sungai Lepoh, hulu langat

hari minggu yang lalu, aku suami dan kawan kawan berkelah di daerah hulu langat. jalan yang di lalui seolah olah mahu ke cameron highland. kiri kanan orang kampung menjual hasil tanaman. ghairah sekejap bila melihat. durian, rambutan, duku, cempedak! banyak sungguh buah buahan tempatan. bau. tak usah cakap lah.

sudah jauh perjalanan, rupanya kami tersesat. patut lah sunyi saja jalan kiri kanan. tiada orang menjual seperti sebelumnya. yang ada abang abang motor besar dan pakcik pakcik berkereta tidak berbumbung. hebat! mereka bermain main dengan selekoh jalan di situ. jadi, berpatah balik kami ke simpang yang sebenarnya.

usai melalui jalan berliku itu, kami tiba di sungai yang di cari. sunyi saja. terpampang di batang pokok bayaran memakir kereta. berbisnes juga orang di kampung ini. ya, ada tujuannya meletakkan harga bayaran. aku pernah belajar dalam kelas Hutan Bandar dulu..

sampai sahaja, kami di datangi oleh penjaga gua tempat parkir kereta. RM 2 bertukar tangan. dari tangan aku ke tangan abang bubub, kemudian ke tangan penjaga gua  parkir tadi. sambil melihat sekeliling, aku terus bergegas ke tempat yang dekat dengan air. ada beberapa buah pondok yang sengaja di bina di gigi air. di belakang pondok siap siap tertulis, RM15. aku rasa kalian semua pun faham kan.

aku semua tidak sabar mahu turun ke dalam sungai. maklum lah. jakun. sudah lama tidak bertemu air sungai. sejuk. dingin. air gunung memang begitu kan. tidak berani aku untuk berendam. gila tahap kesejukan air sungai itu.

bermandi manda di sungai bagi aku merupakan salah satu terapi. boleh membuatkan hati senang. perkara gundah yang aku lalui tempoh hari terus lenyap. benar, ajaib juga sungai dan alam ini.


* breakfast sebelum bertolak*


* ni ahli muzik yang menghiburkan hati masa berkelah*


*abg bubub sebagai driver*


* ni kami berdua*

next time pegi lagi ye kawan kawan!

Ulasan

makdara TERDIVA berkata…
salam ziarah..

cantik lukisan tu.. :)
chekgu Moe berkata…
makdara TERDIVA~ wslam. terim kasih sudi ziarah ye..hehe

terima kasih.=)

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?