~kawan-kawan blog yang comel dan hensem~

Isnin, Julai 12, 2010

fesyen baju tidur sudah popular di kampung aku

*kalau baju tidur begini, masih sopan lagi...*

kalau korang perasan lah kan...zaman sekarang ni, memang pelik pelik fesyen yang dicipta. ada juga yang di ambil dari zaman zaman dahulu kala. contohnya baju flinston tu. di zaman sekarang masih lagi ada yang memakai...kan?

macam aku, perempuan, mesti lah berghairah mahu berfesyen. tapi fesyen aku tidak lah melampau sangat pelik nya. sebab aku bertudung. mahu tidak mahu, memang wajib menjaga adab berpakaian...bukan sopan semata mata. tapi lantak lah mereka yang mahu memakai fesyen yang pelik pelik, asalkan tidak memudaratkan diri sendiri dan orang di sekeliling. aku bersyukur, kerana dari kecil ibu selalu menggunakan teknik 'reverse psychology'. jadi, sampai aku besar, aku tidak berani berpakaian yang tidak senonoh di depan atau di belakang ibu.

oh, tadi aku ke kedau runcit. hanya mengenakan t-shirt labuh, jeans dan tudung dan selipar pemberian suami. ringkas. ya, mahu ke kedai runcit. setiba aku di sana, aku terlihat 2 pasang baju tidur di kaunter bayaran. bila di amati dengan jelas, itu bukan hanya 2 pasang baju tidur. baju itu dipakai oleh 2 orang anak gadis. ya Allah..... sedih aku tengok...kalau Amir Izzat yang tengok ni. mesti berapi kepala dia kan..

kesian betul aku lihat. aku tahu, gadis itu bukan dari kawasan ini. mereka pekerja kilang di sini. yang rumahnya di atas kedai runcit tersebut. tapi, apa lah salahnya kau memakai elok elok wahai gadis. aku lihat, brader di kaunter itu pun malu malu mahu berinteraksi dengan kau. tapi brader, aku lagi malu. kerana itu kaum aku. kesian. kesian.

nota hati : kadang kadang aku terfikir, adakah tempat yang membentuk personaliti seseorang. sebab pernah ade seorang berkata. orang bandar berperangai lebih buruk dari orang kampung. setujukah? aku tidak.

3 ulasan:

Amir Izzat berkata...

Assalamualaikum Chekgu Moe.. Hehe..

Haha.kepala Amir tak akan berapi la..cuma marah sikit..kalau nampak pun,lari ke tempat lain. Kalau lelaki tegur,sah kena marah balik..pernah kena dah.

Hurm.. kalau di kampung pun sudah ada..apatah lagi di bandar..kat kampung Amir pun sama..sekarang nie dah tak kira kampung atau bandar.semua sama sahaja.

Yang penting..asas agama perlu diterapkan dengan kukuh agar menjaga adap pemakaian..lelaki dan perempuan..

betul tak chekgu? wah!.panjang bebenor amir taip..hehe.. terima kasih Chekgu Moe..

AiZ berkata...

aiz ngan baju ape pun tido lena je.. gagaga.. ^__^



Aiz latest entry
Blogger jenis apakah kamu? PENIPU?
Original waka waka bukan shakira la
Negara millionaire yang miskin



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

chekgu Moe berkata...

@amir izzat : waalaikummuassalam..
itu lah...sedih sebenarnya. kalau ditegur apa yang kita dapat kan. baik kita berdoa je agar dia berubah..=) okay amir izzat.same2. thanks sudi lawat ye. =)

@aiz : hehee..mudah tidur ni.mesti jenis orang yang tak hepi go lucky!

~we have been together~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

jeng jeng jeng

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign