kenangan ramadhan aku dan adik



bagus lah bro ben ni. beliau memang mengeratkah hubungan kawan kawan kat blog ni. bagus! tahniah bro ben! hehe. jom kawan kawan join kenangan ramadhan bersama ben ashaari

ceritakan kenangan ramadhan anda:

satu kisah ramadhan yang memang terpahat di minda aku. kisah adik beradik. begini kisahnya....(bunyi muzik flashback)

jam menunjukkan lagi 30 minit mahu berbuka puasa. aku bersiap-siap menyediakan hidangan untuk berbuka. maklumlah, aku anak perempuan sulung. kebetulan hanya aku yang biasa bermain di dapur. kiranya tidak kekok lah. bukan tiada adik, cuma adik jarang berada di rumah. beliau biasanya balik hanya cuti sekolah.

sedang bersiap menyediakan juadah, rupanya sudah hampir waktu berbuka, jadi ku minta pertolongan adik. malangnya dia menolak. katanya aku boleh selesaikan sendiri. aku apa lagi, melenting lah. berlaku lah sedikit perebutan kuasa di mana akau mahu menggunakan kuasa sebagai kakak. malangnya tidak berjaya. -_-"  jadi aku terus khabarkan kepada ibu. ibu minta adik menolong dan sedikit membebel kepada adik. terus merajuk hati si adik.

waktu berbuka tiba, si adik berada di luar rumah. duduk di tepi longkang. protes mungkin. azan berkumandang, kami berbuka dan adik masih diluar. aku lihat, hujan turun dengan lebat. adik masih di situ. basah. lalu, aku rendahkan ego ku, menapak keluar rumah. aku peluk adik. ajak berbuka. adik mengikut tanpa bersuara. aku senyum.
kenangan ramadhan bersama adik yang tak akan aku lupa. kini adik sudah dewasa. mungkin dia ketawa bila membaca kisah ini.

dari mana aku tahu aktiviti ni:
aku dapat mesej kat inbox FB, thanks bro ben! updated sangat! tapi aku memang selalu follow kisah bro ben. hehe. stalker kah aku?

sori, sebab aku sebenarnya tak reti nak menulis dan bercerita. macam kekok pon ada. hehe..

Ulasan

hentakbelipat berkata…
alolo..hahaha..comel2..adik tu mmg betul2 merajuk tu eh..boleh tahan liat tuh
NICK IRFAN berkata…
eh! siap majuk lagi adik akak tu? la.. eh! dia laki ke pmpuan??? akak minta tolong ape?
chekgu Moe berkata…
hentakberlipat~ hehehe...tu lah..ingatkan dia saja2 je, sekali memang merajuk daaa~~

nick irfan~ dia perempuan. hehe. ala..mintak tolong isikan nasik dalam pinggan je. haha..budak2 kan mase tu..=)

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?