Jumaat, Julai 09, 2010

main snake puzzle cube bersama chegu moe~

hai kawan kawan~~~~

selamat hari jumaat. eh, dah masuk malam sabtu dah ye? hehe..dah seminggu berada di rumah ibu. sangat menyeronokkan. bukan hanya aku. kucing kucing aku pun seronok duduk di sini. bebas ke masa sahaja. pandai pula ia berjalan-jalan. dan tahu bila mahu pulang ke rumah. ada sekali, adik mengiau ngiau. rupanya adik di atas bumbung rumah. dia tidak tahu bagaimana mahu turun ke bawah. memang kucing begitu. jangan katakan kucing, singa pun begitu. tak percaya? sila lah tengok national geographic.

oh. sebenarnya mahu mengajak adik adik semua bermain puzzle. apa kelebihan main puzzle ini? puzzle sebenarnye membuatkan kita berfikir. macam main sudoku. permainan itu pun salah satu permainan puzzle. bila bermain, otak terasa lebih ringan. tapi nak siapkan satu satu puzzle, memang pening kepala dan sakit hati. tapi, kelebihan bermain puzzle adalah mengajar kita erti kesabaran. yeh. benar. aku sangat bersabar ketika bermain puzzle.

sebenarnya banyak jenis puzzle. rubik cube adalah antara yang popular. pernah aku aplikasikan permainan ini semasa sesi pengajaran. saja aku mahu menarik minat pelajar, jadi, aku adakan pertandingan. sangat dahsyat mereka semua. kerana kurang dari 1 minit. rubik cube berjaya diselesaikan. hebat! cikgu sangat kagum!

* ini rubik cube*

* ini snake cube*

* sudoku*

sila layan video ini. hehe. tahniah untuk diri sendiri. setelah dikutuk oleh adik, aku berjaya selesai kan!

ok lah. mahu sambung menjahit manik lagi. sampai jumpe lagi ya semua!

Tiada ulasan:

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...