Rabu, Julai 07, 2010

pakai santan pun boleh!

hai semua. lama tak menulis. lama ke? boleh la.

hari ini hari yang agak sibuk. apa tak nye, dah bangun pagi pun tak berapa nak pagi dah. pesanan ibu agar aku membeli santan murah di pekan cina tidak aku laksanakan. haih. anak yang kureng baik disitu. *bukan selalu aku bangun lewat, kebiasaannyalah*

operasi membeli santan secara borong itu adalah disebabkan esok, ibu mahu berniaga di sekolah. jual nasi lemak ayam goreng! ada hari kokurikulum. hari pelajar menunjukkan bakat. hari mereka bersuka suka sedikit. tetapi, pembelajaran tetap berlaku samada, sebelum aktiviti koku, atau selepas. jadi, hari rabu adalah hari kokurikulum di sekolah ye anak anak. hehe~ jadi, ibu masak, anak muridnya jual. adalah upah yang menjual. bukan ibu kaut sorang sorang ye. tidak baik ye bersikap begitu. :)

jadi, tepat jam 1, aku ke kedai membeli santan. malangnya tiada. sudah kehabisan stok. kata abang kedai, santan kotak ada lah dik! ah, gawat ni. ibu mahu yang fresh and white! haaaaha~

jadi, aku meminta abang kedai memarut kelapa sebanyak 10 biji. banyak tu. dan aku katakan, aku mahu santan. jadi, bolehkah wahai abang kedai? jawabnya boleh! aku tersenyum. jiwa tidak kacau lagi.

selepas 15 minit menunggu di dalam kereta, aku ke kaunter bayaran. sudah siap semuanya. KELAPA PARUT dalam 10 beg plastik kecil. ah! mati aku!

lalu aku mesej ibu.
"bu, kakli terbeli kelapa parut, kakli perah la nanti ye..."

" ibu cuma takut nasi cepat basi..." balasan sms dari ibu.

hish. macam mana ni. tak mengapalah. dah di bayar. takkan mahu dipulangkan. banyak tu. nanti mesti abang kedai kekwat di situ. gawat di musim gawat.

malamnya, aku bertungkus lumus memerah santan dengan kaki tangan comelku. gila penat. naik semut semut tanganku keletihan. padan muka. selesai memerah selama 15 minit jugak (aku genapkan lah minit tu, supaya senang pembacaan kalian). ibu katakan padaku, masa ibu kecil, dia dikecualikan memerah santan, rugi, kerana tapak tangannya tidak gemuk gebu. aku mengangguk faham. kalian faham kah?

usai memerah susu santan aku perasan, jari dan tangan terasa lembut. mulus gitu. wah! ini sudah baik. wajah bercahaya seketika. seronok pula.
aku bandingkan tangan kanan dengan tangan kiri. disebelah kanan kelihatan lebih menawan. cantik!

jadi, untuk memuluskan kulit kalian semua, pakai santan pun boleh!

nota hati:
rindu pada sidia di sana. apa khabar dirimu. sudah kahwin ka belom? eh. salah nota lah!

2 ulasan:

Unknown berkata...

eh! santan boleh jd kulit ke? wah! eh! tp kan ape beza santan segar dn kelapa parut bkn sama je ker?

molliesa berkata...

nick irfan~ santan dan hampas kelapa tu buat kulit lembut. mcm scrub..hehe..mcm dia cuci kulit lah..bukan jadi kulit. hehe..

beza santan segar dengan kelapa parut ialah, santan segar terus boleh guna, kelapa parut kena perah dulu, baru dapat santan dan baru boleh guna..hehe..=)

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...