dapat duit raya! Alhamdulillah, mari buang yang keruh, ambil yang jernih!

tadi aku ke sekolah yang aku praktikal dulu. terlambat sikit ke sekolah, harini budak-budak balik awal. pukul 10.30 pagi. tapi cikgu kene balik pukul 12 tengahari.hehehe.

sempat la tadi jumpa dengan cikgu cikgi kat situ. seronok! sebab kedatangan aku disambut dengan baik. cikgu yang aku tak berapa nak baik dulu, dah baik balik dengan aku. syukur ya Allah.. seronok pulak bila dia hulurkan tangan untuk bersalam. tanpa teragak-agak aku menyambut tangannya. =) terima kasih kak. kite dah baik balik. hehehe..=)

tapi tadi cikgu cikgi sibuk dengan hal masing-masing. maklum lah kan, hari terakhir ni. banyak kot bende yang nak diselesaikan...takpe lah. aku okey je.=)
dapat jumpe kak Aishah. seronok! banyak dah berubah, yang aritu perut boyot dah slim, yang slim, mula memboyot. memang murah rezeki cikgu-cikgi kat situ.

dikesempatan tu, aku jumpe ustaz bawi, tunjuk bukti yang ade orang mesej berbaur lucah, guna nama dia. hehehe.kesian ko bawi. tak pasal-pasal.
pada budak tu, insaflah ye. tak lame kalo awak buat camtu kat cikgu awak. cikgu tak kisah. biar Allah balas perbuatan awak tu. kalo cikgu balas, takot tak setimpal...huhu

lepas dah dapat duit raya, sebenarnya duit mengajar kelas tambahan. dapat la sikit. aku mulakan dengan membeli 3 beg kekabu.hehe..punye lah banyak. nak buat tilam dan bantal baby nanti. jahit kat rumah ibu..sempat ke? kalo tak sempat, beli mesin jahit la nanti.hehe..pulak dahhh..
satu beg kekabu tu aku dapat rm15, so dah terbang rm45 kat situ.hehe.tak sampai 1 kilometer dari sekolah tu.hehehehe~

kemudian, sampai di seri kembangan, aku singgah di kedai haiwan. beli pasir rm29.00. berapa dah terbang? rm74 dah.kejap je. lepas tu singgah 100 yen. cari barang dapur. hehe.sempat lagi.


ni ha...lame dah carik bende ni. buat buang bulu atau habuk yang melekat kat songkon atau baju kot.hehe..=) nasib baik berguna tadi. ingatkan tak berguna. harga rm4.90


penapis minyak yang dah guna. hehe. tapi tak jumpe pulak bekas letak minyak tu. ish. kene carik lagi ni. adoii.. harga pun rm4.90.

ape la gambar ni. senget! akhirnye! dapat gak beli bende ni.hehe.senang nak buat kentang penyek nanti. hee...harga pun rm4.90. satu bende tak jumpe. nanti lah carik lagi.

okeyh. petang nanti nak pegi check up baby kat klinik jameaton! tak sabar nak tengok perkembangan baby. selamat berbuka!

jadikan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ye!

Ulasan

makdara TERDIVA berkata…
selamat bermasak2 utk berbuka puasa.. :)
chekgu Moe berkata…
makdara...huiii...dah raya ni pun haaa...sangat sibuk sampai tak sempat nak komen2 kat sini...selamat ari raya makdiva!! =)

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?