastu bukak cimb clicks, baru sedar ade promo collects stamps, pastu nanti boleh reedeem macam-macam hadiah best kau! tadi aku berjaya main game dia..dapat la sekeping je stamp..:)

ingatkan senang nak kumpul stamps tu.. cet!!!
* kenapa octo air asia lak ni?*

jadi aku rasa nak tempah kat akwan la jahitkan octo felt untuk aku. ermmm..macam best jek kan! :)

Selasa, Jun 07, 2011

patient dah makan nasi tak?

semalam, aku kejutkan adik. selalu lepas balik dari hospital dia akan tertidur. kadang-kadang macam membaca buku, padahal mata rapat je tertutup! suruh dia solat magrib. kemudian aku tinggalkan dia, layan adam yang tak mahu tidur. nasib baik si kecit ni okay saja walaupun dia tak nak tidur.

 *kerja seorang doktor sangat memerlukan pengorbanan, aku bersyukur, kerjaya ku sebagai guru*

semalam juga, ada tetamu datang. seorang kakak pada ku. aku masak la nasi tomato. main tibai je masak. suami kate sedap. sampai nasi bahagian adik pun suami makan. sebab sedap sangat. (suami aku sengaja puji sebab dah dekat nak abes pantang 100 hari ke? ) -_-"

* ya, baru pantang 6o++ hari ye sayang, sabar!*

jadi, selepas solat, aku kejutkan adik lagi sekali. ajak makan. kalau kalau dia nak makan nasi aku masak nasi untuk dia. jadi aku pun kejutkan dia yang memang kadang-kadang aku kompius dia ni bangun ke tak ni?

aku : ca, bangun la. nak makan nasi ke tak?

adik : terkebil-kebil biji mata

aku : kalau nak nasi, kakli masakkan

adik : patient makan nasi tak?

aku : aaaaaa.........?

tengok, betapa seorang doktor itu "care" pada pesakitnya. walhal dia dah kat rumah dari petang dah. huhuhu. kesian pada adik. tapi apa boleh buat. siapa suruh belajar pandai-pandai! 

Isnin, Jun 06, 2011

ini bukan cobaan!





okay. ni dapat resepi dari ibu comel nuyul, jadi boleh la kalau korang nak try resepi dia. ai belom rase lagi. baru je siap tadi. esok tetamu nak datang rumah. kalau tak cedap, sorry ye tetamu!

~kawan-kawan blog yang comel dan hensem~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

jeng jeng jeng

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign