Ahad, Julai 25, 2010

persiapan untuk melahirkan. ada cadangan?

sejak aku kecil. aku tak dibenarkan untuk mempunyai binatang peliharaan. aku sakit. lelah. nama glamor. asthma. sejak kecil sakit aku teruk. ibu kata macam kain buruk. sampai aku kurus keding. oh ya. untuk mengubati aku, macam macam cara ibu guna dan amalkan. yang peliknya minum air kencing. entah lah. tapi aku pernah baca, di China memang popular begini.

alhamdulillah. aku dah sihat. bila buat pemeriksaan kesihatan, doktor pun kata aku sihat. cuma ada sejarah lelah semasa kanak kanak. aku rasa, lelah boleh diubati. sebab aku boleh sihat. padahal dulu, sikit sikit tak boleh bernafas. cuma pesakit perlu tenang, tak boleh stress. mesti hidup cergas. kene positif!

ok. balik pada cerita sebenar. kucing aku, si Adik (adik lagi) sedang sarat. due dia minggu depan. ada 14 hari lagi rasanya. semalam dia buat buat macam nak beranak. kecut perut aku.

sebelum ni kucing ibu pernah beranak, tapi aku tak sempat jadi bidan. kali ni, memang nak atau tidak aku memang kene jadi bidan. aku takde lah takut atau geli, cuma takut aku terkedu je nanti. kalau setakat hamster beranak, aku okay lagi.

sekarang ni aku berjaga jaga dengan kelakuan Adik. aku dah sediakan kotak. kain buruk pun ada. kertas surat khabar. untuk buat alas nanti. hmmm.. apa lagi yang aku perlukan ye? kucing ni takpe ke kalo kite tengok dia beranak? ke dia nak privasi? ah...macam macam aku pikirkan sebenarnya...

kalo kawan kawan ada cadangan. kongsi lah sikit ye. =)

harap Adik dapat anak comel dan sihat. tak sabar nak tengok anak anak Adik!

2 ulasan:

Eyka Imanie berkata...

hehee..eyka xpernah tgk pon kucing eyka beranak..kalu die nk beranak msti g jauh2,,

molliesa berkata...

eyka~ ye ke..kucing saye ni tak pegi jauh kot, sebab dia dok dalam rumah je. tak lepas bebas kat luar, takot dia main beranak atas katil je..haru nanti...:)

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...