satu tahun yang indah!


sayang..

ingatkah lagi akan kamu waktu mula mula kamu terlihat aku?
di atas pentas itu,
diterangi lampu yang suram,
ya,
aku yang bertudung biru, bertoncang palsu itu...

watakku hanya biasa biasa,
hanya mendengar suara,
kamu mahu mengenali aku,
kamu tertanya tanya siapa aku,
kamu tidak kisah paras rupaku,

mungkin ini yang dikatakan jodoh,
kita bertemu,
kita berjanji setia,
aku akan kamu sunting bila tiba masanya,


dan kini,
genap setahun pernikahan kita,
aku bahagia menjadi suri mu
berasa yakin dipimpin suami sepertimu,

kala ini,
kita berjauhan,
hanya doa mampu aku titipkan,
agar hubungan ini dirahmati selalu,
agar kita gembira selalu,
agar bahtera berkemudi selalu,

sayang,
terima kasih kerana,
dari awal pertemuan,
kamu memilih aku,
kamu bangga memiliki aku,
kamu sanggup dibebani aku...

selamat ulang tahun yang pertama.

11 julai 2009

*sangat rindukan perkara begini*


*honeymoon*


*hasil nukilan dalam telefon bimbit baru, cool*



* kamu cinta aku *


* kek ulang tahun pertama *

selamat ulang tahun sayang~

nota hati: maaf sayang, kita berjauhan seketika. nanti kan kepulangan aku. sambut salam cinta dari kejauhan. aku sayang kamu.

Ulasan

zack zukhairi berkata…
alolorh sweetnye... hehe. smoga rumahtangga yang dibina bahgia ke akhir hayat ya? :)
chekgu Moe berkata…
zack~ thanks ya. hehe. kartun kamu sumber inspirasi.. :)

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?