terima kasih kakak manis!

seminggu yang lepas. adik datang ke rumah banyak pulak cerita pasal adik kali ini. bukan apa. sebab memang aku rapat sangat dengan adik. ada yang menganggap kami ini kembar. iya kah? kadang kadang aku malas, aku iyakan saja bila mereka tanya "kembarkah?"

adik mahu mendaftar di MMC dan KKM. aku pun tahu sikit sikit je. dia perlu mendaftar untuk dapat kerja. ah, banyak sebenarnya yang perlu diselesaikan. aku yang melihat pun sedikit serabut. dengan borang itu yang patut di isi, malah perlu disahkan. nasib baik suami ada kuasa untuk mengesahkan sijil sijil itu.

ke hulu ke hilir kami dok berjalan di parcel E tersebut. itu belum lagi cerita pasal parking! si kawan adik pula memberi info yang tidak lengkap. memang tak boleh belah lah! memang kami bernasib baik, semua berjalan dengan baik sehinggalah....

"borang ni ko kene cop tau, yang layak cop orang sekian sekian.." kata kawan adik..

"alamak, mana nak cop?" adik dah terkial kial

" ko pegi je jabatan mane mane.." yakin si kawan

jadi kami pun ke bangunan berdekatan, bangunan Kementerian Pelajaran Tinggi, ke pejabat khidmat pelanggan. ada seorang kakak, hitam manis. senyum kepada kami.

"Assalamualaikum kak, saya nak tanya, boleh tak sahkan borang ni?" sambil menunjukkan borang.

"erm..akak bukan pegawai, tapi takpe..akak call jap eh.." sambil mendail nombor di telefon.

" dik...semua pegawai meeting..macam mana ye..aaa..panjang umur..encik sabri..boleh tak encik sahkan borang ni?" kakak manis tu bertanya pada seorang lelaki gempal, juga hitam manis.

"okay.boleh. ni borang untuk apa?" tanya lelaki itu

" borang ini untuk dapatkan sijil sementara.." gugup adik menjawab

"ooo...doktor ya..." sambil memandang adik..kemudian memandang aku..
"awak pun...?" aku cepat cepat geleng kepala.

lelaki itu berlalu, kemudian muncul kembali

"saya rasa, saya tak berani nak sahkan dulu, pegawai iktisas ni siapa?"

kami berdua pun tercengang. haha. dah dapat pegawai begini pula.

tapi, aku sangat kagum dengan sikap kerjasama kakak yang bekerja disitu. sangat mahu membantu walaupun tak berjaya. terima kasih kakak! kamu sangat best!

selepas ke bahagian sumber manusia, pegawai iktisas itu, sama seperti mana mana pegawai 41. jadi, lelaki tadi memang boleh sahkan. tak mengapalah. bukan rezeki kami...

kami balik semula ke rumah, cop dan kembali semula ke putrajaya..
bila semua dah setel, kami kembali ke MMC untuk hantar borang tersebut, tetapi.....

"dik, surat ni tak salah dah, cuma yang sahkan ni, alamat pejabat dia tak penuh. tak tahu risda negeri mana..adik cop semula lah ye..." kata kakak tu..

adoi...rumit lah

Ulasan

sahromnasrudin berkata…
salam chekgu..trime kasih berkunjung ke blog sy..jemput jd follower sy agar dpt sy masukkan blog cikgu dalam senarai blog list sy..tenkiu
chekgu Moe berkata…
wslm sahromnasrudin...chegu masih belum dapat jadi follower sebab teruk sangat line internet. dapat comment je. nnt dah ok, pasti akan jadi follower yang berjaya ye. =) terima kasih siggah sini.:)

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?